Notis: Peningkatan Sistem Berjadual Celcom pada 9 Januari 2025

Modified on Thu, 9 Jan at 9:00 AM

Kemaskini: Peningkatan sistem berjadual Celcom telah selesai. Semua perkhidmatan berikut telah pulih sepenuhnya.


Ini adalah notis penting untuk pelanggan Celcom.


Harap maklum bahawa akan ada peningkatan sistem Celcom yang dijadualkan dari 12:00 tengah malam hingga 9:00 pagi pada 9-Jan-2025. Sepanjang tempoh ini, saluran dan perkhidmatan tertentu akan tergendala buat sementara waktu. Kami mengesyorkan agar anda merancang aktiviti lebih awal untuk memastikan pengalaman yang lancar.

 

Saluran dan Perkhidmatan yang Tergendala Semasa Peningkatan Sistem

1. Saluran yang Tergendala:

  • Aplikasi Celcom Life

 

2. Perkhidmatan yang Tergendala: 

  • Perkhidmatan tambah nilai menggunakan PIN melalui: 
  • Dail *122*<PIN>#
  • Dail *123#
  • Dail *128#
  • Celcom Life Hub

 

Alternatif yang Tersedia Semasa Peningkatan Sistem

 

Pascabayar

Prabayar

Pembayaran Bil/ Tambah Nilai

Pembayaran Bil:

  1. Kiosk CelcomDigi
  2. Platform e-Dompet/ e-Dagang
  3. Perbankan Internet

 

*Termasuk fiber dan 5G Home WiFi.

Tambah Nilai (tanpa PIN)

  1. Laman Web CelcomDigi
  2. Kiosk CelcomDigi
  3. Platform e-Dompet/ e-Dagang
  4. Perbankan Internet

Pembelian Pas Internet (Add-Ons)

Dail *118#

Pembelian Pas Perantauan

Dail *800# apabila tiba di negara destinasi

 

*Jika anda menghadapi sebarang isu semasa berada di luar negara, sila hubungi khidmat pelanggan 24 jam kami dengan dengan mendail *125# atau chat dengan kami melalui WhatsApp.


Pastikan anda tambah nilai dan/ atau membeli pas Internet sebelum 9-Jan-2025 bagi memastikan pengalaman anda berjalan lancar sepanjang tempoh peningkatan sistem.


Semua saluran dan perkhidmatan Celcom yang lain akan beroperasi seperti biasa. Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul dan menghargai kesabaran serta kefahaman anda dalam perkara ini.

 

Penting: Berwaspada terhadap penipuan atau scam. CelcomDigi tidak akan meminta OTP atau maklumat sensitif melalui panggilan atau mesej yang tidak dikehendaki berkaitan peningkatan sistem. Jika anda menerima panggilan atau mesej sedemikian, sila abaikan dan laporkan kepada CelcomDigi.


Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article