Soalan Lazim: Pelan CelcomDigi Prepaid Juara Keren 5G

Modified on Fri, 3 May at 8:43 AM

1. Apakah itu Pelan CelcomDigi Prepaid Juara Keren 5G yang baharu? 

Juara Keren 5G ialah pelan 5G baharu yang menawarkan pengalaman 5G yang pantas serta pengalaman melayari video dengan lancar melalui Internet tanpa had pada pelan permulaan 5G yang mampu milik dari RM35/bulan.


2. Bagaimanakah cara melanggan dan mengesan Pas Internet mudah alih saya? 

Anda boleh membeli mana-mana perkhidmatan langganan, kesan, dan urus akaun anda melalui aplikasi atau dail *118*2#. 


3. Adakah pelanggan XPAX Prepaid sedia ada layak untuk melanggan Pas Internet baharu? 

Tidak, hanya pelanggan CelcomDigi Prepaid Juara Keren 5G layak untuk melanggan Pas Internet baharu ini. Walau bagaimanapun, pelanggan XPAX Prepaid sedia ada boleh menukar ke pelan baharu di mana-mana Kedai Penjual Celcom atau Digi Sah.  


4. Jika saya pelanggan Digi, bolehkah saya memindah / COP (Change of Plan) ke CelcomDigi Prepaid Juara Keren 5G? 

Anda tidak boleh memindah/COP ke CelcomDigi Prepaid Juara Keren 5G. Walau bagaimanapun, anda boleh port-in ke penyedia perkhidmatan mudah alih baharu (Celcom) sambil mengekalkan nombor mudah alih sedia ada anda.

 

5. Apakah pilihan Internet untuk Pelan Juara Keren 5G?

Pelanggan Juara Keren 5G boleh melanggan internet bulanan RM35 (Prepaid 5G 35). Prepaid 5G 35 (Juara Keren) adalah Pas Internet khas untuk pekerja asing di Malaysia. Pas ini menawarkan perkhidmatan seperti  Internet tanpa had, dan IDD minit percuma ke negara terpilih. Pekerja asing boleh melanggan pas ini melalui Aplikasi Celcom Life, UMB atau ke mana-mana dealer. Pas in sah untuk 30 hari dari tarikh langganan.

 

6. Apakah yang ditawarkan oleh Prepaid 5G 35 (Juara Keren) untuk pelanngan pekerja asing CelcomDigi Prepaid?

  • Internet Tanpa Had (3mbps) 
  • 120 minit panggilan IDD ke Indonesia dan Bangladesh

 

7. Apakah keutamaan pengunnaan Pas Internet Mudah Alih?

  • Pas Internet (pantas) 
  • Pas Internet (dengan kelajuan terhad) 
  • Internet Asas (64kbps)

 

8. Apakah yang berlaku kepada kuota Internet saya yang tidak digunakan apabila langganan Pas Internet Mudah Alih saya diperbaharui? 

Kuota Internet yang tidak diguna daripada langganan sebelumnya TIDAK akan dibawa ke hadapan semasa pembaharuan. 

 

9. Apakah yang akan berlaku jika kuota Pas Internet saya digunakan sepenuhnya sebelum tarikh luput? Adakah saya akan dikenakan bayaran atas dasar bayar setiap penggunaan? 

Jangan risau, semua pelan kami disertakan dengan Internet asas 500MB (64kbps). Ini akan membolehkan anda melakukan komunikasi asas seperti panggilan VOIP dan pemesejan Internet asas. Walau bagaimanapun, berdasarkan keperluan pelayaran Internet anda, anda juga boleh membeli Kuota Tambahan atau melanggan Pas Internet Bulanan untuk pengalaman Internet yang lebih lancar. 

 

10. Berapakah kadar yang dikenakan setelah minit panggilan IDD percuma telah digunakan sepenuhnya?

Anda akan dikenakan cas mengikut kepada kadar panggilan IDD. Sila layari laman sesawang celcom.com.my untuk maklumat lanjut. Anda juga boleh melanggan semula Prepaid 5G 35 (Juara Keren) untuk nikmati panggilan IDD percuma.  

 

11. Apakah yang akan berlaku jika saya membuat langganan berganda untuk Prepaid 5G 35 (Juara Keren)?

Langganan berganda dibenarkan. Walau bagaimanapun, pembaharuan pas akan mengikuti langganan pas terbaharu.

 

12. Adakah Prepaid 5G 35 (Juara Keren) akan diperbaharui secara automatik?

Ya. Pas Internet ini didatangi dengan ciri pambaharuan automatik. 

 

13. Bolehkan saya menghentikan pembaharuan automatik untuk Pas Prepaid 5G 35 (Juara Keren)?

Ya. Anda boleh menghentikan pembaharuan automatik melalui aplikasi Celcom Life atau dail *118#.


14. Mengapakah saya tidak dapat mengakses 5G apabila saya sudah melanggan pas Internet 5G? 

Pelanggan CelcomDigi Prepaid Juara Keren 5G mesti memastikan perkara berikut untuk menggunakan Internet 5G: 

  • Pelanggan mesti menggunakan peranti mudah alih yang keupayaan, disokong dan didayakan 5G dengan versi perisian kemas kini untuk mengakses dan/atau menggunakan rangkaian 5G. 
  • Pelanggan mesti berada dalam kawasan liputan rangkaian 5G. 
  • Pelanggan mesti mempunyai SIM berdaya 4G LTE. 

 

15. Bilakah Pas Internet Mudah Alih Mingguan dan Bulanan saya akan tamat tempoh? 

Tempoh Pas Internet Mudah Alih berbeza-beza antara jenis pas. 

  • Pas Bulanan: Tempoh sah mengikuti kitaran 30 hari. Pas Bulanan akan sah sehingga 11:59 P.M. pada hari ke-30 selepas langganan berjaya. 
  • Pas Sekali: 
    • Pas Setiap Jam/Harian: Tempoh sah mengikut jam/minit tepat selapas langganan berjaya. 
    • Pas Mingguan: Tempoh sah mengikuti kitaran 7 hari. Pas Mingguan akan sah sehingga 11:59 P.M. pada hari ke-7 selepas langganan berjaya. 
  • Kuota Tambahan: Tempoh sah mengikuti tempoh Pas Bulanan yang dilanggan. 
    • Contoh 1: Pas Bulanan tamat tempoh pada 30 Jun 2024. Langgan Kuota Tambahan RM6 untuk 15GB pada 1 Jun 2024. Kuota Tambahan akan tamat pada 30 Jun 2024. 
    • Contoh 2: Pas Bulanan tamat tempoh pada 30 Jun 2024. Langgan Kuota Tambahan RM3 untuk 5GB pada 15 Jun 2024. Kuota Tambahan akan tamat pada 30 Jun 2024.
Jenis Pas
Tempoh Sah
Tarikh/Masa Langganan
Tarikh/Masa Luput
Pas Bulanan
30 hari
01 Mac 2024 / 9:00 A.M.
30 Mac 2024 / 23:59 P.M.
Pas Sekali
7 hari
01 Mac 2024 / 9:00 A.M.
07 Mac 2024 / 23:59 A.M.
Pas Sekali
1 hari
01 Mac 2024 / 9:00 A.M.02 Mac2024 / 09:00 A.M.
Pas Sekali
1 jam
01 Mac 2024 /  9:00 A.M.
01 Mac 2024 / 10:00 A.M.
Kuota Tambahan
Mengikuti Tempoh Sah Pas Bulanan

 

16. Bolehkah saya melakukan tethering/hotspot kepada peranti atau komputer lain? 

Boleh. Tethering/hotspot boleh dilakukan untuk semua Pas Internet berdasarkan hotspot yang diperuntukkan. 

 

17. Apakah yang berlaku apabila kuota hotspot saya telah digunakan sepenuhnya? 

Setelah menggunakan kuota hotspot sepenuhnya, anda boleh membeli Kuota Tambahan melalui aplikasi Celcom Life atau dail *118*2*3# untuk meneruskan perkhidmatan hotspot. 

 

18. Adakah perkhidmatan perantuan antarabangsa diaktifkan secara automatik untuk CelcomDigi Prepaid Juara Keren 5G? 

Ya, perkhidmatan perantauan antarabangsa diaktifkan secara automatik untuk CelcomDigi Prepaid Juara Keren 5G. Anda hanya perlu membeli pas perantauan untuk digunakan di luar negara melalui aplikasi Celcom Life/MyDigi atau melalui *118# (semasa di luar negara).

 

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article