CelcomDigi WatchSIM

Modified on Mon, 30 Mar at 1:51 PM

1. Siapakah yang layak untuk mendaftar CelcomDigi WatchSIM?

  • Pelanggan CelcomDigi Postpaid 5G 80 dan ke atas serta pelanggan pelan CelcomDigi ONE.
  • CelcomDigi WatchSIM pada masa ini hanya terpakai untuk Apple Watch Series. CelcomDigi WatchSIM tidak boleh digunakan pada jam tangan Android, seperti Samsung Galaxy Watch Series, Google Pixel Watch Series & Huawei Watch Series.


2. Apakah peranti yang disokong oleh CelcomDigi WatchSIM?

CelcomDigi WatchSIM disokong oleh iPhone SE, 6s serta yang lebih baharu dengan iOS 13.3 atau selanjutnya. iPhone tersebut perlu dipadankan dengan Apple Watch Series 3 (GPS + Selular) atau yang lebih baharu dengan WatchOS 6.1 atau selanjutnya.

 

3. Berapakah kuota yang saya akan dapat daripada CelcomDigi WatchSIM?

CelcomDigi WatchSIM anda mempunyai 100GB kuota untuk digunakan pada Apple Watch anda.

 

4. Adakah semua kegunaan data di Apple Watch saya akan menggunakan kuota 100GB ini?

Tidak, sekiranya Apple Watch anda mempunyai sambungan aktif melalui Bluetooth dengan iPhone anda, penggunaan data di Apple Watch akan menggunakan kuota pelan utama anda.

Kuota 100GB ini hanya akan digunakan apabila Apple Watch anda tidak mempunyai sambungan yang aktif melalui Bluetooth dengan iPhone anda.

 

5. Bagaimanakah saya boleh melihat penggunaan kuota 100GB ini?

Anda boleh menyemak penggunaan data melalui aplikasi CelcomDigi:

Langkah 1: Di aplikasi CelcomDigi, tekan ‘Penggunaan’

Langkah 2: Pilih ‘Internet’

Langkah 3: Penggunaan kuota 100GB anda akan ditunjukkan seperti di bawah


6. Bagaimanakah cara untuk mendaftar WatchSIM?

Anda boleh mendaftar untuk WatchSIM dengan mengikuti arahan yang dinyatakan di bawah:

  • Padankan Apple Watch dengan iPhone anda. (Rujuk Set up your Apple Watch untuk arahan yang lebih terperinci).
  • Buka aplikasi ‘Watch’ pada iPhone anda dan pilih ‘Data Mudah Alih’. Tekan 'Sediakan Data Mudah Alih'.
  • Masukkan nombor kad pengenalan anda. Terima Terma dan Syarat yang dipaparkan dan teruskan. 
  • Tekan 'Selesai' untuk lengkapkan langganan. Ikon 'i' akan dipaparkan setelah langganan berjaya. 

 

7. Bolehkah saya berhenti melanggan/ melanggan semula/ menggantung langganan CelcomDigi WatchSIM saya?

Ya, boleh. Anda hanya perlu pergi ke kedai CelcomDigi untuk hentikan langganan atau melanggan semula perkhidmatan CelcomDigi WatchSIM.

 

8. Saya sedang melanggan Celcom NUMBERshare atau Digi AirSIM dengan Apple Watch. Apakah yang akan berlaku kepada langganan saya?

Anda masih boleh menggunakan NUMBERshare atau AirSIM yang sedia ada. Namun, jika anda memilih untuk menghentikan pelan atau menukar jam tangan, anda perlu menukar pelan anda ke CelcomDigi Postpaid 5G 80 dan ke atas atau pelan CelcomDigi ONE dan langgan WatchSIM baharu.

 

9. Saya sedang melanggan Celcom NUMBERshare atau Digi AirSIM dengan Apple Watch. Apakah yang akan berlaku jika saya menukar pelan pascabayar saya?

Celcom NUMBERshare atau Digi AirSIM anda akan dihentikan sebelum pertukaran pelan. Anda perlu menukar pelan anda ke CelcomDigi Postpaid 5G 80 dan ke atas atau pelan CelcomDigi ONE dan langgan WatchSIM baharu.


10. Saya menghadapi masalah sambungan dengan WatchSIM saya. Apa yang patut saya buat?

Sila hantar pertanyaan anda di sini.

 

11. Saya tidak dapat melanggan WatchSIM. Apa yang patut saya buat?
Sila hantar pertanyaan anda di sini.

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article