Pra-Tempah Telefon Google Pixel 10
Modified on Thu, 21 Aug at 10:00 AM
Soalan Lazim: Pra-Tempahan Google Pixel 10
1. Bilakah pelanggan boleh membuat pra-tempahan?
Pra-tempahan akan dibuka mulai 21 Ogos 2025, jam 10:00 pagi sehingga 27 Ogos 2025, jam 11:59 malam melalui laman web CelcomDigi, tertakluk kepada ketersediaan stok.
2. Apakah kelebihan mendaftar semasa tempoh pra-tempahan?
Pelanggan boleh membuat pra-tempahan Google Pixel 10 dengan pelan CelcomDigi Postpaid 5G 100 atau yang lebih tinggi. Pelan CelcomDigi terpilih termasuk Pakej Pra-Tempahan Eksklusif seperti yang dinyatakan dalam jadual di bawah (tertakluk kepada ketersediaan stok). CelcomDigi berhak untuk menukar hadiah percuma pada bila-bila masa tanpa notis awal.
Pakej Pra-Tempahan Eksklusif | Bundle A | Bundle B |
|
| |
Pelan Layak: |
|
|
3. Siapakah yang layak membuat pra-tempahan?
Pelanggan baharu (termasuk Port-In dan tukar dari Prepaid ke Postpaid).
Pelanggan sedia ada tanpa kontrak dan tiada sekatan panggilan / had perkhidmatan.
4. Adakah pelanggan yang masih dalam kontrak layak untuk pelan ini?
Tidak. Pelanggan yang sedang berada di bawah kontrak tidak layak untuk pelan ini.
5. Adakah peranti dijamin apabila pelanggan membuat pra-tempahan?
Ya. Peranti dijamin selepas pembayaran penuh dibuat semasa pra-tempahan, berdasarkan harga pakej yang dipilih.
6. Bagaimana cara membuat pra-tempahan?
Langkah 1: Layari laman web CelcomDigi: https://www.celcomdigi.com/devices/google
Langkah 2: Pilih pelan yang diingini
Langkah 3: Buat bayaran pendahuluan (tertakluk kepada kelayakan)
7. Apakah kaedah pembayaran yang tersedia untuk pra-tempahan dalam talian?
Pembayaran boleh dibuat menggunakan kad kredit atau debit semasa pra-tempahan.
8. Bagaimana peranti pra-tempahan akan dihantar?
Peranti akan dihantar kepada pelanggan melalui kurier. Tarikh penghantaran mungkin berbeza bergantung pada amalan kurier, lokasi penghantaran, kaedah penghantaran, dan barangan yang dipesan.
9. Bilakah pelanggan akan menerima peranti?
Penghantaran peranti akan bermula pada 28 Ogos 2025.
10. Di manakah saya boleh membuat tukar beli peranti?
Anda boleh membuat tukar beli peranti dengan memuat turun aplikasi CompAsia versi terkini untuk diagnosis dan penilaian peranti. Tukar beli di kedai fizikal tidak tersedia buat masa ini. Sila nantikan kemas kini.
Rujuk artikel ini untuk maklumat lanjut.
PhoneCARE
11. Siapakah yang layak untuk pelan percuma 2 bulan PhoneCARE "Swap & Replace"?
Pelanggan yang membeli Google Pixel 10 semasa tempoh pra-tempahan (21–27 Ogos 2025) dan memilih pelan PhoneCARE Swap & Replace layak untuk promosi ini.
12. Bagaimana cara mendaftar pelan percuma 2 bulan PhoneCARE "Swap & Replace"?
Semasa membuat pra-tempahan, pilih “Ya” pada pilihan kebenaran PhoneCARE, kemudian pilih “Free 2-Month Swap & Replace”.
13. Apakah nilai pelan percuma "Swap & Replace" apabila saya membeli peranti ini
Nama Peranti | Harga Peranti (RRP) | Yuran Langganan "Swap & Replace" |
Google Pixel 10 (256GB) | RM4499 | RM35 |
Google Pixel 10 Pro (256GB) | RM5499 | RM35 |
Google Pixel 10 Pro XL (256GB) | RM5999 | RM35 |
Google Pixel 10 Pro XL (512GB) | RM7799 | RM45 |
14. Saya sudah mempunyai pelan PhoneCARE. Adakah saya masih layak untuk pelan percuma ini?
Ya. Anda layak dan pelan PhoneCARE sedia ada akan digantikan dengan pelan baharu ini. Anda hanya perlu:
- Pilih “Ya” pada pilihan kebenaran PhoneCARE=
- Pilih “Free 2-Month Swap & Replace”
Nota: Tawaran ini sah hanya semasa tempoh pra-tempahan 21–27 Ogos 2025.
15. Adakah saya masih perlu membuat bayaran bulanan untuk pelan PhoneCARE "Swap & Replace"?
Ya. Yuran langganan bulanan biasa akan dikenakan seperti biasa di mana berkenaan.
16. Bagaimana rebat percuma 2 bulan ini akan tertera pada bil saya?
Rebat akan tertera sebagai “Payment Via M-1” pada bil bulanan, dan akan dikreditkan dalam tempoh 60 hari untuk setiap bulan.
17. Bagaimana jika saya lebih suka pelan PhoneCARE "Swap"?
Anda boleh memilih pelan PhoneCARE Swap, namun ia tidak termasuk dalam promosi percuma 2 bulan dan akan dikenakan caj biasa selepas menerima peranti.
18. Bilakah pelan PhoneCARE saya akan diaktifkan?
Pelan PhoneCARE akan diaktifkan dalam tempoh 6 hari selepas anda menerima peranti.
- Jika peranti anda rosak secara tidak sengaja dalam tempoh ini, anda masih layak membuat tuntutan di Portal SR.
- Jika anda menukar daripada pelan PhoneCARE sedia ada, pelan baharu juga akan mengambil masa sehingga 6 hari untuk diaktifkan selepas penamatan.
Jadual 1:
Perkhidmatan Premium Google | Nota |
YouTube Premium |
|
Fitbit Premium |
|
Google AI Pro |
|
Google One Premium 2 TB plan |
|
Was this article helpful?
That’s Great!
Thank you for your feedback
Sorry! We couldn't be helpful
Thank you for your feedback
Feedback sent
We appreciate your effort and will try to fix the article