Celcom Xpax Pakej Rahmah Prabayar Internet Mudah Alih

Modified on Fri, 11 Oct at 3:30 PM

1. Apa itu Pakej Rahmah? 

Pakej Rahmah Prabayar Internet Mudah Alih (Pakej Rahmah) adalah tawaran prabayar khas yang direka untuk rakyat Malaysia yang bertujuan untuk bagi menangani peningkatan kos sara hidup dengan memenuhi keperluan untuk perkhidmatan komunikasi asas yang penting, meningkatkan produktiviti dan mengurangkan kos ketersambungan bagi mereka yang memerlukan dengan tempoh sah laku yang lebih lama (180 hari = 6 bulan). Pakej ini tertakluk kepada Terma dan Syarat oleh setiap Operator Rangkaian Mudah Alih yang mengambil bahagian dalam tawaran ini iaitu CelcomDigi, Maxis, U Mobile, Telekom Malaysia dan YTL Communications.


2. Apakah tawaran bagi Pakej Rahmah?

Pengguna boleh menikmati 30GB Internet dengan kelajuan sehingga 3Mbps selama 180 hari. Dengan pakej ini, pengguna boleh terus berhubung dan menjalankan aktiviti komunikasi penting harian mereka dalam talian seperti untuk tujuan pembelajaran, mengakses dan menghantar emel, pemesejan segera, melayari laman sesawang, melayari media sosial dan lain-lain.


3. Siapakah yang layak untuk melanggan Pakej Rahmah?

Tertakluk kepada proses langganan yang akan diumumkan kelak oleh setiap operator.
Pakej Rahmah terbuka kepada:

  1. Belia (30 tahun dan ke bawah)
  2. Warga Emas (60 tahun dan ke atas)
  3. Kumpulan Berpendapatan B40
  4. Pesara Polis, Pesara Tentera, Pesara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)
  5. Orang Kurang Upaya


4. Adakah Pakej Remaja masih ditawar, atau ia akan diupgrade kepada Pakej Rahmah?

Pakej Remaja akan dihentikan selepas pelancaran Pakej Rahmah. Pengguna Pakej Remaja yg mematuhi syarat kelayakan untuk melanggani Pakej Rahmah boleh membeli Pakej Rahmah melalui aplikasi penyedia perkhidmatan tanpa pembelian kad SIM yang baru.


5. Adakah pengguna boleh mendaftar Pakej Rahmah di laman web Telco seperti Pakej Remaja yang lalu?

Pembelian Pakej Rahmah boleh dibuat melalui aplikasi penyedia perkhidmatan.

Kategori Pengguna 

Cara Kelayakan

1. Belia (30 tahun dan ke bawah)
2. Warga Emas (60 tahun dan ke atas)
3. Kumpulan Berpendapatan B40

Kelayakan adalah secara automatik mengikut tarikh lahir yang didaftarkan didalam sistem butir-butir pengguna setiap penyedia perkhidmatan.

4. Pesara Polis dan Tentera,
Agensi Penguatkuasaan Maritim
Malaysia (APMM)
5. Orang Kurang Upaya

Pengguna perlu hadir ke pusat/ kiosk penyedia perkhidmatan (Telco) yang berkenaan dengan membawa bersama kad-kad pengenalan berikut untuk pengesahan kelayakan:
a. Kad Pesara – Veteran
b. Kad OKU – OKU


6. Bagi membuktikan pengguna adalah remaja atau student, Pakej Remaja  memerlukan pengguna menunjuk bukti (IC atau ID pelajar). Adakah Pakej Rahmah memerlukan bukti sama (seperti kad pesara)?

Ya.

Kategori Pengguna 

Cara Kelayakan

1. Belia (30 tahun dan ke bawah)
2. Warga Emas (60 tahun dan ke atas)
3. Kumpulan Berpendapatan B40

Kelayakan adalah secara automatik mengikut tarikh lahir yang didaftarkan didalam sistem butir-butir pengguna setiap penyedia perkhidmatan.

4. Pesara Polis dan Tentera,
Agensi Penguatkuasaan Maritim
Malaysia (APMM)
5. Orang Kurang Upaya

Pengguna perlu hadir ke pusat/ kiosk penyedia perkhidmatan (Telco) yang berkenaan dengan membawa bersama kad-kad pengenalan berikut untuk pengesahan kelayakan:
a. Kad Pesara – Veteran
b. Kad OKU – OKU


7. Bilakah tempoh sah untuk melanggan Pakej Rahmah?

Anda boleh melanggan pakej ini bermula 28 Februari 2023 sehingga 31 Disember 2023 (termasuk kedua dua tarikh tersebut).


8. Adakah Pakej Rahmah ini sah untuk pelan prabayar sahaja?

Ya. Pakej Rahmah ini sah untuk pelanggan servis perkhidmatan prabayar yang baharu atau sedia ada.


9. Bagaimanakah untuk menyemak liputan perkhidmatan di kawasan kediaman saya sebelum melanggan Pakej Rahmah ini?

Anda boleh menyemak liputan jaringan mudah-alih di kawasan kediaman anda melalui laman sesawanhttps://jendela.my/map/ atau merujuk kepada penyedia perkhidmatan anda yang sedia ada.


10. Bagaimanakah jika data sedia ada (30GB) saya telah habis digunapakai sebelum tamat tempoh 180 hari?

Pengguna boleh melanggan mana-mana pas internet yang aktif.


11. Berapakah had limit langganan Pakej Rahmah Internet Mudah Alih yang boleh saya langgani?

Tiada had limit langganan untuk pengguna melanggan Pakej Rahmah ini. Tetapi, pengguna hanya boleh melanggan satu (1) kali sahaja pada satu masa.


12. Adakah saya boleh melanggan semula Pakej Rahmah Internet Mudah Alih dengan operator berbeza apabila data telah habis atau tempoh 180 hari (6 bulan) tamat?

Pengguna boleh melanggan Pakej Rahmah dengan operator berbeza walaupun data telah habis ataupun tempoh sah telah tamat.


13. Bagaimana jika saya ingin mengakses aplikasi selain daripada aplikasi asas yang diliputi dibawah pakej ini; contohnya penstriman video (Video Streaming) ataupun permainan dalam talian (Online Games)?

Pengguna boleh menggunakan 30GB Internet yang diperuntukkan untuk Pakej Rahmah bagi penstriman video (Video Streaming), permainan dalam talian (Online Games) atau sebarang aktiviti mudah alih yang menggunakan data. Jika data tidak mencukupi, pengguna boleh memilih untuk melanggan mana-mana pas internet yang aktif.


14. Apa yang akan berlaku selepas tamat tempoh langganan 6 bulan?

Pengguna tidak akan dapat menggunakan baki data 30GB. Pangguna boleh memilih untuk langgan semula Pakej Rahmah atau mana-mana pas internet yang aktif untuk terus berhubung.


Cara Pembelian

1. Belia (30 tahun dan ke bawah)
2. Warga Emas (60 tahun dan ke atas)
3. Kumpulan Berpendapatan B40

1. Log masuk ke aplikasi Celcom Life
2. Pilih 'Deals' > 'Pakej Rahmah'
3. Pilih 'Pakej Rahmah'
4. Pilih 'Sahkan' untuk lengkapkan transaksi pembelian.

4. Pesara Polis dan Tentera, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)
5. Orang Kurang Upaya

  

Tawaran ini sah melalui Celcom bluecube sahaja.


Pengesahan Identifikasi:
1. Semakan kelayakan akan dilakukan secara manual oleh penyelia Celcom bluecube. Sila bawa bersama ID yang berkaitan untuk tujuan pengesahan.

2. Sila ke Celcom bluecube behampiran untuk pengesahan kelayakan. 


Pembelian Pakej Rahmah:
1. Log masuk ke aplikasi Celcom Life
2. Pilih 'Deals' > 'Pakej Rahmah'
3. Pilih 'Pakej Rahmah'

4. Pilih 'Sahkan' untuk lengkapkan transaksi pembelian.


Tawaran ini akan tersedia untuk pembelian semula hanya selepas 180 hari dari pembelian pertama.


15. Apakah pelan prabayar yang layak melanggan Pakej Rahmah Internet Mudah Alih?

Celcom XPAX Prepaid Pantas.

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article