Apakah yang saya perlu ketahui berkaitan VoLTE and VoWiFi?

Modified on Thu, 25 Jul at 8:54 AM

VoLTE dikenali sebagai suara melalui LTE yang membolehkan pelanggan menikmati panggilan suara berkualiti tinggi dengan hampir tiada bunyi latar belakang. Manakala Suara melalui WiFi atau VoWiFi adalah keupayaan untuk membuat atau menerima panggilan suara & SMS melalui sambungan WiFi apabila isyarat mudah alih terhad atau tidak ada.


Dengan mengaktifkan VoLTE dan VoWiFi pada peranti anda, anda akan mengalami liputan terbaik di dalam dan di luar bangunan.

  • Panggilan serentak dengan pelayaran internet
  • Panggilan yang 2x lebih cepat
  • Kualiti panggilan yang jelas
  • Panggilan WiFi


VoLTE

Kelayakan & Peranti yang Disokong

  • Semua pelanggan Pascabayar Celcom dan Digi dengan model peranti yang disokong.
  • Semua peranti mudah alih terkini yang dijual melalui kedai pengeluar rasmi di Malaysia diaktifkan dengan VoLTE. Sebagai alternatif, semak dengan pengeluar telefon anda untuk mengesahkan keserasian VoLTE.

 

Pengaktifan VoLTE

VoLTE akan diaktifkan secara automatik apabila peranti anda disambungkan ke rangkaian 4G LTE. Pastikan peranti anda dikemaskini ke perisian terkini.


Kemudian,ikuti langkah-langkah ini untuk mengaktifkan VoLTE:

iOS

  • Pergi ke 'Tetapan' > 'Data Mudah Alih' > 'Pilihan Data Mudah Alih'.
  • Aktifkan 4G dan pilih 'Suara dan Data'.
  • Untuk memeriksa sama ada VoLTE telah diaktifkan: Pergi ke 'Tetapan' > 'Umum' > 'Tentang'.
  • Tekan pada 'Pembekal Rangkaian' dan ia akan berubah menjadi 'Status IMS: Suara & SMS'.


Android

  • Jika peranti telah disahkan VoLTE, ia akan diaktifkan secara automatik. Sila rujuk kepada pengeluar peranti untuk maklumat lanjut.


VoWiFi

Kelayakan & Peranti yang Disokong

  • Semua pelanggan Celcom dan Digi dengan model peranti yang disokong.
  • Semua peranti mudah alih terkini yang dijual melalui kedai pengeluar rasmi di Malaysia diaktifkan dengan VoWiFi. Sebagai alternatif, semak dengan pengeluar peranti anda untuk mengesahkan keserasian VoWiFi.

 

Pengaktifan VoWiFi

Sila pastikan perkara berikut:

  • Peranti anda menggunakan sistem operasi terkini
  • Peranti anda mempunyai ciri Panggilan Wi-Fi
  • Anda dapat melihat logo VoLTE pada status bar anda


Kemudian, ikuti langkah-langkah ini untuk mengaktifkan panggilan Wi-Fi pada peranti anda:

iOS

  • Pergi ke ‘Tetapan’ > ‘Perkhidmatan Mudah Alih’ > Cari ‘Panggilan Wi-Fi’ > Aktifkan 'Panggilan Wi-Fi pada iPhone Ini'.

 

Android

  • Pergi ke ‘Tetapan’ > ‘Rangkaian & Internet’ atau pilihan yang serupa bergantung kepada peranti anda > Cari ‘Panggilan Wi-Fi’ atau ‘Keutamaan Panggilan Wi-Fi’ dan aktifkan.

 

Setelah diaktifkan, anda akan dapat melihat ikon di bahagian atas status bar peranti menunjukkan VoWiFi yang aktif. Ini juga akan tertakluk kepada pelbagai jenama/model peranti yang berbeza.

 

Nota: Anda boleh menyahaktifkan VoWiFi pada peranti anda jika anda tidak ingin menggunakannya. Anda masih boleh menggunakan talian mudah alih untuk membuat panggilan dan menghantar SMS. Walau bagaimanapun, beberapa aktiviti masih bergantung kepada isyarat perkhidmatan rangkaian seperti rangkaian mudah alih atau perkhidmatan VoLTE.


Jika anda memerlukan sebarang bantuan, sila hubungi kami

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article