Mengapakah WiFi saya sangat perlahan, dan bagaimanakah saya boleh membetulkannya?

Modified on Wed, 12 Feb at 11:37 AM

1. WiFi/Internet saya rasa perlahan (contohnya, isyarat lemah di kawasan tertentu dalam rumah/kelajuan internet perlahan/penyiaran terganggu semasa menonton). Apakah yang perlu saya lakukan untuk meningkatkan prestasi WiFi CelcomDigi Fiber saya? 

Berikut adalah beberapa tip untuk meningkatkan prestasi internet anda: 

  1. Letakkan penghala(router) WiFi di lokasi yang tengah dalam rumah anda dengan ruang yang luas di sekelilingnya. Elakkan kawasan yang mempunyai peranti elektronik lain, seperti ketuhar gelombang mikro dan telefon tanpa wayar, kerana ia boleh mengganggu isyarat WiFi. 
  2. Letakkan peranti anda lebih dekat dengan penghala(router)
  3. Sambungkan kepada frekuensi WiFi yang sesuai berdasarkan penggunaan dan jarak dari penghala(router)
    1. 5GHz WiFi menyediakan kelajuan internet yang lebih pantas tetapi liputannya lebih kecil dari penghala(router)
    2. 2.4GHz WiFi menyediakan kelajuan internet yang perlahan sedikit tetapi liputannya lebih luas dari penghala(router)


Jika anda berada di bilik yang jauh dari penghala(router), sambungan ke frekuensi 2.4GHz mungkin memberikan sambungan internet yang lebih baik. Namun, jika terdapat lokasi dalam rumah anda yang tidak mendapat isyarat WiFi, anda mungkin perlu memasang mesh node untuk memanjangkan isyarat WiFi agar meliputi semua kawasan dalam rumah anda. Anda boleh membeli mesh node di mana-mana kedai IT berhampiran. 


Bagi rumah yang lebih besar dengan dua tingkat atau lebih, lihat CelcomDigi Fibre-To-The-Room (FTTR) yang menawarkan kelajuan sehingga 1Gbps di setiap bilik tanpa titik buta. FTTR sesuai untuk rumah dengan keperluan pengedaran WiFi yang kompleks, memberikan sambungan ultra-pantas untuk kerja jarak jauh, pembelajaran dalam talian, permainan video dengan latensi rendah, dan penyiaran lancar di setiap ruang dalam rumah anda

 

Sila ambil perhatian:
1. Jika anda menggunakan PC/laptop/telefon/tablet lama yang hanya menyokong WiFi 2.4GHz, anda tidak akan dapat menikmati kelajuan penuh pelan yang anda langgan kerana kelajuan peranti tersebut adalah terhad.
2. Jika terdapat banyak peranti yang disambungkan dan digunakan untuk aktiviti yang menggunakan data secara intensif seperti streaming, permainan video, atau persidangan video, ini boleh memperlahankan kelajuan internet yang dialami pada setiap peranti.


Jika anda sering mempunyai banyak peranti yang disambungkan untuk aktiviti intensif data, anda mungkin ingin mempertimbangkan untuk menaik taraf kelajuan pelan anda bagi memenuhi penggunaan keluarga anda dan memastikan semua keperluan internet keluarga anda dipenuhi.


2. Adakah sambungan WiFi anda perlahan semasa disambungkan ke unit mesh? Cuba langkah-langkah ini:

Langkah 1: Semak kelajuan sambungan daripada penghala(router) utama untuk mengesahkan bahawa kelajuan internet adalah mengikut pelan yang dilanggan.  


Bagaimana untuk melakukan ini: 

Sambungkan komputer riba anda ke penghala(router) menggunakan kabel LAN/Ethernet, kemudian buka pelayar web dan lawati laman web ujian kelajuan yang dipercayai seperti Speedtest by Ookla dan mulakan ujian. 

Jika keputusan ujian kelajuan menunjukkan bahawa kelajuan sambungan adalah mengikut pelan yang anda langgani, kemudian teruskan ke Langkah 2. Jika tidak, hubungi kami untuk mendapatkan bantuan di sini


Langkah 2: Matikan kedua-dua penghala(router) dan modem serta unit mesh. Tunggu selama seminit, kemudian hidupkan modem. Tunggu selama seminit, kemudian hidupkan penghala(router). Akhir sekali, hidupkan unit mesh selepas penghala(router)

Langkah 3: Putuskan sambungan dan sambung semula ke WiFi anda pada PC/komputer riba/peranti anda. 


Untuk meningkatkan sambungan mesh anda, anda juga boleh mencuba yang berikut: 

  • Letakkan unit mesh di atas permukaan yang keras dan rata seperti di atas meja atau kaunter, bukan di atas lantai. 
  • Letakkan unit mesh di tempat terbuka, tanpa ada apa-apa di atasnya. 


3. Saya tidak boleh mendapatkan isyarat WiFi daripada mesh saya dari lokasi tertentu dalam rumah saya. Apakah yang patut saya lakukan? 

Anda boleh cuba mengalihkan unit mesh ke lokasi di antara penghala(router) utama dan kawasan tanpa isyarat WiFi untuk melanjutkan WiFi. Bergantung pada saiz rumah anda, anda mungkin memerlukan lebih banyak unit mesh untuk menampung keseluruhan ruang. 


Bagi rumah yang lebih besar dengan dua tingkat atau lebih, lihat CelcomDigi Fibre-To-The-Room (FTTR) yang menawarkan kelajuan sehingga 1Gbps di setiap bilik tanpa titik buta. FTTR sesuai untuk rumah dengan keperluan pengedaran WiFi yang kompleks, memberikan sambungan ultra-pantas untuk kerja jarak jauh, pembelajaran dalam talian, permainan video dengan latensi rendah, dan penyiaran lancar di setiap ruang dalam rumah anda.



Adakah anda menemui jawapan yang anda cari? Jika anda masih memerlukan bantuan, isikan tiket sokongan dan kami akan sedia membantu.

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article