Pelancaran Telefon Google Pixel 9
Modified on Tue, 3 Sep at 10:26 AM
1. Bila telefon Google Pixel 9 akan dilancarkan?
Pelancaran telefon Google Pixel 9 akan bermula pada 22 Ogos 2024, dari pukul 10.00 pagi. Pembelian boleh dilakukan melalui laman web CelcomDigi, Kedai CelcomDigi, Celcom bluecube, Digi Store, Rakan Sah Celcom dan Digi Store Express.
2. Apakah manfaat yang diterima apabila pelanggan mendaftar telefon Google Pixel 9 semasa pelancaran?
Pelanggan akan menerima Perkhidmatan Premium Google secara percuma tanpa kos tambahan. Sila rujuk model telefon yang berkenaan di bawah untuk maklumat lanjut.
Google Pixel 9 Pro XL
Tawaran Percubaan Premium Percuma:
|
Google Pixel 9
Tawaran Percubaan Premium Percuma:
|
3. Siapa yang layak untuk memesan telefon Google Pixel 9 semasa pelancaran?
- Semua pelanggan dengan pendaftaran baru (termasuk port-in dan penukaran prabayar ke pascabayar).
- Pelanggan sedia ada tanpa sebarang kontrak peranti dan tanpa sekatan panggilan
4. Bolehkah pelanggan dengan kontrak sedia ada memilih pelan ini?
Pelanggan tidak boleh mendaftar untuk kontrak telefon ini dengan nombor mudah alih yang sama jika dia sudah mempunyai kontrak. Walau bagaimanapun, pelanggan boleh memilih untuk mendaftar dengan talian baru.
5. Bagaimana untuk membeli telefon Pixel 9?
Pelanggan boleh melawat mana-mana Kedai CelcomDigi, Celcom bluecube, Digi Store, Rakan Sah Celcom dan Digi Store Express atau mendaftar secara dalam talian dengan:
- Langkah 1: Kunjungi laman Google di laman web CelcomDigi melalui https://www.celcomdigi.com/devices/google
- Langkah 2: Pilih model telefon dan pelan yang diingini
- Langkah 3: Bayar jumlah keseluruhan yang dinyatakan untuk telefon [Harga telefon + Pembayaran Awal (jika ada)].
6. Apakah kaedah pembayaran untuk pembelian dalam talian?
Pembayaran boleh dibuat melalui kad kredit atau kad debit mengikut jumlah yang dinyatakan dalam soalan 5, langkah 3 semasa pembayaran.
7. Apa yang perlu dilakukan pelanggan jika memerlukan maklumat lanjut atau bantuan mengenai ciri-ciri Pixel 9 atau Perkhidmatan Premium Google?
Pelanggan boleh menghubungi Pusat Bantuan Pixel untuk bantuan.
Was this article helpful?
That’s Great!
Thank you for your feedback
Sorry! We couldn't be helpful
Thank you for your feedback
Feedback sent
We appreciate your effort and will try to fix the article