Bagaimana untuk mengaktifkan SIM baru saya?
Modified on Tue, 8 Sep at 9:34 AM
Pengaktifan Nombor Baru
- Pascabayar CelcomDigi:
Masukkan SIM baru anda – ia akan diaktifkan secara automatik dan sedia untuk digunakan.
- Prabayar CelcomDigi (Hanya terpakai untuk pemegang MyKad):
Langkah 1: Muat turun aplikasi CelcomDigi
Langkah 2: Buka aplikasi dan pilih ‘Pengaktifan SIM Prabayar’ di bawah ‘Pautan Pantas’
Langkah 3: Sebagai alternatif, sekiranya anda sudah mempunyai nombor telefon lain yang aktif dan telah di log masuk pada aplikasi CelcomDigi, anda boleh melihat menu ini dengan memilih ‘Lihat Semua’ di bawah ‘Keperluan Anda’. Kemudian, di bawah 'Akaun', pilih ‘Aktifkan SIM Baharu’
Langkah 4: Ikuti arahan untuk mengesahkan ID anda dan imbas kod bar pada pek SIM. Masukkan kad SIM anda, dan pengesahan melalui SMS akan dihantar selepas pengaktifan SIM berjaya.
Nota: Mulai 26 Ogos 2026, peraturan baharu di bawah hanya terpakai untuk pengaktifan CelcomDigi Prabayar:
- Pelanggan bukan pemegang MyKad perlu membuat pendaftaran SIM baharu di kedai pengedar sah. Proses pendaftaran akan dibantu oleh pengedar. Pelanggan perlu mengemukakan dokumen pengenalan diri asal, manakala warganegara asing perlu mengemukakan maklumat visa tambahan yang sah.
- Pelanggan berumur 12 hingga 17 tahun perlu mendapatkan kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga sah. Ibu bapa atau penjaga perlu hadir semasa pendaftaran dan melengkapkan proses pengesahan biometrik yang diperlukan bersama pemohon bawah umur.
- Pendaftaran melalui saluran dalam talian dan layan diri hanya tersedia untuk pemegang MyKad dan memerlukan MyDigital ID yang sah.
Tukar ke CelcomDigi (Port-In)
- Pascabayar dan Prabayar CelcomDigi:
- Tunggu SMS pengesahan port-out daripada penyedia perkhidmatan semasa anda dan ikuti arahan diberikan untuk membalas SMS.
- Masukkan SIM baru anda selepas anda hilang sambungan dengan penyedia perkhidmatan semasa.
Was this article helpful?
That’s Great!
Thank you for your feedback
Sorry! We couldn't be helpful
Thank you for your feedback
Feedback sent
We appreciate your effort and will try to fix the article