Permohonan Penukaran/Penggantian

Modified on Thu, 30 May at 9:54 AM

1. Apakah yang akan terjadi sekiranya saya tidak membuat pembayaran bil bulanan?

Langganan Phone Care akan dibatalkan secara automatik sekiranya akaun Celcom anda digantung/disekat melebihi 60 hari. 

 

2. Adakah terdapat sebarang kos yang tidak dinyatakan?

Tidak. Segala kos langganan dan yuran untuk permohonan Penukaran/Penggantian dinyatakan dengan jelas sewaktu pendaftaran langganan Phone Care yang disertakan dengan terma dan syarat pelanggan. 

 

3. Bagaimana cara untuk saya memohon penukaran/penggantian peranti?

Jika anda adalah pelanggan Phone Care, anda boleh membuat permohonan penukaran/penggantian peranti mengikut pautan di sini.

 

4. Apakah waktu operasi untuk portal Celcom Phone Care? 

24 jam sehari.

 

5. Perlukah saya menyediakan sebarang dokumen sokongan semasa permohonan penukaran/penggantian peranti?

Anda tidak perlu menyediakan sebarang dokumen sokongan. Sila pastikan langganan “Swap Only” atau “Swap and replace” kekal aktif dan tiada sekatan pada akaun Celcom anda.  

 

6. Adakah saya akan menerima peranti yang baharu untuk permohonan penukaran/penggantian?

Anda akan menerima peranti yang serupa, ini bermakna: 

  • Peranti mungkin baru atau telah dikemaskinikan
  • Memiliki ciri-ciri, kualiti dan fungsi yang sama
  • Sekiranya peranti telah dikemaskinikan, ia telah dikemaskinikan oleh pembekal perkhidmatan yang diberi kuasa OEM
  • Mungkin berbeza jenama, model atau warna
  • Tidak termasuk sebarang aksesori peranti


7. Apakah yang disertakan dalam penukaran/penggantian peranti yang serupa?

  • Untuk peranti mudah alih dan tablet, anda akan menerima peranti tanpa sebarang aksesori (alat dengar, pengecas, kabel dan lain-lain)
  • Untuk peranti pakaian; 
  • Pemohonan Penukaran: Anda akan memerima kepala jam tangan yang dihantar mengunakan kotak Phone Care yang dikhaskan tanpa sebarang aksesori (pengecas, kabel, tali jam) 
  • Pemohonan Penggantian: Anda akan menerima kepala jam tangan berserta tali jam yang akan dihantar menggunakan kotak Phone Care yang dikhaskan. Pemilihan warna atau rekaan untuk tali jam tidak dibenarkan. 

 

8. Apakah yuran permintaan perkhidmatan?

Yuran permintaan perkhidmatan adalah yuran berbayar untuk melaksanakan permohonan penukaran/penggantian peranti. 


Sila rujuk di bawah untuk yuran permintaan (Untuk pelanggan yang melanggan sebelum 1 Jun 2018):

Peringkat/RRP

RM0-RM500

RM501-RM1000

RM1001-RM1500

RM1500 dan ke atas

iPhone 6 dan ke bawah

Penukaran (Setiap permohonan)

RM70

RM140

RM200

RM330

RM520

Penggantian (Setiap permohonan)

6 bulan yang pertama*

RM250

RM490

RM690

RM1100

RM1790

Penggantian (Setiap permohonan)

6-12 bulan*

RM180

RM350

RM500

RM760

RM1100

Penggantian (Setiap permohonan)

Lebih daripada 12 bulan*

RM150

RM290

RM400

RM550

RM850

 

Yuran Permintaan (Untuk pelanggan yang melanggan selepas 1 Jun 2018):

Peringkat/RRP

RM0-RM500

RM501-RM1000

RM1001-RM1500

RM1501- RM3000

RM3001-RM6000

Above RM600

Yuran Penukaran 

RM60

RM120

RM220

RM440

RM700

RM1000

Yuran Penggantian untuk permohonan dalam 24 bulan pertama daripada tarikh langganan* 

RM120

RM240

RM440

RM880

RM1400

RM2000

Yuran Penggantian untuk permohonan selepas 24 bulan daripada tarikh langganan*

RM100

RM200

RM400

RM800

RM1200

RM1800

* Pengiraan mengikut daripada tarikh langganan anda. Jumlah di atas tidak termasuk caj cukai yang akan dikenakan, jika berkenaan.

 

9. Bagaimana cara untuk membayar yuran permintaan?

Selepas permintaan perkhidmatan anda diterima, khidmat langgan Phone Care akan minta untuk butiran kad kredit dan jumlah yuran akan dicaj kepada kad kredit anda. Selain itu, anda boleh memilih untuk pembayaran secara tunai semasa penghantaran peranti. 

 

10. Bilakah peranti saya akan dihantar? 

Jika anda berada di kawasan Lembah Klang, peranti anda akan dihantar dalam tempoh masa 6 jam sekiranya permintaan anda diterima sebelum pukul 3PM. Sila rujuk jadual di bawah untuk masa penghantaran. 

Kawasan Penghantaran

Tempoh Masa Permintaan diterima

Waktu Penghantaran

Lembah Klang

9:00 A.M. – 3:00 P.M. setiap hari

Dalam tempoh 6 jam, penghantaran hari yang sama

3:00 P.M. – 9:00 P.M. setiap hari

Penghantaran hari seterusnya

Bandar-bandar utama

9:00 A.M. – 3:00 P.M. setiap hari

Penghantaran hari seterusnya

3:00 P.M. – 9:00 P.M. setiap hari

Dalam tempoh 48 jam 

Kawasan-kawasan lain

9:00 A.M. – 9:00 P.M. setiap hari

Dalam tempoh 72 jam

  • Bagi permintaan yang dihantar selepas pukul 3 petang, penghantaran akan dilakukan pada hari bekerja berikutnya, tidak termasuk hari minggu dan cuti umum.
  • Bagi penghantaran di luar Lembah Klang, penghantaran akan dilakukan dalam masa 3 hari, tidak termasuk hari minggu dan cuti umum/negeri.
  • Bagi Kelantan dan Terengganu, tiada penghantaran pada hari Jumaat dan cuti umum/negeri.


11. Berapa kali saya boleh menggantikan peranti saya?

Anda boleh membuat 2 permintaan perkhidmatan yang sama ada pertukaran/penggantian peranti anda dalam tempoh 12 bulan mengikuti daripada tarikh permintaan perkhidmatan pertama anda. Sebagai contoh, jika anda membuat permintaan perkhidmatan pada 31 Mei 2018, anda mempunyai tempoh masa sehingga 1 Jun 2019 untuk membuat permintaan perkhidmatan yang lain.

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article