Fakta menarik tentang Yoodo (oleh CelcomDigi)
Modified on Thu, 12 Sep at 9:49 AM
1. Apakah itu Yoodo (oleh CelcomDigi)?
Kami adalah perkhidmatan talian bimbit pertama di Malaysia yang memberi anda kebebasan untuk mengubahsuai pelan talian bimbit anda; mengikut citarasa anda, pada bila-bila masa. Kami ingin memberikan kebebasan kepada anda dalam menentukan pengalaman penggunaan talian bimbit anda, sambil menawarkan pilihan yang sebenar, dengan cara yang jelas dan mudah. Kenapa? Kerana anda memilih dengan lebih baik.
2. Yoodo (oleh CelcomDigi) ini perkhidmatan prabayar atau pascabayar?
Yoodo (oleh CelcomDigi) adalah “pembekal perkhidmatan digital kacukan” talian bimbit yang pertama di Malaysia. Maksudnya ia memiliki semua fungsi dan ciri pelan pascabayar, yang digabungkan dengan keselesaan dan kemudahan pembayaran sebuah pelan prabayar. Jadi, kami bukanlah sebuah pelan prabayar, bahkan kami juga bukan sebuah pelan pascabayar.
3. Adakah saya perlu memuat turun dan mengaktifkan VPN pada telefon saya untuk menggunakan aplikasi Yoodo (oleh CelcomDigi)?
Tidak perlu. Anda boleh menikmati semua kelebihan Yoodo (oleh CelcomDigi) tanpa perlu menggunakan VPN yang boleh menyebabkan bateri anda cepat habis. Walaupun kami merupakan telco yang sangat aktif, kami juga efisien dalam penjimatan tenaga.
4. Adakah aplikasi Yoodo (oleh CelcomDigi) sesuai untuk peranti Android & iOS?
Ya, sudah tentu. Yoodo (oleh CelcomDigi) merupakan sebuah rangkaian semua-dalam-satu yang tidak menghadkan anda kepada sesebuah sistem operasi sahaja.
Hubungi Kami
- Anda boleh menghubungi kami melalui emel di support@celcomdigi.zendesk.com. Waktu operasi kami adalah dari jam 9 pagi hingga 6 petang, Isnin hingga Jumaat (kecuali cuti am).
- Kami biasanya akan membalas dalam tempoh 24 jam. Jika anda menghantar emel di luar waktu operasi kami, sila beri masa sehingga 48 jam untuk balasan.
Was this article helpful?
That’s Great!
Thank you for your feedback
Sorry! We couldn't be helpful
Thank you for your feedback
Feedback sent
We appreciate your effort and will try to fix the article