Pertanyaan Umum CelcomDigi Fiber

Modified on Fri, 15 Nov at 11:23 AM

1. Saya sedang menggunakan fiber dari penyedia perkhidmatan lain, apakah yang akan terjadi kepada modem saya apabila saya beralih ke CelcomDigi Fiber? 

Jika anda bertukar dengan menamatkan fiber sedia ada, sila semak dengan penyedia perkhidmatan anda jika modem perlu dipulangkan selepas penamatan. 

 

2. Apakah perbezaan antara sambungan berwayar dan sambungan Wi-Fi pada CelcomDigi Fiber? 

Sambungan berwayar melalui kabel LAN akan memberikan sambungan yang lebih stabil berbanding sambungan tanpa wayar kerana ia tidak dipengaruhi oleh persekitaran anda, seperti ketebalan dinding, isyarat yang bertindih dan gangguan daripada peranti rumah lain. 

 

3. Adakah saya akan mendapat penghala (router) baru jika saya menukar atau menaik taraf pelan langganan saya? 

Tidak, anda akan terus menggunakan penghala (router) sedia ada anda.

 

4. Saya menggunakan nod mesh di rumah dengan pelan 500Mbps tetapi mengapa saya tidak mendapat kelajuan sebenar? 

  • Sambungan dari mesh utama ke unit mesh satelit menggunakan Wi-Fi 2.4Ghz, menyebabkan kelajuan antara unit mesh lebih perlahan.
  • Keputusan ujian kelajuan apabila disambungkan ke mesh tidak boleh dijadikan penanda aras untuk mengesahkan pelan langganan Internet anda.
  • Untuk ujian kelajuan yang tepat, gunakan kabel LAN yang disambungkan terus ke port GE pada penghala (router) Wi-Fi anda dan laporkan hasil ujian tersebut kepada pihak CelcomDigi.

 

5. Bagaimakah untuk saya menyediakan sambungan Internet? 

Untuk maklumat lanjut mengenai cara menyediakan sambungan Internet, sila hubungi khidmat pelanggan CelcomDigi

 

6. Dimanakah nombor model penghala (router) saya? 

Untuk mengetahui nombor model penghala (router) anda, sila periksa label di belakang atau di bahagian bawah penghala (router). Anda juga boleh menyemak maklumat bercetak yang disertakan bersama peranti tersebut.

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article