Pertanyaan Umum CelcomDigi Fiber

Modified on Fri, 17 May 2024 at 02:56 PM

1. Saya adalah pelanggan fibre(Celcom, Digi atau penyedia perkhidmatan lain), apakah yang akan berlaku kepada modem saya apabila saya menukar kepada fibre CelcomDigi?

Modem anda akan kekal. Jika modem tidak berfungsi, anda akan diberikan modem baru.
 

2. Apakah perbezaan antara sambungan wayar dan sambungan Wi-Fi pada fibre CelcomDigi?

Sambungan wayar yang menggunakan kabel LAN, akan memberikan sambungan yang lebih stabil berbanding kepada sambungan tanpa wayar kerana ia tidak akan dipengaruhi oleh persekitaran sekeliling anda seperti ketebalan dinding yang akan tumpang tindih insyarat dan juga gangguan dari peranti rumah lain.

 

3. Apabila saya menukar ataupun menaik taraf pelan langganan saya, adakah saya akan mendapat router baru?

Kami akan menggunakan router anda yang sedia ada. 


4. Saya menggunakan Deco X20 di rumah saya dengan pelan 500Mbps tetapi saya tidak mendapat kelajuan yang sepatutnya?

  1. Sambungan dari unit Mesh utama kepada unit Mesh satelit menggunakan Wi-Fi 2.4GHz, oleh itu kelajuan antara unit Mesh adalah lebih perlahan 
  2. Keputusan ujian kelajuan apabila disambungkan ke Mesh tidak boleh digunakan sebagai penanda aras untuk mengesahkan pelan langganan internet yang diperoleh
  3. Kami mencadangkan untuk melakukan ujian kelajuan menggunakan kabel LAN yang disambungkan secara langsung ke port GE di router Wi-Fi untuk maklum balas kepada CelcomDigi


5. Bagaimana cara untuk menyediakan sambungan Internet?

Untuk maklumat lanjut mengenai cara menyediakan sambungan Internet, sila hubungi Khidmat Pelanggan kami untuk bantuan lanjut.


6. Bagaimana cara untuk saya mencari nombor model router saya?

Untuk mencari nombor model router anda, periksa label di bahagian belakang atau di bawah unit . Anda juga boleh menyemak maklumat yang dicetak berkaitan peranti tersebut.

 

 

 

 

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select atleast one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article