Soalan Lazim: Tawaran OTP Piala Dunia 2026 - Pas Internet Tanpa Had (12am-12pm)
Modified on Thu, 28 May at 10:00 AM
1. Apakah tawaran Piala Dunia 2026 ini?
Pas | Harga | Tempoh Sah | Polisi Penggunaan Saksama (Fair Usage Policy) | Pembaharuan Automatik |
Internet Tanpa Had (12am-12pm) | RM10 | 7 hari | 80GB | Tidak |
2. Siapakah yang layak untuk pas ini?
Pas ini tersedia untuk semua pelanggan baharu dan sedia ada prabayar dan pascabayar.
3. Bilakah tempoh kempen ini berlangsung?
Pas ini tersedia dari 28 Mei 2026 hingga 20 Julai 2026.
4. Bagaimanakah saya boleh melanggan pas ini?
Pelan Prabayar
Saluran | Cara Melanggan |
Aplikasi CelcomDigi |
|
Melalui USSD shortcode |
|
Pelan Pascabayar
Saluran | Cara Melanggan |
Aplikasi CelcomDigi |
|
5. Bagaimanakah saya boleh menyemak penggunaan Internet untuk pas ini?
Anda boleh menyemak dan mengurus penggunaan Internet melalui aplikasi CelcomDigi atau melalui kod ringkas USSD dengan mendail *118#.
6. Bolehkah saya membuat pembelian berulang untuk pas ini?
Ya, pembelian berulang dibenarkan untuk pas ini.
7. Apakah yang perlu saya tahu mengenai kuota Internet?
Selepas kuota digunakan sepenuhnya, sebarang penggunaan seterusnya akan ditolak daripada kuota Internet bulanan atau mana-mana langganan internet add-on lain. Jika tiada, kelajuan Internet akan diperlahankan kepada 64Kbps.
8. Bagaimanakah saya tahu jika pembelian saya berjaya?
Anda akan menerima SMS selepas pembelian berjaya dilakukan.
9. Adakah pembaharuan automatik tersedia untuk pas ini?
Tidak. Ini adalah add-on pembelian sekali sahaja.
10. Adakah saya boleh melakukan tethering / hotspot kepada peranti lain atau desktop?
Untuk Pas Internet Tanpa Had (12am-12pm), tethering/hotspot tidak dibenarkan.
11. Bolehkah pas ini digunakan semasa perantauan?
Tidak. Ia hanya terpakai untuk penggunaan domestik sahaja (di dalam Malaysia). Penggunaan internet semasa perantauan akan dikenakan caj tambahan berdasarkan kadar perantauan di atas komitmen bulanan anda.
12. Apakah yang akan berlaku kepada kuota Internet yang tidak digunakan?
Sebarang kuota Internet yang tidak digunakan akan luput selepas tempoh sah tamat.
13. Bilakah tepatnya pas ini akan tamat tempoh?
Untuk Pas Internet Tanpa Had (12am-12pm), pas akan sah sehingga jam 12:00 a.m. pada hari ke-8 selepas langganan berjaya dilakukan.
14. Saya bukan pengguna CelcomDigi, adakah saya boleh membeli pas ini?
Anda mestilah berdaftar sebagai pelanggan CelcomDigi untuk melanggan pas ini.
Was this article helpful?
That’s Great!
Thank you for your feedback
Sorry! We couldn't be helpful
Thank you for your feedback
Feedback sent
We appreciate your effort and will try to fix the article