Pra-Tempah Honor Magic7 Pro
Modified on Thu, 9 Jan at 3:00 PM
1. Bilakah pelanggan boleh mula membuat pra-tempahan?
Pelanggan boleh mula membuat pra-tempahan dari 9 Januari 2025 pada pukul 3:00 petang hingga 16 Januari 2025 pada pukul 11:59 malam melalui laman web CelcomDigi, selagi stok masih ada.
2. Apakah faedah apabila pelanggan mendaftar semasa pra-tempahan?
Pelanggan akan menikmati Honor Freebies Kit (selagi stok masih ada) yang mengandungi:
- Honor Watch 5
- Honor SuperCharge Wireless Charger Stand (Max 100W)
- Honor Gift Casual Shoulder Bag
- Waranti Lanjutan 1 Tahun
- Penggantian One-to-One Selama 180 Hari
3. Siapakah yang layak untuk pra-tempahan?
- Semua pelanggan dengan pendaftaran baru (termasuk port-in dan penukaran prabayar ke pascabayar).
- Pelanggan sedia ada tanpa sebarang kontrak peranti dan tiada sekatan panggilan.
4. Bolehkah pelanggan dengan kontrak sedia ada memilih pelan ini?
Tidak, pelanggan dengan kontrak sedia ada tidak layak untuk pelan ini.
5. Adakah peranti terjamin jika pelanggan membuat pra-tempahan?
Ya, peranti terjamin. Bayaran penuh diperlukan semasa membuat pra-tempahan mengikut harga pakej.
6. Bagaimanakah untuk membuat pra-tempahan?
- Langkah 1: Log masuk ke laman web CelcomDigi: https://www.celcomdigi.com/ms/promotions/honor-magic7-pro
- Langkah 2: Pilih pelan yang anda diingini
- Langkah 3: Bayar jumlah penuh untuk telefon (harga helefon + bayaran pendahuluan)
7. Apakah kaedah pembayaran untuk pra-tempahan secara dalam talian?
Pembayaran boleh dibuat melalui kad kredit atau debit secara penuh semasa pra-tempahan.
8. Bagaimanakah peranti pra-tempahan akan dihantar kepada pelanggan?
Peranti akan dihantar kepada pelanggan melalui kurier. Tarikh penghantaran mungkin berbeza bergantung kepada amalan penghantaran kurier, lokasi penghantaran, kaedah penghantaran dan barang yang dipesan.
9. Bilakah pelanggan akan menerima peranti?
Pelanggan akan menerima peranti bermula 20 Januari 2025.
10. Adakah pelanggan boleh mendaftar perkhidmatan Phone Care?
Ya, pelanggan boleh mendaftar untuk Phone Care di CelcomDigi Store, Celcom bluecube, Digi Store, Rakan Niaga Sah Celcom dan Digi Store Express.
11. Di manakah saya boleh tukar beli (trade-in) peranti saya?
Anda boleh menukar beli peranti anda dengan memuat turun aplikasi CompAsia yang terkini dan mendiagnosis serta menilai peranti anda melalui aplikasi tersebut. Harap maklum bahawa tukar beli peranti di kedai tidak tersedia buat masa ini. Nantikan kemas kini selanjutnya.
Untuk maklumat lanjut mengenai tukar beli peranti, sila rujuk artikel ini.
Was this article helpful?
That’s Great!
Thank you for your feedback
Sorry! We couldn't be helpful
Thank you for your feedback
Feedback sent
We appreciate your effort and will try to fix the article