Soalan Lazim: Pra-Tempah OPPO Find X9 Pro Pas Sekali Viu Premium 12 Bulan

Modified on Thu, 30 Oct at 9:53 AM

1. Apakah Pas Sekali 12 Bulan Viu Premium?

Pas Sekali 12 Bulan Viu Premium adalah pas Viu Premium eksklusif tersedia hanya untuk pelanggan yang pra-tempah OPPO Find X9 Pro 5G semasa tempoh kempen Pra-Tempah. Ia menawarkan caj sekali sahaja sebanyak RM49 untuk akses ke Viu Premium selama12 bulan & pas sekali internet 5GB.


2. Bilakah saya boleh langgan ke pas ini? 

Pas ini tersedia hanya semasa transaksi pra-tempah OPPO Find X9 Pro 5G. Anda harus pilih pas ini semasa pra-tempah ; ia tidak akan tersedia kemudian. Setiap pelanggan hanya berhak untuk melanggan ke satu Pas Sekali 12 bulan Viu Premium. 


3. Bilakah Pas ini akan diaktifkan? 

Setelah anda pilih pas semasa proses pra-tempahan, ia akan diaktifkan secara auto dalam masa 14 hari bekerja daripada hari penghantaran peranti. Setelah diaktifkan, anda akan menerima SMS pengesahan.


4. Saya sudah mempunyai langganan Add-Ons StreamMORE Viu Premium. Adakah saya masih layak untuk nikmati Pas Sekali 12 bulan Viu Premium ini?

Ya, anda masih layak. Langganan Add-Ons StreamMORE Viu Premium semasa anda akan ditamatkan secara auto dan digantikan dengan langganan baharu ini. 

Anda hanya perlu:

Pilih “Ya” di bawah togol keizinan bagi Pas Sekali 12 bulan Viu Premium semasa proses pra-tempahan OPPO Find X9 Pro.

Nota: Tawaran ini hanya sah semasa tempoh pra-tempah dari 31 Oktober sehingga 6 November 2025.

5. Berapa lamakah tempoh sah bagi akses Viu Premium ini? 

Akses Viu Premium anda sah selama 12 bulan dari tarikh pengaktifan.

  Akses Viu Premium
Diberikan pada
Akses Viu Premium
Sah hingga

1 Jun 2025 14:00PM
1 Jun 2026 13:59PM


6. Bagaimanakah cara untuk menebus akses Viu Premium saya?

Anda akan menerima SMS setelah pembelian peranti Pakej MegaJimat anda berjaya.

Akses
Langkah
Melalui aplikasi CelcomDigi
Langkah 1: Log masuk ke aplikasi CelcomDigi
Langkah 2: Pergi ke ‘Lifestyle’
Langkah 3: Pilih “My Subscriptions”
Langkah 4: Dibawah “Active”, pilih Viu (Premium)
Langkah 5: Dibawah ikon “Access Via”, klik ‘Viu’ untuk lancarkan aplikasi Viu atau laman web Viu
Langkah 6: Log masuk dengan nombor telefon yang digunakan untuk membuat pembelian

 
Atau


Langkah 1: Log masuk ke aplikasi CelcomDigi
Langkah 2: Pergi ke ‘Shop’
Langkah 3: Pilih ‘Lifestyle’
Langkah 4: Pilih ‘Entertainment’ dan klik “My Subscriptions”
Langkah 5: Dibawah “Active”, pilih Viu (Premium)
Langkah 6: Dibawah ikon “Access Via”, klik ‘Viu’ untuk lancarkan aplikasi Viu atau laman web Viu
Langkah 7: Log masuk dengan nombor telefon yang digunakan untuk membuat pembelian
Melalui Pelayar Web
Langkah 1: Log masuk melalui: https://www.viu.com/ott/my 
Langkah 2: Klik di “Daftar dengan nombor telefon”
Langkah 3: Log masuk dengan nombor telefon yang digunakan untuk membuat pembelian
Langkah 4: Tetapkan kata laluan pilihan anda dan selesai!
Melalui aplikasi Viu
Langkah 1: Muat turun aplikasi Viu dari Google Play Store atau Apple App Store
Langkah 2: Klik di “Daftar dengan nombor telefon”
Langkah 3: Log masuk dengan nombor telefon yang digunakan untuk membuat pembelian
Langkah 4: Tetapkan kata laluan pilihan anda dan selesai!


7. Apakah akan berlaku selepas Pas Sekali 12 Bulan Viu Premium tamat?

Akses Viu Premium anda akan dihentikan secara automatik melainkan anda memilih untuk meneruskan pada kadar bulanan add-on StreamMORE Viu.

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article