Apa yang perlu saya lakukan jika saya tidak boleh menerima kod OTP/TAC?
Modified on Mon, 10 Mar at 10:35 AM
Jika anda tidak boleh menerima OTP (One-Time Password) atau TAC (Transaction Authorization Code), ia mungkin disebabkan oleh:
- Perkhidmatan anda dalam mod tidak aktif (tidak digunakan untuk tempoh yang lama)
- Premium SMS tidak diaktifkan dalam tetapan peranti anda
Berikut adalah beberapa langkah penyelesaian ini untuk mengatasi masalah tersebut:
1. Semak mesej spam atau disekat
- Periksa folder mesej spam untuk OTP/TAC
- Jika anda menggunakan Truecaller, semak folder spam dalam aplikasi tersebut
- Pastikan kod pendek OTP/TAC tidak disekat pada telefon anda:
- Untuk iPhone: Pergi ke 'Tetapan' > 'Telefon' > 'Kenalan Disekat' > Nyahsekat penghantar jika tersenarai.
- Untuk Android: Pergi ke 'Tetapan' > 'Mesej' > 'Nombor Disekat' > Nyahsekat penghantar jika tersenarai.
2. Aktifkan akses Premium SMS
- Langkah 1: Buka 'Tetapan'
- Langkah 2: Cari 'Akses Khas' atau 'Akses Premium SMS'
- Langkah 3: Pilih 'Sentiasa Benarkan' untuk perkhidmatan mesej.
Nota: Ciri Premium SMS adalah percuma. Pengaktifan ciri ini tidak akan dikenakan kos tambahan. Walau bagaimanapun, caj SMS standard akan dikenakan untuk menghantar atau membalas SMS.
3. Hantar ‘SMS IN’ ke kod pendek peniaga atau merchant
Sesetengah bank dan perkhidmatan mungkin memerlukan pengaktifan SMS masuk dengan menghantar mesej ke kod pendek mereka. Sebagai contoh, untuk mengaktifkan perkhidmatan ini bagi Maybank, hantar ‘SMS IN’ ke 66628.
4. Mulakan semula peranti anda
Restart atau mulakan semula peranti anda untuk refresh semula sambungan rangkaian.
Jika anda telah mencuba semua langkah di atas dan masih tidak dapat menerima kod OTP/ TAC, sila hantar pertanyaan di sini.
Was this article helpful?
That’s Great!
Thank you for your feedback
Sorry! We couldn't be helpful
Thank you for your feedback
Feedback sent
We appreciate your effort and will try to fix the article