Soalan Lazim: Kempen Peranti Piala Dunia CelcomDigi
Modified on Thu, 28 May at 10:00 AM
1. Apakah kempen Peranti Piala Dunia CelcomDigi?
Ini adalah kempen masa terhad yang menawarkan harga diskaun khas untuk peranti terpilih dari 28 Mei 2026 hingga 20 Julai 2026 melalui:
- Pelan ansuran peranti Easy360
- Pakej Mega Jimat (PMJ)
- Tawaran pembelian terus di Kedai Dalam Talian (Online Shop) CelcomDigi
2. Bilakah tempoh kempen ini?
Kempen ini berlangsung dari 28 Mei 2026 hingga 20 Julai 2026, atau selagi stok masih ada.
Tawaran Easy360
3. Adakah semua peranti layak untuk harga diskaun khas di bawah Easy360?
Tidak. Hanya peranti terpilih yang disenaraikan dalam kempen ini (termasuk telefon pintar dan TV Samsung terpilih) layak menikmati harga diskaun khas.
4. Apakah peranti yang layak untuk harga diskaun khas Easy360 sepanjang tempoh kempen?
Model Peranti |
|
|
Pelan yang Layak |
|
|
Jenis Langganan |
| |
Tempoh Kontrak |
| |
5. Bagaimana untuk menikmati harga diskaun khas Easy360 sepanjang tempoh kempen?
- Langkah 1: Kunjungi cawangan CelcomDigi terdekat atau saluran dalam talian CelcomDigi
- Langkah 2: Langgan Easy360 dengan model peranti dan pelan pascabayar CelcomDigi yang layak.
6. Adakah saya akan menerima hadiah percuma dengan pembelian Samsung TV?
Ya. Sepanjang tempoh kempen, anda mungkin layak menerima speaker percuma bersama langganan Samsung TV anda, bergantung kepada model yang dipilih. Hadiah percuma yang ditawarkan adalah seperti berikut:
- Samsung 55” & 65” UHD – Samsung Music Frame (RRP: RM1,899)
- Samsung 65” Mini LED – Samsung Soundbar T420 (RRP: RM649)
- Samsung 85” Neo QLED – Samsung Soundbar B650 (RRP: RM1,499)
Semua hadiah percuma adalah tertakluk kepada stok tersedia.
7. Bagaimana saya boleh mendapatkan speaker percuma bersama Samsung TV?
Jika anda layak, speaker percuma akan dihantar bersama Samsung TV ke alamat penghantaran yang telah diberikan.
Hadiah percuma adalah tertakluk kepada ketersediaan stok. Jika anda tidak menerima speaker percuma semasa penghantaran, ini bermaksud stok hadiah percuma telah habis ditebus dan tidak akan dihantar secara berasingan. Untuk maklumat lanjut mengenai penghantaran Samsung TV, sila klik di sini.
Tawaran Pakej MegaJimat (PMJ)
8. Apakah tawaran Pakej MegaJimat (PMJ)?
PMJ ialah tawaran bundle peranti yang memberikan harga diskaun khas untuk peranti apabila pelanggan melanggan pelan pascabayar yang layak.
9. Pelan manakah yang layak untuk harga kempen PMJ?
Hanya pelan berikut yang layak:
- CelcomDigi Postpaid 5G 100 2026
- CelcomDigi Postpaid 5G 120 2026
- CelcomDigi Postpaid 5G 140 2026
10. Apakah tempoh kontrak yang diperlukan untuk harga kempen PMJ?
Harga kempen hanya terpakai untuk kontrak 24 bulan. Harga untuk kontrak 12 bulan akan mengikut harga standard.
11. Adakah saya perlu membayar sebarang bayaran pendahuluan untuk PMJ?
Ya, jika berkenaan. Bayaran pendahuluan peranti ditentukan berdasarkan penilaian kredit dalaman CelcomDigi dan mungkin berbeza mengikut pelanggan.
12. Peranti manakah yang layak untuk harga kempen PMJ?
Hanya peranti terpilih berikut yang layak:
Harga Peranti Biasa (RM) | Harga Peranti Kempen (RM) | |||||||
Peranti yang Layak | CelcomDigi Postpaid 5G 80 2026 | CelcomDigi Postpaid 5G 100 2026 | CelcomDigi Postpaid 5G 120 2026 | CelcomDigi Postpaid 5G 140 2026 | CelcomDigi Postpaid 5G 80 2026 | CelcomDigi Postpaid 5G 100 2026 | CelcomDigi Postpaid 5G 120 2026 | CelcomDigi Postpaid 5G 140 2026 |
Vivo Y21 5G (256GB) | 449 | 299 | 199 | 199 | 449 | 270 | 170 | 10 |
OPPO A6 5G (512GB) | 749 | 699 | 499 | 399 | 749 | 577 | 377 | 177 |
Redmi Note 15 Pro+ 5G (512GB) | 949 | 799 | 699 | 599 | 949 | 777 | 577 | 277 |
Tawaran Kedai Dalam Talian (Online Shop) CelcomDigi
13. Apakah tawaran baucar Kedai Dalam Talian (Online Shop)?
Pelanggan boleh menikmati diskaun tambahan untuk peranti terpilih dengan menggunakan kod baucar semasa membuat pembelian melalui Kedai Dalam Talian (Online Shop) CelcomDigi.
14. Di manakah saya boleh membeli peranti di bawah tawaran ini?
Semua pembelian mesti dibuat melalui Kedai Dalam Talian (Online Shop) CelcomDigi: https://shop.celcomdigi.com/home.
15. Peranti manakah yang layak untuk tawaran ini?
Peranti | Harga (RM) | Baucar Diskaun (RM) | Harga Selepas Diskaun (RM) | Kod Baucar (masukkan sebelum pembayaran) |
Samsung Galaxy Tab S10 FE+ 5G (WF+CL) (256GB) | 3299 | 777 | 2522 | GALAXYTAB777 |
Samsung Galaxy Tab S10 FE 5G (WF+CL) (256GB) | 2699 | 777 | 1922 | |
Apple iPad 11th Gen A16 WiFi (128GB) | 1599 | 310 | 1289 | IPAD310 |
Apple iPad 11th Gen A16 WiFi Cellular (128GB) | 2299 | 310 | 1989 | |
Apple Watch SE 3 GPS + Cellular 40mm | 1299 | 177 | 1122 | APPLEWATCH177 |
Apple Watch SE 3 GPS + Cellular 44mm | 1449 | 177 | 1272 | |
Apple Watch S11 GPS + Cellular 42mm | 2299 | 177 | 2122 | |
Apple Watch S11 GPS + Cellular 46mm | 2449 | 177 | 2272 | |
Apple Watch Ultra 3 GPS 49mm | 3699 | 177 | 3522 |
16. Bagaimana cara menggunakan kod baucar?
- Masukkan kod baucar semasa proses checkout.
- Diskaun akan ditolak sebelum pembayaran dibuat.
Setiap baucar hanya sah untuk peranti terpilih.
17. Siapakah yang layak untuk tawaran Kedai Dalam Talian?
Tawaran ini tersedia untuk:
- Semua pelanggan CelcomDigi (Pascabayar dan prabayar)
- Bukan pelanggan CelcomDigi
Umum
18. Bolehkah saya menggabungkan pelbagai tawaran atau diskaun?
Tidak. Tawaran kempen, harga promosi dan baucar tidak boleh digabungkan dengan promosi lain kecuali dinyatakan sebaliknya.
19. Adakah semua tawaran dijamin sepanjang tempoh kempen?
Tidak. Semua tawaran tertakluk kepada ketersediaan stok dan boleh diubah atau ditarik balik tanpa notis terlebih dahulu.
Was this article helpful?
That’s Great!
Thank you for your feedback
Sorry! We couldn't be helpful
Thank you for your feedback
Feedback sent
We appreciate your effort and will try to fix the article