Rebat Insentif Rahmah Hari Raya Aidilfitri 2025
Modified on Mon, 31 Mar at 11:33 AM
1. Apakah Rebat Insentif Rahmah?
Sebagai sebahagian daripada sambutan Hari Raya Aidilfitri 2025, CelcomDigi akan memberikan 5GB data percuma pada hari pertama Hari Raya Aidilfitri, iaitu pada 31 Mac 2025.
2. Apakah yang ditawarkan oleh Rebat Insentif Rahmah?
Insentif Rebat Rahmah menawarkan 5GB Internet pantas dengan tempoh sah selama 24 jam.
3. Siapakah yang layak menerima Rebat Insentif Rahmah?
Semua warganegara Malaysia dengan pelan Prabayar atau Pascabayar CelcomDigi yang aktif dan layak, termasuk:
- Semua pelan suara mudah alih Prabayar CelcomDigi, Celcom & Digi, ToneWow dan MBits.
- Semua pelan suara mudah alih Pascabayar CelcomDigi, Celcom & Digi.
- Semua pelan suara perniagaan Pascabayar CelcomDigi, Celcom & Digi.
4. Siapakah yang TIDAK layak menerima Insentif Rebat Rahmah?
- Prabayar: Pelan Raja Kombo dan Juara Keren
- Pascabayar: Fibre, 5G Home WiFi, GadgetSIM, dan WatchSIM
- Pelanggan yang membuat pendaftaran baharu, pertukaran pelan, atau port-in / port-out pada 31 Mac.
5. Bagaimanakah cara saya untuk mendapatkan Rebat Insentif Rahmah 5GB percuma?
Untuk pelanggan Prabayar, pastikan talian anda berada dalam status AKTIF. Untuk pelanggan Pascabayar, pastikan talian anda dalam status aktif tanpa sebarang bil tertunggak.
Sebaik sahaja talian anda disambungkan ke rangkaian Celcom atau Digi dan anda mula menggunakan internet mudah alih antara 7 pagi hingga 7 malam, anda akan menerima 5GB data percuma dalam hari yang sama. Data percuma ini sah untuk digunakan selama 24 jam dari waktu pemberian.
6. Bilakah saya boleh menjangkakan untuk menerima data percuma?
Pemberian data percuma akan bermula dari pukul 7 pagi pada 31 Mac 2025, tetapi untuk pelanggan menerima data percuma tersebut, talian pelanggan mesti dalam status AKTIF dan disambungkan ke rangkaian Celcom atau Digi serta mula menggunakan internet mudah alih antara pukul 7 pagi hingga 7 malam. Anda akan menerima 5GB data percuma dalam hari yang sama.
7. Jika status saya AKTIF dan saya menggunakan sambungan WiFi, adakah saya akan menerima 5GB percuma?
Untuk menerima 5GB data percuma, anda perlu memutuskan sambungan WiFI, disambungkan ke rangkaian Celcom atau Digi dan mula menggunakan internet mudah alih antara pukul 7 pagi hingga 7 malam. Anda akan menerima 5GB data percuma dalam hari yang sama.
8. Adakah saya akan menerima notifikasi apabila menerima 5GB percuma?
Tiada notifikasi SMS akan dihantar selepas pemberian data percuma. Walau bagaimanapun, anda boleh menyemak data percuma ini di papan pemuka penggunaan di aplikasi Celcom Life atau MyDigi, atau dengan mendail USSD - dengan syarat anda telah disambungkan ke rangkaian Celcom atau Digi dan mula menggunakan Internet mudah alih antara pukul 7 pagi hingga 7 malam.
9. Di manakah saya boleh memeriksa penggunaan data 5GB percuma saya?
Anda boleh menjejak penggunaan data 5GB percuma di papan pemuka penggunaan di aplikasi Celcom Life atau MyDigi, atau melalui kod USSD.
- Untuk pelanggan Celcom, baki kuota akan dihantar melalui SMS selepas mendail:
- Prabayar: *118*1*1*2#
- Pascabayar: *118*2*2*1# dan/atau hantar “Max Status” ke 28882
- Untuk pelanggan Digi, baki kuota boleh disemak dengan mendail:
- Prabayar: *118*2*5#
- Pascabayar: *118*2*2*1#
Was this article helpful?
That’s Great!
Thank you for your feedback
Sorry! We couldn't be helpful
Thank you for your feedback
Feedback sent
We appreciate your effort and will try to fix the article