Semaikan Jalinan: Tawaran CelcomDigi ONE Sabah
Modified on Tue, 20 May at 10:00 AM
1. Apakah Semaikan Jalinan: Tawaran CelcomDigi ONE Sabah?
Pelanggan yang melanggan pelan CelcomDigi ONE Pro atau CelcomDigi ONE Ultra (melalui pendaftaran talian baharu, port-in, atau penukaran daripada prabayar ke pascabayar) antara 20 Mei hingga 16 Jun 2025, dan mempunyai pelan CelcomDigi Fiber yang aktif di kawasan CTSB Sabah, akan menikmati rebat RM15/bulan untuk pelan pascabayar mereka selama 24 bulan.
Penting: Pelan pascabayar dan fiber anda mestilah berada di bawah akaun bil yang sama untuk melayakkan anda menerima rebat.
2. Saya sudah mempunyai pelan CelcomDigi Fiber di kawasan CTSB Sabah. Adakah saya layak untuk menerima rebat RM15 x 24 bulan jika saya melanggan pelan CelcomDigi ONE Pro atau ONE Ultra semasa tempoh kempen?
Ya, anda layak menerima rebat jika anda melanggan pelan CelcomDigi ONE Pro atau ONE Ultra sepanjang tempoh kempen.
3. Apakah yang akan berlaku kepada rebat jika saya menukar pelan?
Rebat akan terbatal sekiranya anda menukar pelan anda.
4. Apakah yang akan berlaku selepas tempoh rebat 24 bulan tamat?
Rebat akan tamat selepas 24 bulan. Anda boleh melayari laman web CelcomDigi untuk melihat tawaran terkini yang tersedia.
Was this article helpful?
That’s Great!
Thank you for your feedback
Sorry! We couldn't be helpful
Thank you for your feedback
Feedback sent
We appreciate your effort and will try to fix the article