Saya boleh sambung ke Internet melalui WiFi, tetapi saya menghadapi masalah untuk mengakses sesetengah laman web. Apakah yang boleh saya lakukan?

Modified on Wed, 12 Feb at 11:45 AM

1. Internet saya disambungkan tetapi saya tidak dapat mengakses sesetengah laman web. Apakah yang perlu saya lakukan? 

Anda sepatutnya boleh mengakses semua laman web yang tidak disekat, tetapi beberapa faktor mungkin menghalang anda daripada mengakses sesetengah laman web. Berikut adalah langkah-langkah yang boleh anda cuba untuk menyelesaikan kebanyakan isu akses: 

  1. Padam cache/pengesahan laman web pada pelayar: Data cache kadangkala boleh menyebabkan masalah dalam memuatkan laman web atau menghalang akses. Anda boleh padam melalui tetapan pelayar anda. 
  2. Kemas kini pelayar (browser): Pastikan pelayar anda dikemas kini kerana versi lama mungkin mengalami masalah keserasian dengan laman web tertentu. 
  3. Tukar ke Pelayar Lain untuk Akses: Cuba pelayar yang berbeza daripada yang biasa anda gunakan/yang anda gunakan sebelum ini. Contohnya, Mozilla Firefox, Microsoft Edge, Opera, Google Chrome, dan lain-lain.
  4. Matikan VPN/Proksi: Jika anda menggunakan VPN atau proksi, cuba matikannya untuk melihat jika ia menyelesaikan masalah. 
  5. Semak tarikh dan masa sistem: Tetapan tarikh dan masa sistem yang salah boleh menyebabkan sijil keselamatan tidak sah, yang menghalang laman web daripada diakses. 
  6. Periksa status laman web: Laman web yang anda cuba akses mungkin sedang mengalami gangguan. Gunakan alat seperti DownDetector untuk memeriksa statusnya. 



Adakah anda menemui jawapan yang anda cari? Jika anda masih memerlukan bantuan, isikan tiket sokongan kami akan sedia membantu.


Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article