Peranti Tambahan CelcomDigi 5G Home WiFi: Pertanyaan Umum

Modified on Mon, 15 Apr at 3:26 PM

Umum


1. Apakah itu Peranti tambahan CelcomDigi 5G Home WiFi? 

Peranti tambahan CelcomDigi 5G Home WiFi ialah peranti & aksesori tambahan, sesuai dengan sambungan internet fiber rumah anda. Pilihan yang ada ditawarkan pada harga eksklusif untuk meningkatkan kualiti gaya hidup anda dalam pelbagai aspek ekosistem rumah anda. 


2. Adakah saya perlu mendaftar untuk pelan CelcomDigi 5G Home WiFi baharu sebelum saya boleh membeli peranti tambahan? 

Ya, untuk menikmati tawaran peranti tambahan, anda perlu terlebih dahulu melanggan pelan CelcomDigi 5G Home WiFi (Pelan + Router)  


3. Berapa kategori peranti tambahan yang ditawarkan pada masa ini? 

Terdapat 2 kategori peranti tambahan CelcomDigi 5G Home WiFi yang tersedia untuk anda iaitu: 

  • Gaming
  • Hiburan 


Jenis Peranti Tambahan
Kategori Peranti Tambahan
Gaming
Senarai penuh peranti tambahan boleh didapati di sini ("Item")
Hiburan


4. Adakah pembelian peranti tambahan yang boleh saya beli terhad? 

Ya, bilangan peranti tambahan yang boleh anda beli adalah terhad. Setiap pelanggan hanya layak untuk membeli jumlah peranti tambahan seperti yang tertera di bawah: 


Jenis Peranti TambahanKategori Peranti TambahanHad
Peranti (bernilai lebih dari RM1000)GamingTerhad kepada 3 peranti tambahan bagi setiap akaun CelcomDigi 5G Home WiFi (Pelan + Router) 
Hiburan


5. Adakah saya akan terikat dengan kontrak untuk setiap pembelian peranti tambahan? 

Anda akan terikat dengan kontrak pada pelan CelcomDigi 5G Home WiFi (Pelan + Router) kami. Jika anda memilih untuk membayar melalui EPP 0% (Pelan Pembayaran Mudah dengan faedah 0%), kad kredit anda akan dicaj setiap bulan sehingga 24 bulan, sepanjang tempoh ansuran, bergantung kepada tempoh ansuran pilihan anda. 


Kelayakan 


1. Siapakah yang layak untuk membeli peranti tambahan CelcomDigi 5G Home WiFi? 

Semua pelanggan CelcomDigi 5G Home WiFi (Pelan + Router), layak untuk membeli peranti tambahan yang ditawarkan. 


Pembelian Peranti Tambahan 


1. Bagaimana dan di mana boleh saya membeli CelcomDigi 5G Home WiFi (Pelan + Router) dan peranti tambahan? 

Berikut adalah panduan untuk membantu anda melalui proses pembelian: 


Langkah 1: Daftar untuk pelan CelcomDigi 5G Home WiFi (Pelan + Router). CelcomDigi 5G home WiFi kini tersedia di semua cawangan Celcom Bluecube, Digi Stores. Celcom Certified Partners & Digi Store Express atau atau anda boleh mendaftar di sini


Langkah 2: Selepas pengaktifan pelan CelcomDigi 5G Home WiFi (Pelan + Router), pelanggan akan menerima emel berserta panduan dan juga pautan laman web untuk pembelian peranti tambahan 


Langkah 3: Selesaikan pembayaran dan peranti akan dihantar ke rumah anda. 


2. Adakah saya akan menerima peranti tambahan sewaktu pemasangan perkhidmatan CelcomDigi 5G Home WiFi saya? 

Tidak, peranti tambahan akan dihantar secara berasingan ke rumah anda. Maklumat butiran penghantaran dijelaskan dalam soalan-soalan lazim bagi setiap kategori peranti tambahan.  


Pembayaran


1. Apakah kaedah pembayaran yang sedia ada untuk pembelian peranti tambahan ini? 

Kami menawarkan pelbagai kaedah pembayaran yang mudah untuk pilihan anda. Berikut adalah pilihan yang sedia ada: 

  • [DIUTAMAKAN]: Pelan Pembayaran Mudah (EPP) 0%: Anda boleh memilih untuk membayar peranti tambahan anda secara ansuran dengan faedah 0% untuk tempoh 12 bulan atau 24 bulan. Pilihan ini ditawarkan secara eksklusif kepada pemegang Kad Kredit Maybank dan CIMB. 
  • Pembayaran penuh: Sekiranya anda ingin membuat pembayaran penuh, anda boleh memilih kaedah pembayaran berikut: 
    1. Pembayaran Online
    2. Kad kredit/debit 
    3. Boost/GrabPay e-wallet 


Jenis Peranti TambahanAnsuran EPP 12-bulanAnsuran EPP 24-bulanPembayaran Penuh
Peranti (bernilai lebih dari RM1000)Kad Kredit Maybank & CIMB Kad Kredit Maybank & CIMB1. Pembayaran Online
2. Semua Kad Debit/Kredit VISA/Mastercard
3. Boost/Grabpay E-Wallet


2. Bolehkah saya membahagikan jumlah pembayaran ansuran EPP kepada beberapa kad kredit yang berlainan?

Pasa masa kini, kami hanya menerima satu kaedah pembayaran menggunakan satu kad Debit/Kredit sahaja


3. Bolehkah saya membayar menggunakan lebih daripada satu kaedah pembayaran iaitu sebahagian pembayaran melalui kad debit & baki pembayaran melalui kad kredit? 

Tidak. Kami hanya menerima satu kaedah pembayaran menggunakan satu kad Debit/Kredit sahaja. 


4. Saya telah membuat bayaran pendahuluan penuh untuk pembelian peranti tambahan. Bolehkah saya membatalkan transaksi tersebut dan beralih kepada kaedah pembayaran ansuran EPP? 

Untuk membatalkan dan menukar transaksi anda kepada ansuran EPP, anda perlu berhubung terus dengan pihak bank anda. Walau bagaimanapun, harap maklum bahawa keputusan untuk menawarkan ansuran EPP adalah tertakluk kepada terma & syarat pihak bank anda. 


5. Saya tidak mempunyai kad kredit CIMB / Maybank. Bolehkah saya membeli peranti tambahan pada harga yang ditawarkan menggunakan kad kredit lain? 

Ya, anda masih boleh membeli peranti tambahan pada harga yang ditawarkan. Walau bagaimanapun, sila ambil maklum bahawa anda hanya boleh membuat pembelian secara pembayaran penuh menggunakan Kad Debit/Kredit. Kaedah pembelian ansuran tanpa faedah EPP 0% hanya ditawarkan untuk pemegang kad kredit CIMB & Maybank. 


Penghantaran 


1. Bolehkah saya menukar alamat penghantaran setelah saya menyelesaikan transaksi pembelian? 

Setelah pembayaran dibuat, alamat penghantaran adalah muktamad. Kami memohon agar anda menyemak dan mengesahkan alamat dengan teliti sebelum membuat pembayaran. 


Penamatan


1. Apakah yang akan berlaku kepada peranti tambahan saya jika saya memutuskan untuk menamatkan perkhidmatan CelcomDigi 5G Home WiFi?  

Walaupun anda memutuskan untuk menamatkan perkhidmatan CelcomDigi 5G Home WiFi, peranti tambahan anda masih milik anda. Walau bagaimanapun, sekiranya anda membeli peranti tambahan tersebut melalui kaedah pembayaran EPP, anda diwajibkan untuk menyelesaikan ansuran bulanan dengan pihak bank anda sehingga tamat tempoh ansuran. 


Bayaran Balik


1. Saya telah membuat bayaran untuk peranti tambahan tetapi saya memutuskan untuk membatalkan transaksi tersebut dan memohon bayaran balik. Apakah proses untuk saya membatalkan transaksi dan memohon bayaran balik? 

Sebaik sahaja anda membuat pesanan, pembatalan atau permohonan bayaran balik tidak dibenarkan. Jika anda mempunyai sebarang masalah, sila hubungi pihak yang disenaraikan di atas untuk mendapatkan bimbingan dan bantuan. 

 


Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article