Bermula dengan Yoodo (oleh CelcomDigi)

Modified on Thu, 12 Sep at 9:51 AM

1. Boleh saya tambah nilai di kedai?

Ya. Anda hanya perlu mengikut langkah-langkah ini untuk tambah nilai secara tunai di 7-Eleven:


  1. Lancar aplikasi Yoodo (oleh CelcomDigi) anda
  2. Pergi ke tab 'Bayaran'
  3. Pilih 'Tambah Nilai'
  4. Masukkan amaun tambah nilai
  5. Pilih Kaedah Pembayaran (Bayaran Tunai di 7-Eleven)
  6. Paparkan kod bar kepada juruwang untuk diimbas
  7. Bayar amaun tambah nilai kepada juruwang secara tunai
  8. Tambah nilai Credits anda telah berjaya! (sila tunggu untuk jumlah tersebut ditambah ke baki Credits anda dalam masa 15 minit)


2. Berapa banyak talian aktif boleh saya miliki dalam akaun Yoodo (oleh CelcomDigi) saya?

Setiap pengguna boleh mengaktifkan sehingga 5 nombor menggunakan nombor IC/pasport yang sama.


3. Bolehkah saya menggunakan aplikasi Yoodo (oleh CelcomDigi) pada peranti yang telah di-root atau di-jailbreak? (Untuk Android/iOS)

Tidak, aplikasi Yoodo (oleh CelcomDigi) tidak boleh digunakan pada sebarang peranti Android atau iOS yang telah di-root atau di-jailbreak atas sebab-sebab keselamatan.


4. Bolehkah saya menggunakan SIM Yoodo (oleh CelcomDigi) saya pada modem luaran 4G atau modem WiFi mudah alih?

Ya, SIM Yoodo (oleh CelcomDigi) anda sesuai digunakan untuk kedua-dua jenis modem.


5. Bagaimana nak log masuk ke dalam aplikasi Yoodo (oleh CelcomDigi)?

Sila gunakan e-mel yang telah didaftarkan dengan Yoodo (oleh CelcomDigi) sebagai nama pengguna anda. Jika anda terlupa kata laluan anda, sila ke paparan log masuk pada aplikasi Yoodo (oleh CelcomDigi) dan tekan 'Terlupa kata laluan'. Kemudian sila masukkan e-mel anda dan kami akan hantar pautan untuk anda buka melalui pelayar bagi menetapkan kata laluan yang baru.


6. Bagaimana caranya saya uruskan kad-kad SIM saya?

Anda boleh menguruskan semua kad SIM di bawah akaun anda dengan menekan butang anak panah ke arah bawah yang berada pada bahagian atas paparan aplikasi Yoodo (oleh CelcomDigi), di sebelah nombor telefon anda. Kemudian pilih nombor yang anda mahu uruskan.


7. Bolehkah saya pindahkan pemilikan nombor saya kepada akaun Yoodo (oleh CelcomDigi) yang lain?

Kami tidak boleh memindahkan pemilikan nombor.


8. Bolehkah saya menggunakan servis pemajuan panggilan (call forwarding) dengan Yoodo (oleh CelcomDigi)?

Sudah tentu! Anda hanya perlu menyediakan fungsi tersebut dalam telefon anda.

  • Anda boleh memilih 'When busy', 'When unanswered' dan 'Forward when unreachable' untuk tetapan Call Forwarding. Hanya pilihan 'Always forward' sahaja yang tidak dibenarkan.
  • Sila pastikan anda memasukkan kod negara semasa anda menetapkan nombor untuk Call Forwarding. Contoh: +6019 876 5432

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article