Promosi CelcomDigi Fiber Sabah CTSB

Modified on Tue, 7 Jan at 3:41 PM

Nota: Sebarang rebat bulanan akan mengambil masa sehingga 60 hari selepas pengaktifan talian fiber untuk ditunjukkan dalam bil bulanan anda. Anda mungkin masih perlu membayar jumlah penuh dalam bil bulanan pertama dan kedua anda sebelum dapat menikmati rebat berhak anda.

1. Apakah promosi CelcomDigi Fiber Sabah CTSB?  

Semua pelanggan CelcomDigi di kawasan CTSB Sabah layak menikmati harga istimewa untuk pelan 100Mbps ke atas bermula dari 8 Ogos 2024 – 31 Mac 2025.


2. Siapa yang boleh mendaftar untuk Promosi CelcomDigi Fiber Sabah CTSB? 

Sesiapa yang berumur 18 tahun dan ke atas menetap di kawasan CTSB Sabah sahaja. Sila ambil perhatian bahawa jika anda seorang warga asing, deposit RM500 akan diperlukan. 


Kelayakan & Kriteria: 

  • Hanya berada di kawasan CTSB sahaja 
  • Layak untuk 1 NRIC per akaun fiber sahaja 
  • Terbuka kepada semua pelanggan Pascabayar kami dengan sebarang komitmen bulanan dan pelanggan baru di Sabah.
  • Harga baru diperkenalkan untuk pelan 100Mbps, 300Mbps, 500Mbps dan 1Gbps. 


3. Bagaimanakah saya boleh mendaftar untuk promosi ini? 

Anda hanya perlu melengkapkan borangdi sinidan kakitangan kami akan menghubungi anda untuk membuat pengaturan. Sebagai alternatif, sila kunjungi kami di mana-mana kedai CelcomDigi berdekatan. 


4. Apakah pelan dan harga bayaran bulanan untuk promosi CelcomDigi Fibre Sabah CTSB Kaamatan?  

Sila rujuk jadual di bawah untuk butiran lanjut.


Pelan Fiber
100Mbps300Mbps500Mbps1Gbps
RRPRM99RM139RM159RM249
Untuk pelanggan Pascabayar dengan SEBARANG KOMITMEN BULANAN*

Rebat RM32  

RM67/bulan

Rebat RM64  

RM75/bulan 

Rebat 74 

RM85/bulan 

Rebat RM144 

RM105/bulan 

Untuk pelanggan baharu
Tambahan Pilihan dan Ekstra
Percuma 1 WiFi 6 Router

Percuma 1 WiFi 6 Router & 1 Mesh Node 

Percuma 1 PREMIUM WiFi 6 Router & 1 Mesh Node 
Pemasangan Standard PERCUMA
Tawaran Eksklusif Peranti Kediaman daripada RM2/hari!

*Sebarang rebat bulanan fibre akan mengambil masa sehingga 60 hari untuk mula dipaparkan dalam bil fibre anda. 


*Harga baru diperkenalkan untuk pelan Fiber 100Mbps kepada pelanggan baharu bermula dari 26 September 2024. 


5. Saya adalah pelanggan sedia ada Celcom/Digi Fiber, bolehkan saya mendaftar untuk promosi ini? 

Tidak, promosi ini hanya terbuka untuk pelanggan Fiber baharu sahaja.  


6. Adakah promosi ini disertakan dengan kontrak? 

Ya, semua pelan CelcomDigi Fiber baharu mempunyai kontrak 24 bulan. Harga promosi ini akan sah selama 24 bulan dari tarikh pelan diaktifkan. Selepas 24 bulan, pelan akan mengikuti harga tawaran biasa pelan Fiber di Sabah.


7.  Adakah saya masih layak untuk promosi jika saya melanggan semasa tempoh promosi tetapi pemasangan dijadualkan selepas ia berakhir? 

Ya, anda masih layak menerima tawaran selagi anda mendaftar semasa tempoh promosi.


8. Adakah saya dibenarkan menukar pelan CelcomDigi Fiber saya semasa dalam tempoh kontrak? 

Ya, anda dibenarkan untuk menaik taraf atau menurunkan pelan CelcomDigi Fiber anda pada bila-bila masa walaupun dalam tempoh kontrak. Peningkatan dan penurunan taraf adalah percuma, namun untuk setiap permintaan penurunan taraf, kontrak anda akan dimuat semula kepada kontrak 24 bulan baharu.


9. Apakah yang akan terjadi kepada rebat Fiber ini jika saya menukar ke pelan CelcomDigi Fiber yang lain semasa masih di dalam tempoh kontrak?   

Rebat anda untuk promosi ini akan digugurkan.


10. Adakah saya masih akan menikmati harga tawaran promosi yang sama selepas tamat tempoh kontrak saya?

Tidak, anda akan menikmati harga tawaran biasa selepas tamat tempoh kontrak 24 bulan tanpa sebarang kontrak.


11. Apakah yang berlaku jika saya menamatkan CelcomDigi Fiber saya semasa dalam tempoh kontrak? 

Penamatan awal fiber CelcomDigi akan dikenakan penalti. Jumlah baki bulan kontrak x yuran bulanan atau RM500, yang mana lebih tinggi, akan dikenakan sebagai penalti penamatan awal.  


12. Saya pelanggan baharu 1Gbps dengan penghala WiFi 6 premium percuma, adakah saya dibenarkan menukar pelan CelcomDigi Fiber saya?

Anda tidak dibenarkan menurunkan taraf pelan anda semasa tempoh kontrak. 


13. Saya baru sahaja menerima bil fiber pertama saya. Kenapa tiada rebat? 

Ia mungkin mengambil masa sehingga 60 hari untuk sebarang rebat terpapar dalam bil fiber anda. 


Oleh itu, dalam bulan pertama dan bulan kedua, anda mungkin masih perlu membayar jumlah penuh. Namun, jangan risau jika itu berlaku, bermula dari bulan ke-3 anda akan menikmati rebat bulanan anda.

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article