Kempen Pulangan Tunai Codashop

Modified on Tue, 13 Aug at 10:04 AM

1. Apakah yang ditawarkan oleh kempen pulangan tunai Codashop?  

Kempen ini menawarkan pulangan tunai RM5 kepada pengguna prabayar dan pascabayar yang menerima SMS dan/ atau notifikasi aplikasi dan memenuhi kriteria sasaran kempen.


2. Apa yang perlu saya lakukan untuk mendapatkan pulangan tunai RM5?

Pengguna yang layak perlu membeli atau melanggan mana-mana perkhidmatan di Codashop bernilai minimum RM20.00 dalam satu transaksi menggunakan pengebilan Celcom/ Digi sebagai kaedah pembayaran semasa tempoh kempen, untuk layak menerima pulangan tunai RM5.


3. Bilakah tempoh kempen?

Kempen akan bermula pada 13 Ogos 2024 dan akan berlangsung sehingga 12 Oktober 2024.

 

4. Apakah kriteria sasaran kempen ini?

Untuk kempen ini, kami menyasarkan pengguna yang tidak membuat sebarang pembelian di Codashop dalam tempoh 12 bulan yang lalu menggunakan pengebilan pengendali langsung Celcom/ Digi (DOB) sebagai kaedah pembayaran. Selain kriteria ini, kami juga melihat kriteria lain seperti tempoh bersama Celcom/ Digi dan jumlah purata yang dibelanjakan setiap bulan.

 

5. Bagaimana saya akan menerima pulangan tunai tersebut dan apa yang boleh saya beli dengan pulangan tunai tersebut?

Anda akan menerima pulangan tunai sebaik sahaja pembelian atau langganan anda berjaya di Codashop. Walau bagaimanapun, ia boleh mengambil masa sehingga beberapa jam untuk pulangan tunai dihantar sementara kami memproses pemeriksaan kelayakan.

 

Pengguna pascabayar CelcomDigi/ Celcom/ Digi yang layak akan menerima pulangan tunai sebagai rebat bil dalam kitaran bil semasa, manakala pengguna prabayar CelcomDigi/ Celcom/ Digi akan menerima pulangan tunai sebagai kredit prabayar, yang boleh digunakan untuk langganan perkhidmatan CelcomDigi dan/ atau pembelian menggunakan pengebilan telefon mudah alih.

 

6. Apakah tempoh sah pulangan tunai? 

Bagi pengguna prabayar CelcomDigi/ Celcom/ Digi, tempoh sah pulangan tunai akan mengikut tempoh sah akaun prabayar anda.

 

7. Jika saya pengguna sedia ada Codashop yang menggunakan kaedah pembayaran Pengebilan Celcom/ Digi, bolehkah saya juga mendapatkan pulangan tunai RM5?

Tidak, tawaran ini hanya untuk pengguna baru Codashop yang menggunakan kaedah pembayaran pengebilan Celcom/ Digi.


Untuk maklumat lanjut: Terma & Syarat Kempen Pulangan Tunai Codashop.

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article