Kempen Tukar Beli Telefon Sempena Pelancaran iPhone 16
Modified on Fri, 13 Sep at 8:08 PM
1. Apakah kempen tukar beli ini?
Pelanggan CelcomDigi boleh menukar telefon pintar mereka dengan mudah melalui (a) aplikasi CompAsia di kedai, atau (b) laman web Trade-In CelcomDigi dengan perkhidmatan pengambilan dari lokasi mereka. Melalui kempen ini, pelanggan boleh menukar telefon pintar terpakai mereka dan menerima nilai sehingga RM4,450. Sepanjang tempoh kempen ini, pelanggan akan menikmati wang tunai tambahan sehingga RM250 bersama nilai peranti apabila mereka tukar beli telefon terpilih.
2. Bilakah tempoh kempen ini?
Tawaran trade-in akan berlangsung dari 13 September 2024 hingga 21 Oktober 2024.
3. Apakah jenis tawaran Wang Tunai Tambahan dan bagaimana saya boleh menikmatinya?
- Wang Tunai Tambahan sehingga RM250
- Layak untuk semua pelanggan yang menukar peranti berdasarkan senarai di bawah.
- Pelanggan tidak perlu membeli peranti baharu dengan CelcomDigi untuk menikmati tawaran Wang Tunai Tambahan sehingga RM250 ini.
4. Bagaimana pelanggan akan menerima pembayaran untuk peranti mereka?
Nilai tukar beli akan dikreditkan ke dalam akaun bank yang anda tentukan, dalam tempoh sehingga 7 hari bekerja dari tarikh penyerahan telefon pintar.
5. Di mana saya boleh menukar beli semasa tempoh kempen ini untuk menikmati tawaran Wang Tunai Tambahan?
- Kedai Celcom, Digi dan CelcomDigi yang di seluruh negara (tidak termasuk cawangan lapangan terbang).
- Jadualkan pengambilan dari lokasi anda melalui laman web Trade-In CelcomDigi, tertakluk kepada liputan oleh CompAsia.
Was this article helpful?
That’s Great!
Thank you for your feedback
Sorry! We couldn't be helpful
Thank you for your feedback
Feedback sent
We appreciate your effort and will try to fix the article