Amaran Penipuan Mengenai Pengesahan Akaun CelcomDigi

Modified on Mon, 21 Oct at 9:41 AM

Kami telah dimaklumkan tentang modus operandi penipuan yang menyasarkan pelanggan CelcomDigi. Sila baca maklumat berikut dengan teliti untuk mengelak daripada menjadi mangsa taktik ini.


Modus Operandi Penipuan


1. Menyamar sebagai kakitangan CelcomDigi untuk mendapatkan OTP
Scammer boleh menyamar sebagai kakitangan CelcomDigi dan meminta OTP anda untuk pengesahan akaun anda selepas peningkatan sistem berjadual, untuk mengelakkan gangguan perkhidmatan.


2. Akses kepada aplikasi

Sebaik sahaja scammer menerima OTP daripada anda, mereka boleh log masuk ke aplikasi anda dan mengakses semua maklumat, termasuk menggantung talian anda.


3. Janji palsu 
Scammer mungkin akan memberitahu anda bahawa anda layak untuk menebus mata ganjaran kesetiaan atau menerima rebat untuk membeli telefon, dengan tujuan untuk mendapatkan kepercayaan anda. Atas sebab itu, scammer akan meminta butiran kewangan (contohnya, nama bank, OTP, dan lain-lain).
 

4. Ugutan penggantungan perkhidmatan

Apabila anda menunjukkan keraguan, scammer mungkin mengugut untuk menggantung talian anda. Scammer juga mungkin menghubungi anda melalui panggilan WhatsApp untuk meyakinkan anda tentang kesahihan identiti mereka. Harap maklum bahawa scammer boleh menggantung talian anda kerana mereka mempunyai akses kepada aplikasi anda jika anda telah memberikan OTP kepada mereka.



Peringatan Penting:

  • CelcomDigi tidak akan meminta OTP anda atau sebarang maklumat sensitif lain melalui panggilan atau mesej yang tidak sah. Jika anda menerima panggilan atau mesej sedemikian, sila abaikan dan laporkan kepada CelcomDigi.
  • Jangan kongsikan maklumat peribadi seperti OTP, butiran bank, atau sebarang maklumat peribadi lain dengan sesiapa yang mendakwa daripada CelcomDigi.
  • Jika anda mengesyaki bahawa anda telah menjadi sasaran penipuan, sila sahkan maklumat tersebut dengan menghubungi perkhidmatan pelanggan CelcomDigi dengan segera untuk mendapatkan bantuan.


Untuk membuat laporan tentang perkara ini, hubungi kami di sini.


Jangan risau, CelcomDigi sedang mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan pelanggan kami tidak menjadi mangsa kepada penipuan seperti ini.

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article