Perkhidmatan Phone Care Dan Kelayakan

Modified on Thu, 30 May at 9:54 AM

1. Apakah itu Perkhidmatan Phone Care?

Phone Care adalah perkhidmatan yang membenarkan anda untuk tukar atau ganti peranti/EasyPhone anda atas sebarang sebab (tertakhluk kepada terma dan syarat Phone Care).


Langgani Phone Care di mana-mana Celcom bluecube atau Rakan Kongsi Celcom terpilih

 

2. Siapakah yang layak untuk langgan Perkhidmatan Phone Care?

Perkhidmatan ini adalah terbuka untuk semua pelanggan Pascabayar dan Prabayar Celcom yang baru dan sedia ada. Untuk melanggan Phone Care, anda perlu: 

  • Beli peranti mudah alih, tablet atau peranti pakai dengan pelan Celcom, atau
  • Sekiranya anda adalah pelanggan Celcom yang sedia ada, anda boleh membeli peranti tanpa pelan baru. Akan tetapi, anda hanya boleh mendaftar satu peranti  setiap talian Celcom, atau
  • Jika anda telah membeli peranti baru atau EasyPhone dengan Celcom, anda boleh mendaftar peranti mudah alih atau tablet (dengan SIM Kad) dengan keadaan berfungsi sepenuhnya dalam tempoh masa 30 hari dari tarikh pembelian (bukti pembelian diperlukan).

 

3. Apakah perkhidmatan yang ditawarkan?

Terdapat dua jenis perkhidmatan yang ditawarkan:


a. Penukaran Peranti 

Anda boleh memohon untuk penukaran peranti dengan peranti yang serupa sebanyak dua (2) kali setahun. Untuk permintaan penukaran peranti, anda perlu memulangkan peranti yang didaftar untuk penukaran peranti yang baru. Secara alternatif, anda juga boleh memilih untuk membaik pulih/mengemas kini peranti sedia ada anda. (Klik di sini untuk maklumat lebih lanjut)

 

b. Penggantian Peranti

Anda boleh mendapatkan penggantian peranti yang serupa dengan peranti pihak Asurion(yang tidak lagi berada dalam milik mereka) mengikuti model yang sama atau serupa sebanyak dua(2) kali setahun. Tiada laporan diperlukan untuk pertukaran ini.

Nota: Semua perkhidmatan adalah melalui pembekal perkhidmatan kami, Asurion Technology Malaysia Sdn Bhd. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk kepada laman web rasmi : https://phonecare.asurion.com/


 

 

 

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article