Yuran Langganan Phone Care

Modified on Thu, 30 May at 9:54 AM

1. Adakah saya perlu membayar sebarang yuran?

Terdapat 2 jenis yuran: 

  • Yuran Langganan – pembayaran dibuat melalui bil bulanan untuk pelan Pascabayar Celcom dan bayaran pendahuluan akan ditolak melalui tambahan nilai untuk pelan Prabayar jangka masa tetap. 
  • Yuran penukaran/penggantian – pembayaran dibuat setelah permohonan untuk menukar/mengganti peranti telah berjaya. Pembayaran perlu dibuat kepada pembekal Perkhidmatan Phone Care; Asurion


2. Apakah tempoh masa kontrak untuk Perkhidmatan Phone Care?

Pelanggan Pascabayar dan Prabayar Celcom boleh memilih untuk melanggan melalui langganan bulanan ataupun tempoh 12 bulan yang tetap. Untuk pelanggan Pascabayar Celcom, anda boleh menikmati perkhidmatan Phone Care selagi bil bulanan anda dikemaskini. 

 

3. Bolehkah saya melanggan Perkhidmatan Phone Care dengan Pelan Enterprise saya? 

Phone Care tersedia ada untuk Pelan Celcom Enterprise dan langganan akan didaftarkan melalui syarikat anda. 

 

4. Saya baru mendaftar untuk NewPhone, bolehkah saya melanggan Phone Care?

Tidak. Semua pelanggan NewPhone tidak dibenarkan untuk permohonon seperti berikut sehingga dimaklumkan selanjutnya: 

  • Penukaran peranti
  • Pembatalan perkhidmatan
  • Langgan Phone Care

 

5. Saya mempunyai multi-sim. Bolehkah saya melanggan Phone Care?

Ya, anda boleh melanggan Phone Care. Harap maklum, nombor IMEI utama akan disimpan untuk tujuan rekod kami. 

 

6. Apakah dokumen yang diperlukan untuk langganan Phone Care?

Anda perlu menyediakan bukti pembelian peranti (Resit Pembelian Peranti). Harap maklum bahawa tempoh masa diberikan untuk pendaftaran langganan Phone Care adalah 30 hari daripada tarikh pembelian peranti. 

 

7. Bilakah saya perlu membuat pembayaran yuran?

Yuran pembayaran adalah berbeza berdasarkan jenis perkhidmatan dan harga RRP (Recommended Retail Price) peranti yang disyorkan oleh pihak Celcom. Sila rujuk jadual di bawah untuk maklumat lebih lanjut.


Untuk langganan baru yang bermula 29 April 2021, yuran berikut akan dikenakan (yuran tersebut tidak termasuk Cukai Jualan & Perkhidmatan (SST) yang akan dikenakan, jika berkenaan).

 

Program Penukaran Peranti – Yuran Langganan

RRP 

RM0 -RM500

RM501 -RM1,000

RM1,001 -RM1,500 

RM1,501 -RM3,000 

RM3,001 -RM6,000 

Above RM6,000

Tukar Peranti
(Bulanan)

4.00 

6.00 

8.00 

12.00 

21.00 

24.00 

Tukar Peranti
(Program 12-Bulan)

45.00 

70.00 

90.00 

140.00 

240.00 

270.00 

 

Program Penukaran dan Penggantian Peranti – Yuran Langganan

RRP 

RM0 -RM500 

RM501 -RM1,000 

RM1,001 -RM1,500

RM1,501 -RM3,00 

RM3,001 -RM6,000

Above RM6,000 

Tukar dan Ganti
(Bulanan)

8.00 

12.00 

18.00 

25.00 

35.00 

45.00 

Tukar dan Ganti
(Program 12 Bulan) 

90.00 

140.00 

205.00 

280.00 

400.00 

510.00 

  • Harga RRP Celcom adalah untuk rujukan sahaja
  • Untuk 12-bulan langganan tetap, pelanggan boleh membuat permohonan untuk tukar/ganti peranti sebanyak dua (2) kali dalam tempoh masa 12 bulan daripada tarikh langganan.

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article