Pelancaran Samsung Galaxy S25 Series
Modified on Thu, 20 Mar at 3:18 PM
1. Bilakah pelancaran Samsung Galaxy S25 Series?
Pelancaran Samsung Galaxy S25 Series akan bermula pada 14 Februari 2025, dari jam 10:00 pagi dan seterusnya.
2. Siapakah yang layak untuk membeli?
- Semua pelanggan dengan pendaftaran baru (termasuk pemindahan masuk / port-in dan penukaran prabayar ke pascabayar)
- Pelanggan sedia ada tanpa sebarang kontrak peranti dan tiada sekatan panggilan
3. Bolehkah pelanggan dengan kontrak sedia ada memilih pelan ini?
Tidak, pelanggan dengan kontrak sedia ada tidak layak untuk pelan ini.
4. Bagaimanakah cara untuk membeli Samsung Galaxy S25?
A: Atas talian
Langkah 1: Layari laman web CelcomDigi di: https://www.celcomdigi.com/ms/devices/samsung
Langkah 2: Pilih model telefon dan pelan yang diingini
Langkah 3: Buat bayaran penuh untuk telefon (harga telefon + bayaran pendahuluan).
B. Kunjungi mana-mana CelcomDigi Store, Celcom bluecube, Digi Store, Rakan Niaga Sah Celcom dan Digi Store Express.
5. Adakah pelanggan boleh mendaftar perkhidmatan Phone Care?
Ya, pelanggan boleh mendaftar untuk Phone Care di CelcomDigi Store, Celcom bluecube, Digi Store, Rakan Niaga Sah Celcom dan Digi Store Express.
6. Di manakah saya boleh tukar beli (trade-in) peranti saya?
Anda boleh menukar beli peranti anda dengan memuat turun aplikasi CompAsia yang terkini dan mendiagnosis serta menilai peranti anda melalui aplikasi tersebut. Harap maklum bahawa tukar beli peranti di kedai tidak tersedia buat masa ini. Nantikan kemas kini selanjutnya.
Untuk maklumat lanjut mengenai tukar beli peranti, sila rujuk artikel ini.
Was this article helpful?
That’s Great!
Thank you for your feedback
Sorry! We couldn't be helpful
Thank you for your feedback
Feedback sent
We appreciate your effort and will try to fix the article