Soalan lazim: Celcom EasyPhone
Modified on Thu, 26 Dec, 2024 at 11:42 AM
1. Apakah EasyPhone™?
EasyPhone™ ialah program yang membolehkan anda memiliki telefon pintar terkini di pasaran melalui program ansuran tanpa faedah selama 24 bulan & 36 bulan dengan Pelan MEGA kami. Ia turut disertakan dengan Phone Care, iaitu pelan perlindungan menyeluruh yang melindungi peranti anda daripada kehilangan, kecurian, dan kemalangan.
2. Siapakah yang layak melanggan program ini?
Warganegara Malaysia sahaja, berumur 18 tahun ke atas yang merupakan:
- Pelanggan baru
- Pelanggan port-in
- Pelanggan Celcom sedia ada
- Pelanggan Prabayar ke Pascabayar
Nota: Anda mesti terlebih dahulu menukar pelan prabayar anda ke mana-mana pelan MEGA yang layak sebelum boleh melanggan EasyPhone.
3. Bagaimanakah saya boleh mendaftar untuk EasyPhone?
- Anda boleh pergi ke mana-mana Celcom bluecube ataupun pengedar sah Celcom untuk mendaftar EasyPhone.
- Anda boleh mendaftar melalui Celom Online Shop.
4. Apakah jumlah yang perlu saya bayar semasa melanggan EasyPhone™?
- Anda dikehendaki membayar bayaran pendahuluan semasa pendaftaran EasyPhone™. Jumlah bayaran adalah bergantung kepada model peranti yang dibeli. Bayaran pendahuluan ini boleh dikecualikan, tertakluk kepada kelayakan anda yang boleh diperiksa semasa pendaftaran.
- Langganan bil automatik adalah wajib sepanjang tempoh kontrak dengan kad kredit sahaja. Kad kredit pihak ketiga tidak dibenarkan.
Nota: Anda boleh mengemaskini atau menukar butiran kad kredit di mana-mana Celcom bluecube atau melalui aplikasi Celcom Life.
5. Di manakah saya boleh menyemak butiran kontrak saya?
Anda boleh menyemak butiran kontrak seperti tempoh kontrak dan yuran pembatalan di aplikasi Celcom Life atau Celcom Life Hub dengan mengikuti langkah-langkah berikut:
- Aplikasi Celcom Life - Log masuk ke akaun anda dan pergi ke Penggunaan > Tempatan > Butiran Kontrak.
- Celcom Life Hub - Log masuk ke akaun anda dan pergi ke Akaun Saya > Pelan & Kontrak.
6. Apakah pelan MEGA yang layak untuk mendaftar EasyPhone™?
Pelan | Yuran Bulanan |
MEGA 98 | RM98 |
MEGA 128 | RM128 |
MEGA 158 | RM158 |
MEGA 188 | RM188 |
Nota: Sekiranya anda sedang melanggan pelan pascabayar Celcom (Celcom Mobile/FIRST/1+5/pelan lama), anda perlu menukar kepada pelan MEGA yang layak sebelum mendaftar Easyphone™.
7. Apakah peranti yang ditawarkan untuk program EasyPhone™?
EasyPhone™ menawarkan pelbagai peranti dengan yuran bulanan yang berpatutan sesuai mengikut keperluan anda. Sila rujuk di sini untuk senarai peranti yang lengkap
8. Berapa banyak peranti yang boleh saya langgan dengan EasyPhone™?
Anda hanya dibenarkan mengambil sehingga 2 peranti EasyPhone.
Sekiranya anda merupakan pelanggan EasyPhone yang sedia ada dengan tempoh kontrak melebihi 12 bulan, anda layak untuk mendapatkan peranti EasyPhone kedua.
9. Bolehkah saya menamatkan langganan EasyPhone™?
Ya, anda boleh menamatkan langganan EasyPhone™ anda selepas 3 bulan dari tarikh langganan anda.
Sekiranya anda menamatkan langganan EasyPhone™ dalam tempoh masa kontrak, anda akan dikenakan yuran pembatalan berdasarkan baki tempoh kontrak sewaktu pembatalan.
Contoh:
Yuran Pembatalan: RM3,000
Baki tempoh kontrak: 9 bulan
Yuran pembatalan yang perlu dibayar = (Yuran pembatalan / Tempoh kontrak) x Baki bulan kontrak = (RM3,000 / 24 bulan) x 9 bulan = RM125 x 9 bulan = RM1,125 |
10. Apakah yang akan berlaku jika saya memutuskan untuk port-out dari Celcom?
Jika anda ingin port-out dari Celcom, anda perlu membatalkan langganan EasyPhone™ terlebih dahulu dan membayar yuran pembatalan di Celcom bluecube terdekat untuk meneruskan permintaan port-out
11. Apakah yang akan berlaku jika saya melarikan diri atau gagal membayar langganan EasyPhone™ saya?
Jika anda melarikan diri atau gagal membayar langganan anda selama lebih daripada 3 bulan:
- Anda akan dikenakan penalti dan yuran pembatalan akan dikenakan kepada akaun anda.
- Nama anda akan disenaraikan dalam senarai CTOS.
- IMEI Peranti EasyPhone™ anda dan nombor telefon bimbit anda akan disekat.
Was this article helpful?
That’s Great!
Thank you for your feedback
Sorry! We couldn't be helpful
Thank you for your feedback
Feedback sent
We appreciate your effort and will try to fix the article