Kempen Pulangan Tunai Google Play Store

Modified on Tue, 13 Aug at 10:04 AM

1. Apakah kempen Pulangan Tunai Google Play Store ini?

Dari 13 Ogos 2024 hingga 12 Oktober 2024, ganjaran pulangan tunai RM2 akan diberikan kepada pelanggan CelcomDigi, Celcom dan Digi yang membelanjakan RM5 ke atas untuk pembelian pertama di Google Play Store.

 

2. Siapakah yang layak untuk kempen Pulangan Tunai Google Play Store?

Kempen ini tersedia untuk pelanggan terpilih* bagi mana-mana langganan CelcomDigi dari 13 Ogos 2024 hingga 12 Oktober 2024.

*Pelanggan terpilih ialah pelanggan yang tidak pernah membeli atau melanggan sebarang perkhidmatan di Google Play Store, dalam tempoh 12 bulan yang lalu dan terpulang kepada budi bicara mutlak CelcomDigi Bhd.

 

3. Bagaimanakah cara saya menerima pulangan tunai RM2?

Jika anda adalah pelanggan terpilih, anda akan menerima SMS pemberitahuan atau notifikasi di aplikasi yang memberitahu anda tentang kempen ini. Hanya perlu mulakan pembelian atau langgan mana-mana perkhidmatan di Google Play Store dengan nilai RM5 atau lebih dalam satu transaksi dan dapatkan RM2 yang dikreditkan ke akaun anda. Bagi pelanggan prabayar, RM2 akan ditambah ke dalam baki anda. Bagi pelanggan pascabayar, RM2 akan ditolak daripada bil akan datang anda.


4. Bagaimanakah cara untuk saya membuat pembelian di Google Play Store menggunakan CelcomDigi sebagai kaedah pembayaran?

Jangan risau, tiada sebarang caj dikenakan.

 

Langkah 1: Pergi ke Google Play Store dan klik profil anda di penjuru kanan sebelah atas. Pilih 'Bayaran dan langganan' dan 'Kaedah pembayaran'.

Langkah 2: Dalam halaman 'Kaedah pembayaran', pilih 'Tambahkan pengebilan Celcom' atau 'Tambahkan pengebilan Digi' dan tekan 'Dayakan'. Anda kini mempunyai Celcom atau Digi sebagai kaedah pembayaran pada aplikasi kegemaran anda.


5. Di manakah saya boleh membelanjakan pulangan tunai RM2 jika saya adalah pelanggan prabayar?

RM2 akan ditambah pada baki utama anda. Ia boleh digunakan untuk sebarang tujuan seperti untuk menghantar SMS, membuat panggilan, pembelian kredit permainan, dsb.

 

6. Apabila menerima pulangan tunai saya, adakah RM2 tersebut akan tamat tempoh selepas tempoh kempen tamat pada 12 Oktober 2024?

Tidak, tempoh sah RM2 tidak akan mengikut tempoh kempen. Bagi pelanggan pascabayar, RM2 akan dimasukkan secara automatik ke dalam bil anda. Bagi pelanggan prabayar, tempoh sah RM2 akan mengikut tarikh tamat tempoh prabayar anda.

 

7. Adakah terdapat langkah tambahan untuk saya menerima pulangan tunai?

Tiada langkah tambahan diperlukan. Hanya perlu membelanja RM5 atau lebih pada mana-mana aplikasi di Google Play Store menggunakan Celcomdigi sebagai kaedah pembayaran dan terima pulangan tunai RM2 secara automatik ke akaun Celcom atau Digi anda.


Harap maklum bahawa anda hanya akan menerima satu pulangan tunai pada transaksi pertama anda sahaja, antara 13 Ogos hingga 12 Oktober dan terhad kepada 65,000 pelanggan pertama bagi Celcom dan Digi.


Untuk maklumat lanjut, lihat terma & syarat kempen Pulangan Tunai Google Play Store.

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article