Apakah yang saya perlu tahu berkaitan penamatan 3G?
Modified on Mon, 17 Feb at 2:05 PM
1. Apakah yang dimaksudkan dengan penamatan 3G?
Sebagai sebahagian daripada pelan infrastruktur digital negara, Jalinan Digital Negara (JENDELA), rangkaian 3G telah ditamatkan di seluruh negara bagi membolehkan peralihan kepada rangkaian masa depan yang lebih baik untuk rakyat dan negara.
2. Mengapakah rangkaian 3G ditamatkan/ dimatikan/ ditutup/ dihentikan?
Penamatan rangkaian 3G adalah salah satu inisiatif di bawah program JENDELA yang bertujuan untuk memindahkan spektrum sedia ada kepada teknologi 4G. Ini dapat meningkatkan kelajuan jalur lebar tanpa wayar untuk rakyat Malaysia.
3. Bilakah penamatan rangkaian 3G akan dilaksanakan?
Semua pengendali telekomunikasi telah menamatkan rangkaian 3G secara berperingkat sepanjang tahun 2021 dan telah ditamatkan sepenuhnya pada 31 Disember 2021.
4. Apakah manfaat penamatan 3G kepada orang ramai?
Penamatan rangkaian 3G membolehkan syarikat telekomunikasi menggunakan semula spektrum 3G ke 4G yang mampu meningkatkan kelajuan rangkaian 4G. Ini sejajar dengan aspirasi JENDELA yang membolehkan pengguna menikmati kelajuan purata sehingga 35Mbps. Inisiatif ini akan meningkatkan kualiti perkhidmatan bagi pengguna peranti mudah alih dengan pengalaman yang lebih baik dalam melayari internet, penstriman video, gaming serta penggunaan perkhidmatan dalam talian yang lain. Pengguna akan menikmati peningkatan seperti:

- Kelajuan data yang lebih tinggi
- Latensi yang lebih rendah
- Rangkaian lebih stabil dan boleh dipercayai
5. Lokasi manakah yang terjejas?
Rangkaian 3G telah ditamatkan secara berperingkat di seluruh negara dan ditamatkan sepenuhnya pada 31 Disember 2021. Pelanggan telah diberikan notis awal bagi membolehkan mereka bersedia untuk beralih ke 4G.
6. Adakah saya perlu menukar telefon mudah alih 3G saya?
Ya, anda perlu menaik taraf ke peranti 4G. Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran peranti terkini, layari laman web CelcomDigi atau kunjungi Celcom bluecube atau Digi Store terdekat.
7. Bagaimanakah Celcom dan Digi membantu pelanggan sepanjang proses peralihan?
Kami telah menghantar SMS pemberitahuan kepada anda untuk menaik taraf kad SIM dan/atau peranti anda.
8. Adakah saya akan mengalami gangguan perkhidmatan?
Pelanggan yang sudah menggunakan rangkaian 4G dan 4G LTE tidak akan mengalami sebarang gangguan perkhidmatan semasa proses peralihan.
9. Adakah saya akan dinaik taraf secara automatik ke pilihan 4G LTE?
Secara umumnya, pengguna boleh menggunakan rangkaian 4G jika peranti mereka menyokong spesifikasi 4G. Namun begitu, jika pengguna tidak mengaktifkan pilihan 4G dalam tetapan telefon, sambungan 4G akan dinyahaktifkan.

10. Adakah saya perlu menukar pelan sedia ada atau bertukar ke kad SIM 4G?
Sekiranya peranti semasa anda menyokong 4G, anda boleh terus menikmati perkhidmatan tersebut tanpa perlu menukar pelan atau peranti.
11. Jika saya memilih untuk tidak menaik taraf atau beralih ke rangkaian 4G selepas rangkaian 3G ditamatkan, apakah yang akan terjadi kepada kontrak/pelan semasa saya?
Kontrak dan pelan semasa anda akan kekal. Namun, anda akan mengalami penurunan kualiti perkhidmatan data kerana anda hanya boleh menggunakan rangkaian 2G sahaja.
12. Mengapakah rangkaian 3G ditamatkan sebelum rangkaian 2G?
Pengguna data 3G telah berkurangan dengan ketara kerana pengguna telefon pintar telah beralih ke 4G. Sementara itu, kebanyakan peranti M2M (antara mesin ke mesin) dan IoT (Internet Pelbagai Benda) seperti peralatan keselamatan dan kesihatan masih menggunakan rangkaian 2G. Oleh itu, ia lebih mudah dan efisien untuk memindahkan pengguna 3G ke rangkaian 4G berbanding memindahkan pengguna 2G ke 4G. Rangkaian 3G telah ditamatkan sepenuhnya pada 31 Disember 2021.
13. Adakah rangkaian 2G juga akan ditamatkan?
Buat masa sekarang, tiada sebarang perancangan untuk menamatkan 2G kerana rangkaian tersebut masih dapat menyokong pengguna Digi dan peranti M2M.
14. Adakah penamatan 3G akan menjejaskan bil saya atau menyebabkan caj yang lebih tinggi?
Jumlah bil anda akan kekal sama seperti langganan semasa anda.
15. Adakah saya akan mendapat potongan bil sekiranya saya mengalami gangguan perkhidmatan pada peranti 3G saya selepas penamatan 3G?
Walaupun kami telah membantu anda sebaik mungkin dalam peralihan ini, pelanggan bertanggungjawab untuk menaik taraf peranti dan kami tidak dapat mengecualikan sebarang caj bil.
16. Tiada liputan rangkaian 4G di kawasan saya, hanya terdapat 3G. Bagaimanakah saya boleh terus berhubung jika rangkaian 3G ditamatkan?
Di bawah pelan JENDELA, industri sedang berusaha untuk memperkukuhkan rangkaian 4G di seluruh negara bagi memastikan semua rakyat Malaysia mendapat akses internet yang lebih stabil dan konsisten.
17. Bolehkah saya menggunakan SIM M2M sedia ada untuk melanggan M2M 4G LTE?
LTE hanya disokong untuk USIM 3G. Untuk MCS, semua 3G adalah USIM. Jika anda melanggan SIM yang berlainan, anda tidak boleh melanggan LTE. Kami mencadangkan agar anda menaik taraf SIM dan melanggan M2M 4G LTE. Walau bagaimanapun, bagi pelanggan yang menggunakan SIM 2G dan ingin menaik taraf ke LTE, mereka perlu menukar SIM 2G mereka kepada USIM.
18. Bagaimanakah saya boleh melanggan M2M 4G LTE?

- Log masuk ke 'M2M Connected Services Self-Care Centre' dan pergi ke 'Package' > 'Add-On Service'.
- Pilih 'single SIM' atau 'multiple SIM' dan klik 'Request Add-on Service'.
- Di laman 'Request Add-on Service ', pilih 'Add-on Service' dan 'Service Type (Add Service)' dan klik 'Validation Check'.
- Selepas berjaya disahkan, klik 'Submit' untuk mula melanggan.
19. Apakah yang akan terjadi jika saya tambahkan M2M 4G LTE pada peranti yang tidak sesuai dengan 4G LTE?
Anda boleh memilih untuk menggunakan peranti bukan 4G LTE, tetapi ia akan beroperasi pada kelajuan 2G bergantung kepada kawasan.

Was this article helpful?
That’s Great!
Thank you for your feedback
Sorry! We couldn't be helpful
Thank you for your feedback
Feedback sent
We appreciate your effort and will try to fix the article