Kempen Pulangan Tunai Apple App Store

Modified on Wed, 11 Sep at 1:37 PM

1. Apakah yang ditawarkan oleh kempen pulangan tunai Apple App Store?  

Kempen ini menawarkan pulangan tunai RM3 kepada pengguna prabayar dan pascabayar yang menerima SMS dan/ atau notifikasi aplikasi dan memenuhi kriteria sasaran kempen.


2. Apa yang perlu saya lakukan untuk mendapatkan pulangan tunai RM3?

Pengguna yang layak perlu membeli atau melanggan mana-mana perkhidmatan di Apple App Store bernilai minimum RM20.00 dalam satu transaksi dan bayar menggunakan CelcomDigi sebagai kaedah pembayaran semasa tempoh kempen, untuk layak menerima pulangan tunai RM3.


3. Bagaimanakah saya boleh bayar dengan CelcomDigi untuk pembelian atau langganan saya di Apple App Store?

Anda boleh merujuk kepada langkah mudah di sini.

 

4. Bilakah tempoh kempen?

Kempen akan bermula pada 13 Ogos 2024 dan akan berlangsung sehingga 11 September 2024.

 

5. Apakah kriteria sasaran kempen ini?

Untuk kempen ini, kami menyasarkan pengguna yang tidak membuat sebarang pembelian di Apple App Store dalam tempoh 12 bulan yang lalu menggunakan CelcomDigi sebagai kaedah pembayaran. Selain kriteria ini, kami juga melihat kriteria lain seperti tempoh bersama Celcom/Digi dan jumlah purata yang dibelanjakan setiap bulan.

 

6. Bagaimana saya akan menerima pulangan tunai tersebut dan apa yang boleh saya beli dengan pulangan tunai tersebut?

Anda akan menerima pulangan tunai sebaik sahaja pembelian atau langganan anda berjaya di Apple App Store. Walau bagaimanapun, ia boleh mengambil masa sehingga beberapa jam untuk pulangan tunai dihantar sementara kami memproses pemeriksaan kelayakan.

 

Pengguna pascabayar CelcomDigi/ Celcom/ Digi yang layak akan menerima pulangan tunai sebagai rebat bil dalam kitaran bil semasa, manakala pengguna prabayar CelcomDigi/ Celcom/ Digi akan menerima pulangan tunai sebagai kredit prabayar, yang boleh digunakan untuk langganan perkhidmatan CelcomDigi dan/ atau pembelian/ langganan melalui pengebilan telefon mudah alih.

 

7. Apakah tempoh sah pulangan tunai? 

Bagi pengguna prabayar CelcomDigi/ Celcom/ Digi, tempoh sah pulangan tunai akan mengikut tempoh sah akaun prabayar anda.

 

8. Jika saya pengguna sedia ada Apple App Store yang menggunakan kaedah pembayaran  CelcomDigi, bolehkah saya juga mendapatkan pulangan tunai RM5?

Tidak, tawaran ini hanya untuk pengguna baru Apple App Store yang menggunakan kaedah pembayaran CelcomDigi.


Untuk maklumat lanjut: Terma & Syarat Kempen Pulangan Tunai Apple App Store.

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article