Roaming Antarabangsa & IDD

Modified on Thu, 12 Sep at 10:08 AM

1. Bagaimana boleh saya aktifkan Pelan Perantauan Antarabangsa di telefon bimbit saya? 

Untuk mengaktifkan perantauan antarabangsa, anda perlu membeli salah satu daripada pelan perantauan kami. Buat masa ini, kami menawarkan perkhidmatan "Roam Like Home", yang terdapat di 72 buah negara. Perkhidmatan perantauan antarabangsa anda akan diaktifkan secara automatik apabila anda mula menggunakan data, membuat panggilan atau menghantar SMS. Sila ingat bahawa tanpa pelan perantauan, anda tidak boleh membuat panggilan, menggunakan data atau menghantar SMS. Namun, anda masih boleh menerima SMS dan mengakses hotspot WiFi awam. Pastikan tetapan APN anda adalah betul. 


2. Apakah pelan perantauan yang ditawarkan? 

Buat masa ini, kami menawarkan pelan "Roam Like Home (RLH)", di mana anda boleh membuat panggilan, menghantar teks dan melayari Internet ketika berada di luar negara dengan pelan yang sama yang anda gunakan di Malaysia. Ia kini boleh digunakan di 72 negara pada hanya RM5, RM10 atau RM20 sehari bergantung kepada setiap negara. Sila lihat butiran untuk setiap negara dan kadar pada aplikasi anda. 


3. Roam Like Home boleh diguna di negara mana? 

Buat masa ini Roam Like Home tersedia di 72 negara. Sila rujuk senarai negara-negara berserta rakan telco terpilih di bawah: 

Negara

Pengendali Rangkaian

Zon RLH

Bangladesh 

Robi/Grameenphone 

A 

Brunei Darussalam 

DSTCom (5G)

A 

Cambodia 

Smart / Metfone

A 

Indonesia 

XL (51011) / TelkomSel (5G) / Indosat 

A 

South Korea 

SK Telecom (5G) /Olleh (5G) 

A 

Nepal 

Ncell

A 

Singapore 

Singtel (5G)/M1/Starhub 

A 

Sri Lanka 

Dialog/Hutch 

A 

Thailand 

TRUE-H (5G) / AIS (5G) 

A 

France 

Orange / SFR 

B 

Hong Kong 

SmarTone HK (5G) / CSL 

B 

India 

IDEA / Bharti (Airtel) / Vodafone 

B 

Laos 

Star/ETL Mobile 

B 

Macau 

CTM (5G) / SmarTone MAC 

B 

Philippines 

Globe (5G) / SMART GOLD (5G) 

B 

Saudi Arabia 

STC/Mobily / Zain SA (5G) 

B 

Taiwan 

Chunghwa (5G) / Taiwan Mobile (5G) 

B 

United Kingdom 

EE (5G)/Vodafone UK 

B 

Albania 

Vodafone AL 

C 

Armenia 

Orange / Armentel

C 

Australia 

Telstra / Vodafone 

C 

Austria 

T-Mobile A-A03/A1 

C 

Azerbaijan 

Azercell / Bakcell 

C 

Bahrain 

Zain BH / Batelco 

C 

Belgium 

B Proximus (5G) / KPN 

C 

Canada 

Rogers / Bell (5G) / Telus (5G)

C 

China 

China Mobile (5G) / China Unicom (5G)

C 

Croatia 

HR VIP (5G) 

C 

Czech Republic 

T-Mobile CZ (5G) / Vodafone CZ 

C 

Denmark 

Telenor DK / TDC Mobil 

C 

Egypt 

Vodafone EG / Orange 

C 

Estonia 

Elisa EE (5G) / Tele2 

C 

Fiji 

Digicel 

C 

Finland 

FIN Sonera (5G) / FI Elisa (5G) 

C 

Georgia 

Geocell / Beeline 

C 

Germany 

Vodafone / T-Mobile D 

C 

Ghana 

Vodafone GH 

C 

Greece 

GR Vodafone 

C 

Hungary 

Vodafone HU 

C 

Iceland 

IS Siminn / Vodafone (5G) 

C 

Ireland 

Vodafone IE 

C 

Italy 

I Wind (5G) / Vodafone IT 

C 

Japan 

NTT Docomo / Softbank 

C 

Kazakhstan 

Kcell KZ / Beeline 

C 

Kuwait 

Wataniya (5G) / Viva (5G) 

C 

Kyrgyzstan 

Beeline 

C 

Latvia 

Tele2 / Bite LV 

C 

Lithuania 

Tele2 / Telia (5G)

C 

Malta 

Vodafone MLA 

C 

Mongolia 

Unitel 

C 

Netherlands 

KPN (5G) / Vodafone NL 

C 

New Zealand 

Vodafone / 2Degrees  

C 

Norway 

Telenor / Mobile N 

C 

Pakistan 

Mobilink / Telenor PK  

C 

Poland 

P4 / T-Mobile.pl (5G) 

C 

Papua New Guinea 

Digicel / Bemobile

C 

Portugal 

Vodafone 

C 

Qatar 

Qtel / Vodafone Qatar (5G) 

C 

Romania 

Vodafone RO (5G) 

C 

Russia 

MTS / Beeline 

C 

Samoa 

Digicel 

C 

South Africa 

Vodacom / MTN  

C 

Spain 

MoviStar / Vodafone ES 

C 

Sweden 

TELE2 SE / Telenor SE  

C 

Switzerland 

Swisscom / Orange CH 

C 

Tonga 

Digicel 

C 

Turkey 

Vodafone TR/Avea (5G) 

C 

UAE 

Etisalat (5G) 

C 

USA 

AT&T (5G) 

C 

Vanuatu 

Digicel 

C 

Vietnam 

Viettel (5G) / Vinaphone 

C 

*Wilayah Narathiwat, Yala, dan Pattani tidak dilindungi buat masa ini. 

*Perkhidmatan perayauan tidak tersedia di Myanmar kerana sekatan yang dikenakan oleh Kerajaan Myanmar. Hanya panggilan suara (Direct Dial) dan SMS boleh digunakan. 


4. Apakah tempoh aktif untuk Pas Roam Like Home? 

Pas Roam Like Home sah untuk 24 jam, 72 jam, 168 jam atau 360 jam bermula dari tarikh dan waktu pengaktifan. 

Misalnya jika anda membuat pembelian dan mengaktifkan pas 1 hari anda pada 3:15PM 12hb Disember, ia akan luput pada 3:15PM 13hb Disember. 


5. Roam Like Home itu apa? 

Roam Like Home adalah pakej perantauan antarabangsa yang menawarkan harga dan kadar yang sama seperti penggunaan tempatan. Dengan hanya RM5, RM10, atau RM20 sehari, anda boleh menggunakan pelan mudah alih peribadi anda di luar negara. Anda juga boleh membeli booster seperti biasa jika kuota Data, Panggilan, atau SMS anda habis. Pada masa ini, Roam Like Home tersedia di 72 negara! Sila semak butiran untuk setiap negara dan kadar pada aplikasi anda.


6. Berapa banyak pas roaming yang boleh saya beli pada satu-satu masa? 

Anda hanya perlu membeli satu pas kerana setiap pas membolehkan anda menggunakan kuota Data/Panggilan/SMS pelan tempatan anda untuk 24, 72, atau 168 jam.


7. Perlukah saya beli pas Roam Like Home baru setiap hari sepanjang saya di luar negara? 

Tak perlu! Kini anda dapat memilih pas untuk 1 hari, 3 hari, 7 hari dan 15 hari. Dapatkan maklumat lanjut dalam aplikasi anda. 

 

8. Bagaimana cara untuk menukar tetapan APN saya? 

Untuk menggunakan perkhidmatan perantauan kami, anda perlu pastikan tetapan APN anda adalah tepat. Jika nama APN anda adalah yoodo, anda tidak perlu menukar apa-apa. Untuk menukar tetapan anda, sila ikuti langkah-langkah di bawah: 


Android 

Sila ke SETTINGS > CONNECTIONS > MOBILE NETWORKS > ACCESS POINT NAMES > CELCOM INTERNET/celcom3g > APN > tukar nama daripada celcom3g ke yoodo 


iOS 

Sila ke SETTINGS > MOBILE DATA > MOBILE DATA NETWORKS > APN > tukar nama daripada celcom3g ke yoodo 


9. Apa itu roaming? 

Anda boleh gunakan talian anda di luar Malaysia dan kekal berhubungan dengan sahabat-handai serta keluarga anda. 


10. Bagaimana boleh saya aktifkan Pelan Perantauan Antarabangsa di telefon bimbit saya? 

Untuk mengaktifkan perantauan antarabangsa, anda perlu membeli salah satu daripada pelan perantauan kami. Buat masa ini, kami menawarkan perkhidmatan "Roam Like Home", yang terdapat di 67 buah negara. Perkhidmatan perantauan antarabangsa anda akan diaktifkan secara automatik apabila anda mula menggunakan data, membuat panggilan atau menghantar SMS. Ingat, tanpa pelan perantauan, anda tidak boleh membuat panggilan, menggunakan data atau menghantar SMS. Namun, anda masih boleh menerima SMS dan mengakses hotspot WiFi awam. Pastikan tetapan APN anda adalah betul. 


11. Bagaimana nak pilih rangkaian telekomunikasi secara manual dari alatan bimbit saya? 

Untuk memilih rangkaian telekomunikasi secara manual, ikut langkah-langkah berikut


iPhone

Langkah 1: Pilih 'Settings'

Langkah 2: Pada halaman 'Settings', pilih 'Carrier'

Langkah 3: Pada halaman 'Carrier', pilih rangkaian yang anda ingin sambungkan (Jangan pilih "Automatic") 


Android

Langkah 1: Pilih 'Menu'

Langkah 2: Pilih 'Settings'

Langkah 3: Pilih' Wireless & Networks'

Langkah 4: Pilih 'Mobile Networks'

Langkah 5: Pilih 'Network Operator'


BlackBerry

Langkah 1: Pergi ke halaman utama 

Langkah 2: PIlih 'Mobile Network Options'

Langkah 3: Tukar pilihan rangkaian kepada mod 'Manual'


12. Bagaimana boleh saya ikuti penggunaan roaming saya sepanjang saya di luar negara? 

Anda boleh gunakan Pemuka anda di aplikasi Yoodo (oleh CelcomDigi) untuk menyelenggara pelan anda, termasuklah penggunaan roaming anda. Jika anda membeli pelan ‘Roam-Like-Home’, penggunaan data, panggilan dan SMS anda adalah sama seperti di Malaysia. 


13. Bagaimana boleh saya dapatkan bantuan sepanjang saya di luar negara? 

Hantar tiket dengan soalan atau isu anda kepada kami melalui support@celcomdigi.com 


14. Bagaimana boleh saya beli pas Roam Like Home atau Pas Roaming Harian? 

Pas Roam Like Home boleh dibeli melalui 'Dashboard' di aplikasi Yoodo (oleh CelcomDigi). 


15. Bagaimana akan saya tahu pembelian Pas Roam Like Home saya berjaya? 

Anda akan dimaklumkan melalui aplikasi dan email. Anda juga boleh semak di “Pelan Saya” pemuka aplikasi anda. 


16. Berapakah harga untuk pelan Roam Like Home? 

Pada hanya RM5, RM10 atau RM20 sehari (bergantung kepada negara yang anda lawati), anda boleh melanggan pelan Roam Like Home, untuk memberikan anda kebebasan bagi menggunakan pelan tempatan anda semasa berada di luar negara -- tanpa perlu risau mengenai caj perantauan! 


17. Bagaimana nak kembalikan kelajuan internet asal apabila kuota harian telah dicecah? 

Mudah. Kelajuan internet asal anda akan kembali setelah anda membeli Pas Roaming Harian yang baru. Untuk Roam-Like-Home, anda cuma perlu membeli booster (beserta data) untuk terus menggunakan data anda. 


18. Boleh saya batalkan pas roaming saya atau menghentikan langganan pas saya? 

Tidak. Anda perlu tunggu hingga ia luput apabila genap 24 jam. Misalnya, jika pas anda dibeli pada 3:15pm 12hb Disember, ia akan luput pada 3:15pm 13hb Disember. 


19. Sistem pengendalian (OS) manakah yang serasi dengan pas-pas roaming ini? 

Pas ini serasi dengan Apple iOS, Android, BlackBerry OS, Bada, serta kebanyakan sistem pengendalian fon yang lain.  


20. Bagaimana boleh saya ikuti penggunaan dan tarikh luput pas roaming saya? 

Anda boleh mengikuti penggunaan anda melalui Pemuka anda di aplikasi Yoodo (oleh CelcomDigi). 


21. Boleh saya gunakan pas Roam Like Home di Malaysia? 

Roaming disediakan untuk kegunaan di luar Malaysia. Anda tak perlukan apa-apa pas roaming sekiranya anda dalam Malaysia, kerana pelan biasa anda sudah memadai. 


22. Boleh saya gunakan roaming untuk data tanpa membeli pas? 

Tidak. Kami bukan perkhidmatan Pay Per Use (PPU) - bayar ikut penggunaan. Kami ingin menjamin kad kredit/debit anda takkan dikenakan caj tanpa persetejuan anda. 


23. Boleh saya beli pas roaming sebelum saya melancong? 

Boleh. Anda boleh pra-beli pas roaming anda seawal 30 hari sebelum pelancongan anda bermula. Misalnya, anda boleh pra-beli pas anda seminggu-dua sebelum tarikh pelancongan anda, dan pelan roaming anda akan sebaik sahaja anda mula menggunakannya di luar negara. 


24. Bagaimana boleh saya pra-beli pas roaming? Ada tarikh luput tak jika saya pra-beli? 

Anda boleh pra-beli pas anda seawal 60 hari sebelum anda melancong. Pas pra-beli anda sah untuk tempoh 60 hari, dan ia hanya diaktifkan apabila anda mula menggunakan perkhidmatan roaming di luar negara. Selepas ia diaktifkan, ia akan kekal aktif selama 24, 72, 168 atau 360 jam, bergantung pada pas RLH yang anda beli. 


25. Bagaimana cara untuk saya mengaktifkan pas perantauan saya? 

Anda hanya perlu menggunakan data, membuat panggilan, atau menghantar SMS, dan pas anda akan diaktifkan dengan serta merta. 

 

26. Jika pelancongan saya dibatalkankan, boleh saya batalkan pelan yang telah saya pra-beli dan dapat pulangan wang? 

Malangnya, anda tidak akan mendapat pulangan wang setelah membeli pas anda. 


27. Boleh saya pra-beli lebih dari 1 pas? 

Tidak, anda tidak boleh melakukannya. Untuk Roam Like Home, anda boleh membeli pas tambahan untuk memperbaharui pas anda. Namun, ianya hanya boleh dilakukan apabila pas yang sedia ada telah luput. 


28. Jika pas Roam Like Home saya masih aktif, adakah saya boleh membuat panggilan ke mana-mana nombor di negara yang saya sedang berada? 

Tidak, anda tidak boleh melakukannya. Melalui pelan Roam Like Home, anda hanya boleh membuat panggilan ke nombor Malaysia sahaja, dan bukannya nombor negara lain jika anda tidak membeli pelan IDD. Anda boleh membeli pelan IDD melalui aplikasi Yoodo (oleh CelcomDigi) di bawah tab IDD. 


Contohnya seperti berikut: Jika anda sedang berada di Singapura dan telah mengaktifkan pelan perantauan anda perlu mendapatkan pelan IDD untuk membuat panggilan ke nombor Singapura, sama seperti jika anda berada di Malaysia. 


29. Apa yang akan terjadi jika saya melawat sesebuah negara yang tidak ada di dalam senarai pakej perantauan Roam Like Home? 

Malangnya, anda tidak boleh membuat dan menerima panggilan atau SMS, dan anda juga tidak boleh menggunakan data anda. Namun begitu, anda masih boleh mengakses Internet melalui WiFi percuma atau WiFi awam di negara tersebut.Kami dalam proses untuk meluaskan rangkaian perantauan kami ke lebih banyak negara, jadi pastikan anda memeriksa laman utama kami untuk kemas kini terbaru! 


30. Apa itu IDD? 

"International Direct Dial", atau lebih dikenali sebagai IDD, adalah sejenis perkhidmatan yang membenarkan anda membuat panggilan daripada Malaysia ke negara lain. 


31. Bagaimana cara saya menggunakan IDD? 

Ia sebenarnya sangat mudah! Anda hanya perlu membeli Add-On IDD melalui aplikasi Yoodo (oleh CelcomDigi). Anda juga boleh menyuai-padan pelan IDD anda sendiri! Ikuti langkah-langkah di bawah: 

  1. Sila ke “Roaming & IDD”
  2. Tekan pada "IDD"
  3. Sila pilih negara bakal anda buat panggilan 
  4. Pilih kadar panggilan dan SMS yang anda mahukan, berikan kepastian, dan selesai. 


32. Apa itu Zon A dan Zon B? 

Negara-negara di bawah Zon A akan dikenakan caj IDD yang berlainan berbanding negara-negara di bawah Zone B. Terdapat 80 negara di bawah Zon A dan 125 negara di bawah Zon B. 


33. Bolehkah saya menggunakan pakej IDD Zone A untuk menelefon negara-negara dalam Zone B, dan sebaliknya? 

Tidak, anda tidak boleh menelefon negara-negara Zon B jika anda membeli pakej Zon A, dan sebaliknya. Jika anda membeli Zon A, anda hanya boleh menggunakan pelan anda untuk menelefon mana-mana negara dalam Zon A. 


34. Apakah tempoh sah pakej IDD saya? 

Pakej IDD anda sah selama 365 hari - jadi tidak perlu risau tentang IDD anda habis terlalu cepat. 


35. Bolehkah saya menggunakan pakej IDD jika akaun saya tidak aktif? 

Maaf, anda tidak boleh. Untuk mengaktifkan semula talian, anda per beli pelan asas terlebih dahulu, kemudian anda boleh kembali menggunakan pakej IDD anda 


36. Bolehkah saya menggunakan aplikasi Yoodo (oleh CelcomDigi) di luar negara jika saya tidak mempunyai Roam Like Home Pass? 

Maaf, anda tidak boleh. Untuk menyambung ke aplikasi Yoodo (oleh CelcomDigi), anda perlu menyambung ke WiFi awam atau i-Fi rumah jika anda tiada pelan data. 

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article