VoWiFi

Modified on Thu, 12 Sep at 9:57 AM

1. Apa itu VoWiFi? 

Voice over WiFi (VoWiFi) adalah fungsi yang membolehkan panggilan & SMS dilakukan dan/atau diterima menggunakan WiFi. 

 

2. Apa kelebihan VoWiFi? 

Voice over WiFi (VoWiFi) membolehkan pelanggan menerima dan melakukan panggilan melalui rangkaian WiFi menggunakan talian mudah alih Yoodo (oleh CelcomDigi) semasa ketiadaan atau kekurangan liputan rangkaian mudah alih. Ia berfungsi secara ringkasnya seperti panggilan terus, selagi pelanggan mempunyai telefon yang sesuai dan telah mengaktifkan panggilan WiFi pada telefon. 


Tambahan lagi, pelanggan akan terus dihubungkan dalam panggilan yang lancar semasa perubahan dari liputan 4G yang lemah ke pancaran WiFi yang lebih kuat. 


3. Apa perbezaan di antara Voice HD (VoLTE) dan VoWiFi? 

Voice HD adalah bergantung pada rangkaian 4G LTE. Ia menawarkan kualiti panggilan yang menakjubkan di mana pelanggan masih boleh menikmati hubungan data mudah alih berkelajuan tinggi semasa melakukan panggilan. 


Manakala VoWiFi menggunakan perhubungan WiFi bagi melakukan panggilan berdefinisi tinggi (HD). Semasa ketiadaan liputan 4G, pelanggan akan dipindahkan secara lancar ke perkhidmatan VoWiFi, dan meningkatkan tahap panggilan di mana pancaran WiFi yang kuat disediakan. 


4. Apa syarat kelayakan untuk pelanggan menikmati perkhidmatan VoWiFi? 

  1. Pelanggan perlu mempunyai perkhidmatan Voice HD (VoLTE) aktif 
  2. Peranti sesuai yang menyokong VoWiFi  
  3. Peranti mudah alih yang dilengkapi dengan USIM 
  4. Isyarat WiFi yang kuat: VoWiFi amat bergantung pada rangkaian WiFi, oleh itu kualiti panggilan mungkin terjejas di kawasan atau tempat yang sesak dengan isyarat WiFi yang lemah (contohnya pusat membeli-belah, hotel, lapangan terbang, kafe)


5. Bagaimana cara untuk saya aktifkan VoWiFi pada peranti mudah alih? 

Telefon yang berbeza mungkin mempunyai langkah yang berbeza untuk mendayakan VoWiFi.  


Secara umum:  

Di dalam telefon anda, klik pada Tetapan > Rangkaian Mudah Alih > Aktifkan Panggilan WiFi/VoWiFi 


Android:  

Di dalam telefon anda, klik pada Tetapan > Rangkaian Mudah Alih > Data Mudah Alih > Panggilan Wi-Fi > Aktifkan Panggilan WiFi/VoWiFi


Jika telefon anda tidak mempunyai pilihan ini, ia mungkin tidak menyokong VoWiFi. Selain itu, pastikan telefon anda dikemas kini dengan perisian/perisian tegar yang terkini. 


6. Bolehkah saya nyahaktif VoWiFi? 

Yoodo (oleh CelcomDigi) akan memberi peruntukan perkhidmatan VoWiFi kepada pelanggan yang mempunyai VoLTE aktif dan peranti yang sesuai. Yoodo (oleh CelcomDigi) tidak akan menarik peruntukan tersebut. Jika anda tidak berminat untuk menggunakan VoWiFi, anda boleh menyahaktif 'Panggilan WiFi’ pada tetapan peranti anda. 


7. Bolehkah saya guna talian mudah alih untuk membuat panggilan dan menghantar SMS jika saya menyahaktif VoWiFi pada peranti saya? 

Ya. Namun begitu, aktiviti-aktiviti tersebut bergantung pada pancaran perkhidmatan rangkaian lain seperti rangkaian mudah alih atau perkhidmatan Voice HD. 


8. Adakah VoWiFi akan menggunakan kuota data yang diperuntukkan untuk pelan mudah alih saya? 

Panggilan VoWiFi tidak akan menggunakan sebarang kuota data yang telah diperuntukkan untuk pelan mudah alih anda. Namun begitu, ia akan menggunakan kuota data daripada peruntukan data WiFi anda. 


9. Adakah saya akan dicaj untuk penggunaan VoWiFi? 

Tiada caj tambahan akan dikenakan untuk menggunakan VoWiFi. Ia akan menggunakan minit panggilan suara pada pelan sedia ada anda. 


10. Bolehkah saya membuat panggilan antarabangsa (IDD - International Direct Dial) menggunakan VoWiFi? 

Ya, anda boleh membuat panggilan antarabangsa atau "International Direct Dial" (IDD) menggunakan VoWiFi dan anda akan dicaj berdasarkan kadar pelan atau kadar biasa. 


11. Bolehkah saya guna VoWiFi melalui hotspot WiFi di tempat awam (contohnya hotel, lapangan terbang, kampus & restoran)? 

Anda sepatutnya boleh menggunakan perkhidmatan ini dengan mana-mana pancaran WiFi. Namun begitu, ia adalah terdahulu pada penyedia perkhidmatan WiFi tersebut kerana panggilan boleh dihalang oleh penyedia WiFi melalui konfigurasi tertentu. 


12. Bolehkah saya terima panggilan VoWiFi semasa sedang melayari internet menggunakan rangkaian WiFi? 

Ya, anda boleh membuat panggilan VoWiFi dan melayari Internet pada yang sama selagi anda berhubung dengan rangkaian WiFi.

 

13. Bolehkah saya membuat panggilan video melalui rangkaian WiFi? 

Ya, anda sepatutnya boleh membuat panggilan video dengan VoWiFi jika peranti anda menyokong panggilan video. 


14. Bolehkah saya hantar dan terima SMS melalui rangkaian WiFi? 

Ya, anda sepatutnya boleh menghantar dan menerima SMS melalui WiFi. 


15. Bolehkah saya guna VoWiFi semasa merantau di luar negara? 

VoWiFi semasa perantauan tidak tersedia buat masa ini. 


16. Adakah fungsi "Call Waiting" dan "Call Holding" masih berfungsi semasa panggilan VoWiFi sedang dilakukan? 

Ya, "Call Waiting" dan "Call Holding" akan berfungsi seperti biasa. 


17. Bolehkah saya mengaktif/menyahaktif fungsi "Call Forwarding" semasa membuat panggilan VoWiFi? 

Ya. "Call Forwarding" adalah salah satu fungsi panggilan, dan ia akan berfungsi seperti biasa (sama seperti jika panggilan dilakukan melalui VoiceHD) 


18. Kenapa saya tidak dapat membuat panggilan melalui VoWiFi walaupun hubungan ke rangkaian WiFi telah aktif? 

Terdapat beberapa sebab yang mungkin merupakan puncanya: 

  • VoWiFi memerlukan kekuatan pancaran Wi-Fi yang mencukupi (dengan bandwidth minimum 25 kbps) sebelum memulakan hubungan ke Panggilan WiFi secara automatik. Anda boleh beralih ke kawasan yang mempunyai pancaran yang lebih kuat. 
  • Jika rangkaian WiFi mempunyai portal pemula (contoh: Starbucks yang perlu dilog masuk), anda mungkin perlu melancarkan pelayar dan log masuk ke rangkaian menggunakan kata nama/kata laluan. 
  • Bagi rangkaian WiFi awam, penyedia mungkin mempunyai polisi untuk menghalang perkhidmatan panggilan WiFi. 
  • Bagi rangkaian WiFi persendirian (contoh: WiFi pejabat), tempat tersebut mungkin mempunyai polisi untuk menghalang perkhidmatan panggilan WiFi. 
  • Peranti anda tidak memenuhi syarat kelayakan untuk perkhidmatan VoWiFi.


19. Apa spesifikasi minimum bagi rangkaian WiFi? 

Bandwidth LAN minimum yang diperlukan untuk VoWiFi adalah 25 kbps. 


20. Bagaimana cara untuk tahu VoWiFi telah dihubungkan? 

Peranti berbeza jenama akan mempunyai penunjuk yang berbeza untuk anda mengenal pasti sama ada VoWiFi telah digunakan pada peranti anda. Secara umum, ikon akan muncul di bahagian atas sebelah kanan bersama dengan logo isyarat WiFi. Rujuk contoh tangkapan skrin di bawah untuk mengenal pasti VoWiFi aktif pada telefon Android:   


21. Bagaimana cara untuk aktifkan VoWiFi? Adakah saya perlu menghubungi Yoodo (oleh CelcomDigi) untuk mengaktifkan VoWiFi? 

VoWiFi akan diperuntukkan kepada pelanggan yang telah memilihnya (mengikut kesesuaian peranti) secara automatik. Anda akan diberitahu melalui SMS apabila peruntukan telah disediakan untuk peranti.  


22. Apa akan berlaku kalau saya menukar telefon pintar dengan yang baru? 

Kalau nombor masih sama, anda akan masih menerima peruntukan perkhidmatan VoWiFi jika ia diaktifkan pada peranti anda. Namun begitu, ia juga bergantung kepada model peranti baru anda untuk menentukan samada anda boleh atau tidak boleh menikmati perkhidmatan panggilan melalui WiFi. 


23. Apa pelan yang diperlukan untuk mengaktifkan VoWiFi? 

Langganan pelan mudah alih tidak akan mempengaruhi kelayakan VoWiFI. Peruntukan kepada pelanggan mengikut tahap kesediaan peranti.

 

24. Saya guna MultiSIM pada peranti yang menyokong VoWiFi. Bolehkah MultiSIM membuat dan menerima panggilan melalui rangkaian WiFi? 

Anda akan dapat membuat dan menerima panggilan melalui VoWiFi jika peruntukan VoLTE diberikan kepada MultiSIM. 


25. Adakah saya masih boleh menikmati VoWiFi jika talian saya dihalang disebabkan tiada baki untuk pembayaran? 

Anda tidak boleh membuat panggilan jika talian anda dihalang, digantung, atau ditamatkan.  


26. Baru-baru ini saya tukar ke peranti yang menyokong VoWiFi. Tetapi, saya dapati tiada perkhidmatan VoWiFi pada telefon pintar ini. Apa yang perlu saya lakukan? 

Anda boleh menyemak kelayakan minimum di bawah: 

  • Pastikan VoLTE aktif 
  • Pastikan peranti anda menyokong perkhidmatan VoWiFi  
  • Pastikan peranti anda telah dinaik taraf ke perisian terkini 
  • VoLTE telah dihidupkan pada tetapan peranti (Langkah pengaktifan VoWiFi mungkin berbeza mengikut model peranti) 
  • Pastikan VoWIFI atau "Panggilan WiFi" telah diaktifkan pada peranti anda 


Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article