Bagaimanakah cara untuk saya mengoptimumkan pengalaman rangkaian?

Modified on Fri, 26 Apr at 2:58 PM

Berikut adalah beberapa cara yang boleh membantu anda untuk mengoptimumkan pengalaman rangkaian semasa waktu puncak penggunaan atau di lokasi yang sesak: 


1. Hadkan Penggunaan Data Latar Belakang

Matikan pengemaskinian aplikasi dan sistem automatik, cloud backup (contohnya iCloud dan Google Drive), dan aktiviti data latar belakang lain seperti perkhidmatan lokasi, pengemaskinian media sosial, dan notifikasi. 


2. Aktifkan Tetapan Penjimatan Data 

  • Peranti mudah alih akan mempunyai ciri-ciri penjimatan data yang membantu menghadkan jumlah data yang digunakan dan mengurangkan tekanan ke atas rangkaian. 
  • iPhone: Pergi ke ‘Tetapan > Selular > Mod Data > ‘Mod Data Rendah’.  
  • Andriod: Pergi ke ‘Tetapan’>Rangkaian & Internet > ‘Penjimat Data’ > Hidupkan ‘Penjimat Data’. 
  • Menonton video dalam tetapan resolusi yang lebih rendah juga akan membantu mengurangkan tekanan ke atas rangkaian. 


3. Tukar Mod Sambungan Rangkaian 

Cuba tukar antara rangkaian selular, contohnya, 4G, 5G. 

  • iPhone: Pergi ke 'Tetapan' > Perkhidmatan Mudah Alih > Suara & Data > Pilih mod sambungan rangkaian yang anda ingin gunakan. 
  • Android: Pergi ke 'Tetapan' > Sambungan > Rangkaian Mudah Alih > Mod Rangkaian > Pilih mod sambungan rangkaian yang anda ingin gunakan. 


4. Manfaatkan Ciri Panggilan Wi-Fi (VoWiFi)

  • Ciri ini membolehkan anda membuat panggilan dan menghantar mesej seperti biasa menggunakan Wi-Fi yang disambungkan ke peranti anda.
  • Aktifkan ciri ini dengan mengikuti langkah-langkah di bawah: 
  • iPhone: Pergi ke 'Tetapan' > 'Perkhidmatan Mudah Alih' > Cari 'Panggilan Wi-Fi' > Aktifkan 'Panggilan Wi-Fi pada iPhone Ini'. 
  • Android: Pergi ke 'Tatapan' > 'Rangkaian & Internet' atau pilihan serupa bergantung kepada peranti anda > Cari 'Panggilan Wi-Fi' atau 'Keutamaan Panggilan Wi-Fi' dan aktifkan. 

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article