Soalan Lazim: Pelan Jalur Lebar CelcomDigi Fiber
Modified on Tue, 28 Jan at 4:31 PM
1. Saya sudah ada Internet fiber di rumah dan ingin beralih ke CelcomDigi Fiber. Apakah yang akan terjadi kepada modem saya?
Anda boleh terus menggunakan modem sedia ada dengan CelcomDigi Fiber. Jika modem tersebut tidak berfungsi, modem pengganti akan disediakan.
2. Jika saya menukar atau menaik taraf pelan CelcomDigi Fiber, adakah saya akan mendapat penghala(router) baru?
Jika anda menaik taraf kepada pelan 1Gbps atau lebih tinggi, penghala(router) WiFi premium baru yang direka untuk sambungan yang lebih lancar, lebih stabil, dan dengan latensi yang lebih rendah akan disediakan.
Jika anda bertukar ke mana-mana pelan bawah 1Gbps, penghala(router) baru tidak akan disediakan kerana penghala(router) semasa anda sudah mencukupi untuk menyokong kelajuan pelan baru anda.
3. Adakah CelcomDigi Fiber menawarkan perkhidmatan VOBB (Voice Over Broadband)?
CelcomDigi tidak menawarkan perkhidmatan VOBB.
4. Apakah perbezaan antara sambungan berwayar dan WiFi pada CelcomDigi Fiber?
- Sambungan berwayar menggunakan kabel LAN/Ethernet untuk menyambungkan peranti anda secara langsung ke penghala(router) memberikan sambungan Internet dan kelajuan yang lebih pantas dan stabil dengan gangguan yang minimum.
- WiFi, sebaliknya, menyediakan sambungan tanpa wayar, membolehkan pelbagai peranti disambungkan tanpa kabel. Sambungan dan kelajuan WiFi boleh dipengaruhi oleh persekitaran anda, seperti ketebalan dinding, isyarat yang bertindih, dan gangguan daripada peranti lain di rumah yang boleh menjejaskan kestabilan sambungan WiFi atau kelajuan Internet anda.
- Untuk prestasi terbaik, terutamanya untuk permainan atau pemindahan fail bersaiz besar, sambungan berwayar adalah disyorkan.
Adakah anda menemui jawapan yang anda cari? Jika anda masih memerlukan bantuan, isikan tiket sokongan dan kami akan sedia membantu.
Was this article helpful?
That’s Great!
Thank you for your feedback
Sorry! We couldn't be helpful
Thank you for your feedback
Feedback sent
We appreciate your effort and will try to fix the article