Mengguna eSIM anda dengan Yoodo (oleh CelcomDigi)

Modified on Thu, 12 Sep at 9:53 AM

1. Apa akan terjadi jika telefon saya hilang? 

  • Untuk pengguna eSIM:
    Log masuk ke aplikasi Yoodo (oleh CelcomDigi) anda dengan peranti baharu, pilih 'Aktifkan SIM', pilih 'eSIM', dan pilih 'Tukar ganti SIM yang sedia ada'. 
  • Untuk pengguna SIM fizikal:
    Jika anda menggunakan SIM fizikal, log masuk ke laman web kami (atau aplikasi jika anda mempunyai peranti lain) dan minta SIM ganti.


2. Saya sedang menggunakan SIM fizikal tetapi saya ingin tukar kepada eSIM dengan nombor yang sedia ada. Bagaimanakah caranya?

Semuanya boleh dilakukan dalam aplikasi kami. 

Dari menu utama, pilih 'Aktifkan SIM' > pilih 'eSIM' > pilih 'Tukar ganti SIM yang sedia ada'. Ikut langkah ini juga jika anda sudah hilang peranti yang menggunakan eSIM dan perlukan eSIM ganti.  


3. Berapa banyak eSIM yang boleh saya aktifkan?

Anda boleh mengaktifkan lebih daripada satu eSIM pada peranti anda, tapi hanya satu eSIM sahaja yang boleh aktif pada satu masa. Anda boleh menukar status aktif eSIM dalam tetapan peranti anda. 


Walau bagaimanapun, anda hanya boleh mengaktifkan SATU eSIM pada peranti anda pada satu masa. Jika anda mempunyai eSIM Yoodo (oleh CelcomDigi) yang aktif dan ingin mengaktifkan satu lagi eSIM Yoodo (oleh CelcomDigi), anda perlu memadam eSIM aktif yang sedia ada terlebih dahulu. Anda juga diingatkan bahawa anda boleh memiliki 5 talian sahaja di bawah satu akaun Yoodo (oleh CelcomDigi).


4. Apakah peranti yang boleh menggunakan eSIM?

Anda boleh menggunakan eSIM dengan peranti berikut: 


Apple

  • Dari model iPhone XR dan seterusnya 
  • iPad Pro (2018 dan seterusnya
  • iPad Air (2019 dan seterusnya
  • iPad (2019 dan seterusnya
  • iPad Mini (2019 dan seterusnya


Google

  • Dari model Pixel 3 dan seterusnya
    Nota: Hanya kawasan asal peranti United Kingdom dan Amerika Syarikat yang disokong 


Honor 

  • Magic 4 Pro 


Huawei

  • P40, P40 Pro & Mate 40 Pro 
  • P50 Pro (Perlukan sarung telefon eSIM) 


Motorola

  • Razr 2019 
  • Razr 5G 


Oppo 

  • Find X3 5G, X3 Pro, X5, X5 Pro 


Samsung 

  • Galaxy Fold dan Fold 5G
  • Galaxy Z Fold, Z Fold2 5G, Z Fold3 5G, Z Fold4 5G
  • Galaxy Z Flip, Z Flip 5G, Z Flip2 5G, Z Flip3 5G, Z Flip4
  • Galaxy S20 dan seterusnya
  • Note 20, 20 Ultra, 20 Ultra 5G 


Sony 

  • Xperia 10 III Lite, 10 IV 
  • Xperia 1 IV
    Nota: Bergantung pada kawasan asal peranti


Xiaomi 

  • 12T Pro
    Nota : Bergantung pada kawasan asal peranti 

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article