Voice over LTE (VoLTE)

Modified on Thu, 12 Sep at 3:35 PM

1. Apa itu VoLTE? 

VoLTE adalah singkatan untuk "Voice over Long-Term Evolution". 


2. Apakah kelebihan VoLTE? 

Dengan VoLTE, anda boleh menikmati: 

  • Panggilan pada kualiti High Definition (HD) 
  • Penyediaan hubungan panggilan yang lebih pantas 
  • Pertukaran di antara "panggilan suara" dan "panggilan video" yang lebih lancar 
  • Penggunaan "panggilan" dan "data" serentak tanpa gangguan


3. Adakah saya akan dicaj untuk penggunaan VoLTE? 

Tiada caj tambahan akan dikenakan untuk menggunakan VoLTE. Ia akan menggunakan minit panggilan suara pada pelan sedia ada anda. 


4. Adakah VoLTE akan menggunakan peruntukan data mudah alih saya?

Tidak, VoLTE tidak akan menggunakan peruntukan data mudah alih anda. 


5. Siapa yang layak menggunakan VoLTE? 

Penggunaan VoLTE bergantung kepada peranti mudah alih dan rangkaian talian. Peranti anda perlu dikemas kini ke perisian versi terkini dan berada dalam liputan 4G. Semua peranti mudah alih terkini yang dijual melalui kedai pengeluar rasmi di Malaysia diaktifkan dengan VoLTE. Sebagai alternatif, semak dengan pengeluar telefon anda untuk mengesahkan keserasian VoLTE.


6. Bagaimana cara untuk aktifkan VoLTE pada peranti mudah alih saya? 

VoLTE akan diaktifkan secara automatik apabila peranti anda dikemas kini ke perisian versi terkini. Jika ia tidak diaktifkan, anda boleh mengaktifkan secara manual seperti cara di bawah: 

  • iOS: Pergi ke 'Tetapan' > pilih 'Rangkaian Mudah Alih' > pilih 'Pilihan Data Mudah Alih' > pilih 'Suara & Data' > pilih '4G' > hidupkan peluncur 'VoLTE' 
  • Android: Pergi 'Tetapan' > pilih 'Sambungan' > pilih 'Rangkaian Mudah Alih' > hidupkan peluncur 'VoLTE'


Nota: Cara di atas mungkin berbeza mengikut model peranti mudah alih. Jika anda ingin menutup VoLTE, anda boleh mengikut langkah yang sama seperti di atas.

 

7. Adakah VoLTE tersedia untuk perantauan di luar negara? 

Semasa perantauan, ketersediaan VoLTE akan bergantung pada rangkaian rakan-rakan perantauan Yoodo (oleh CelcomDigi) di negara masing-masing.  

 

8. Bagaimana saya nak tahu jika VoLTE telah diaktifkan pada saya? 

  • iOS: Anda akan lihat ikon “4G” pada bucu kiri di bahagian atas skrin semasa melakukan atau menerima panggilan. 
  • Android: Anda akan lihat “VoLTE” pada bucu Kanan di bahagian atas skrin semasa melakukan atau menerima panggilan. 


9. Adakah saya perlu tukar kad SIM untuk menikmati VoLTE? 

Anda tidak perlu menukar kad SIM. VoLTE tidak bergantung kepada kad SIM. 


10. Bilakah saya boleh menikmati VoLTE? 

Pelanggan yang layak sudah dinaik taraf bermula dari 23 Disember 2021. 


11. Saya baru bertukar ke peranti mudah alih yang menyokong VoLTE, jadi bilakah saya boleh mula menikmati VoLTE? 

Jika anda bertukar ke peranti yang menyokong VoLTE (atau sudah mengaktifkan talian Yoodo (oleh CelcomDigi) pada peranti yang menyokong VoLTE), anda dapat mula menikmati VoLTE dalam masa 48 jam seterusnya.

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article