MY-SG Border Pass

Modified on Thu, 29 May at 10:31 AM

1. Apakah itu MY-SG Border Pass?

MY-SG Border Pass ialah pelan SIM prabayar yang menawarkan 300GB kuota internet dan panggilan suara percuma untuk pengguna yang berulang-alik antara Malaysia dan Singapura (khusus untuk rangkaian M1 di Singapura sahaja). Tawaran in tersedia dalam pilihan 30 hari dan 90 hari serta menawarkan data berkelajuan tinggi di kedua-dua negara dan kuota panggilan yang banyak.


30-Day

MY-SG Border Pass

90-Day

MY-SG Border Pass

Harga

RM50

RM120

Tempoh Sah

30 hari

90 hari

Kuota

300GB*

(100GB kuota Malaysia + 200GB kuota Singapura [M1])

Panggilan Suara

  • 1000 minit panggilan percuma di Malaysia
  • 100 minit panggilan percuma di Singapura (panggilan ke Malaysia, panggilan ke nombor Singapura dan menerima panggilan)
  • 100 minit IDD percuma ke Singapura


Nota: Ini adalah pas sekali guna dan hanya sah digunakan dengan rangkaian M1 di Singapura.


2. Siapakah yang boleh melanggan MY-SG Border Pass?

Semua pelanggan prabayar CelcomDigi boleh melanggan pas ini.

Jika anda bukan pelanggan prabayar CelcomDigi, anda boleh menikmati tawaran ini dengan mengunjungi mana-mana Kedai CelcomDigi atau wakil jualan sah untuk mendaftar. Harap maklum caj RM5 akan dikenakan untuk kad SIM.
 

3. Selepas pembelian, bilakah pas ini akan tamat tempoh?
Tempoh sah pas akan bermula dari waktu pengaktifan. Anda akan menerima notifikasi apabila pas tamat tempoh. Tempoh sah pas adalah seperti berikut:

MY-SG Border Pass 

Tempoh Sah

30-Day MY-SG Border Pass

Tamat pada 11:59 malam (waktu Malaysia) pada hari ke-30 selepas diaktifkan.

90-Day MY-SG Border Pass

Tamat pada 11:59 malam (waktu Malaysia) pada hari ke-90 selepas diaktifkan.

 

4. Adakah saya perlu memilih rangkaian M1 secara manual untuk menggunakan MY-SG Border Pass di Singapura?
Ya, pas ini hanya sah digunakan dengan rangkaian M1 di Singapura. Sila pilih 'M1' secara manual sebagai pengendali rangkaian dalam tetapan rangkaian mudah alih telefon anda untuk memastikan pas ini berfungsi dengan betul.


5. Jika saya telah menggunakan sepenuhnya kuota internet berkelajuan tinggi, adakah saya masih boleh menikmati internet tanpa caj tambahan?
Ya. Anda masih boleh melayari internet tanpa caj tambahan. Namun, kelajuan internet anda akan diturunkan kepada internet asas tanpa had dengan kelajuan sehingga 512Kbps. Anda boleh membeli semula pas yang sama untuk pengalaman internet yang lebih lancar. 

 

6. Bolehkah saya membeli pas perantauan yang lain? Apakah yang akan berlaku kepada pas saya yang sedia ada?
Ya, anda boleh membeli pas perantauan yang lain. Pas sedia ada anda akan kekal aktif.

7. Bagaimanakah saya boleh menyemak baki kuota dan tempoh sah internet saya?

Anda boleh menyemak dan mengurus akaun anda melalui aplikasi Celcom Life atau MyDigi.


8. Bagaimanakah cara untuk membeli MY-SG Border Pass dan bolehkah saya membelinya lebih awal?
Anda boleh membeli pas perantauan melalui aplikasi Celcom Life atau MyDigi. Anda juga boleh membuat pra-tempahan melalui aplikasi MyDigi. Sila rujuk langkah-langkah berikut: 

Saluran

Cara Pembelian

Aplikasi Celcom Life 

Langkah 1: Log masuk ke aplikasi Celcom Life

Langkah 2: Klik pada 'Add-On'

Langkah 3: Klik 'Perantauan' dan pilih negara Singapura

Langkah 4: Pilih untuk membeli sama ada '30-Day MY-SG Border Pass' atau '90-Day MY-SG Border Pass'

Langkah 5: Semak maklumat pembelian pas anda

Langkah 6: Klik 'Sahkan'.

Aplikasi MyDigi 

Langkah 1: Log masuk ke aplikasi MyDigi

Langkah 2: Klik 'Beli Add-Ons'

Langkah 3: Klik ‘Roaming’ dan pilih negara Singapura

Langkah 4: Pilih untuk membeli sama ada '30-Day MY-SG Border Pass' atau '90-Day MY-SG Border Pass'

Langkah 5: Sahkan tarikh untuk mengaktifkan pas anda (untuk aplikasi MyDigi sahaja, pas ini boleh diaktifkan sehingga 7 hari sebelum tarikh perjalanan anda)

Langkah 6: Klik 'Sah'.

Sebagai alternatif, anda boleh membeli pas perantauan dengan mendail *118# atau *800# selepas tiba di Singapura (fungsi pra-tempahan ini tidak tersedia di *118# atau 800#).

 

9. Bolehkah saya menggunakan tethering atau hotspot dengan pas ini?

Ya, penggunaan tethering dan hotspot dibenarkan dengan pas ini.


10. Adakah MY-SG Border Pass akan diperbaharui secara automatik, dan bolehkah saya membeli lebih daripada satu pas?
Tidak, pas ini tidak diperbaharui secara automatik selepas tamat tempoh. Anda perlu membelinya semula secara manual. Walau bagaimanapun, sekiranya anda membeli lebih daripada satu pas, dan tempoh sah pas-pas tersebut akan berjalan serentak.


11. Bolehkah saya menggunakan pas ini di negara lain selain Singapura?

Tidak. MY-SG Border Pass hanya sah digunakan di Singapura. Jika penggunaan data dikesan di negara lain, pas Daily Internet Roaming akan diaktifkan secara automatik untuk anda.


12. Saya secara tidak sengaja tersambung ke operator mudah alih lain di Singapura (Singtel atau StarHub). Apakah yang perlu saya lakukan?

Untuk mengelakkan isu ini, sila pergi ke tetapan peranti anda dan pilih 'M1' sebagai rangkaian mudah alih anda. Ini akan mengelakkan peranti anda daripada bertukar secara automatik ke operator lain dan memastikan perkhidmatan data anda tidak terganggu.

13. Apakah yang perlu saya lakukan jika menghadapi masalah semasa perantauan? 
Sekiranya anda menghadapi masalah semasa perantauan, sila hubungi khidmat pelanggan 24 jam kami (percuma) melalui saluran berikut:

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article