Pra-Tempah Siri iPhone 16 CelcomDigi

Modified on Fri, 13 Sep at 8:35 PM

1. Bilakah tempoh pra-tempah bermula?
Para pelanggan boleh mula membuat pra-tempahan pada 13 September 2024, 8:00 malam sehingga 19 September 2024, 11:59 malam melalui laman web CelcomDigi, selagi stok masih ada.


2. Apakah manfaat jika pelanggan mendaftar semasa pra-tempah?

  • Pelanggan yang membuat pra-tempahan siri iPhone 16 akan menerima baucar percuma bernilai RM300 untuk CelcomDigi Online Shop.
  • Pelanggan akan menerima baucar melalui aplikasi MyDigi atau Celcom Life dalam tempoh 14 hari bekerja selepas model iPhone 16 mereka dihantar.
  • Baucar ini hanya boleh digunakan untuk membeli iPhone 16 atau iPhone 16 Plus secara pembelian penuh tanpa kontrak melalui CelcomDigi Online Shop, bermula 20 September 2024.
  • Baucar ini sah sehingga 30 November 2024 dan tidak boleh digunakan untuk sebarang pembelian di kedai.

 

3. Saya telah mendaftar minat di laman web CelcomDigi sebelum membuat pra-tempahan. Adakah saya akan mendapat sebarang ganjaran eksklusif?

Ya, anda akan menerima alat suai kuasa (power adapter) 30W secara percuma jika anda telah mendaftar minat dan membuat pra-tempahan dengan kami menggunakan emel yang sama. Harap maklum bahawa ganjaran eksklusif ini terhad kepada 1,000 unit, selagi stok masih ada.
 

4. Siapakah yang layak untuk pra-tempah?

  • Semua pelanggan dengan pendaftaran baru (termasuk port-in dan penukaran talian prabayar ke pascabayar).
  • Pelanggan sedia ada tanpa sebarang kontrak peranti dan tiada sekatan panggilan.

 

5. Bolehkah pelanggan dengan kontrak sedia ada memilih pelan ini?
Pelanggan tidak boleh mendaftar jika nombor telefon tersebut mempunyai kontrak peranti yang tersedia. Namun, pelanggan boleh mendaftar dengan talian nombor yang baru.

 

6. Adakah pra-tempah menjaminkan peranti untuk pelanggan?
Peranti terjamin untuk setiap pra-tempah. Pembayaran penuh diperlukan semasa membuat pra-tempahan mengikut harga pakej.


7. Bagaimana untuk membuat pra-tempahan?

Langkah 1: Log masuk ke halaman Apple di laman web CelcomDigi melalui https://www.celcomdigi.com/ms/devices/apple

Langkah 2: Pilih model telefon dan pelan

Langkah 3: Bayar jumlah keseluruhan yang tertera untuk telefon [Harga telefon + Bayaran pendahuluan (jika ada)].

 

8. Apakah kaedah pembayaran untuk pra-tempahan dalam talian?
Pembayaran boleh dilakukan melalui kad kredit atau kad debit berdasarkan jumlah yang tertera di langkah 3 dalam soalan 7 semasa pra-tempahan.

 

9. Bagaimana peranti yang ditempah akan sampai kepada pelanggan?

Peranti akan dihantar kepada pelanggan melalui kurier. Tarikh penghantaran mungkin berbeza bergantung kepada amalan penghantaran pembawa, lokasi penghantaran, kaedah penghantaran dan item yang ditempah.

 

10. Bilakah pelanggan akan menerima peranti?
Pelanggan akan mula menerima peranti daripada 20 September 2024.

 

11. Bolehkah pelanggan menukar beli telefon pintar lama mereka?

Pelanggan CelcomDigi boleh menukar beli telefon pintar lama mereka dengan mudah melalui cara-cara berikut: 

  • Di mana-mana Celcom bluecube, Digi Store dan CelcomDigi Store di seluruh negara. 
  • Atas talian melalui laman Tukar Beli CelcomDigi dan meminta perkhidmatan pengambilan telefon pintar tukar beli dari lokasi mereka.


Untuk maklumat lanjut tentang tukar beli peranti, sila klik di sini.

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article