Soalan Lazim: Panggilan Antarabangsa

Modified on Mon, 15 Apr at 12:01 PM

1. Bagaimana saya boleh menyemak kadar Panggilan Suara Antarabangsa (IDD)?

   • Kadar IDD Pascabayar

   • Kadar IDD Prabayar

 

2. Bagaimana saya nak membuat panggilan suara antarabangsa (IDD)?

Dial <00 atau +> <kod negara> <kod kawasan> <nombor telefon>. Contohnya, untuk membuat panggilan ke Indonesia, dial 00622112345678 atau +622112345678.

 

3. Bagaimana saya nak hantar SMS antarabangsa?

Taip mesej anda, masukkan nombor telefon dan tekan hantar.

 

4. Bagaimana saya nak hantar MMS antarabangsa?

* Hanya untuk pelanggan Celcom Sahaja
Hantar mesej gambar atau klip video kepada keluarga dan kawan-kawan di seluruh dunia hanya dengan kadar caj RM1.50 setiap MMS dengan tambahan mesej teks atau mesej suara untuk menambahkan keistimewaan mesej anda. Aktifkan GPRS Celcom dalam telefon anda dan menikmati perkhidmatan MMS hari ini!

Langkah 1: Pilih Mesej Multimedia

Langkah 2: Taip mesej anda

Langkah 3: Masukkan gambar/klip video/mesej suara anda

Langkah 4: Masukkan nombor telefon penerima dan tekan hantar.

 

5. Bagaimana saya nak membuat panggilan video antarabangsa?

* Hanya untuk pelanggan Celcom Sahaja
Masukkan nombor telefon antarabangsa dan tekan 'Panggilan Video'.

 

6. Adakah kadar IDD berbeza berdasarkan pelan pascabayar yang saya gunakan?

Tidak, kadar IDD adalah sama untuk semua pelan pascabayar. 


7. Adakah saya perlu membayar yuran pengaktifan atau membuat deposit untuk mengaktifkan IDD?

Tiada yuran atau deposit diperlukan untuk pengaktifan. 

 

8. Adakah kadar IDD akan dikenakan semasa saya merantau di luar negara?

Tidak, kadar IDD tidak akan dikenakan apabila anda merantau di luar negara. Semua panggilan yang dibuat semasa anda berada di luar negara akan dikenakan atas kadar perantauan antarabangsa. Sila merujuk kepada Perantauan Antarabangsa untuk maklumat lanjut.

 

9. Adakah kadar IDD dikenakan untuk talian tambahan?

Ya, kadar IDD dikenakan untuk talian tambahan.

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article