Bolehkah saya menukar ke CelcomDigi Fiber dari telco lain?
Modified on Tue, 31 Mar at 4:21 PM
Jika anda adalah pelanggan fiber sedia ada dengan penyedia perkhidmatan yang lain, anda mungkin perlu melakukan perkara berikut:
Langkah 1: Kunjungi mana-mana Kedai CelcomDigi, daftar minat anda secara dalam talian atau bercakap dengan mana-mana ejen Fiber yang sah untuk melanggan CelcomDigi Fiber. Pasukan kami akan membantu untuk mengemukakan permintaan pertukaran dan anda akan diberikan ID Permintaan Pemindahan.
Langkah 2: Anda dinasihatkan untuk membayar sebarang bil tertunggak dan menyemak tarikh tamat kontrak perkhidmatan sedia ada anda. Dalam masa 4-5 hari, anda akan menerima panggilan pengesahan daripada penyedia perkhidmatan semasa anda. Jika anda tidak menerima panggilan atau ingin mempercepatkan proses, anda boleh menghubungi penyedia perkhidmatan semasa anda.
Langkah 3: Sebaik sahaja CelcomDigi menerima kelulusan daripada penyedia perkhidmatan semasa anda, kami akan menghubungi anda untuk mengatur temu janji pemasangan.
Langkah 4: Perkhidmatan fiber sedia ada anda akan ditamatkan 10 hingga 15 hari selepas permintaan pertukaran anda diluluskan. Untuk memastikan tiada gangguan perkhidmatan, anda akan diberikan penghala (router) baharu.
Apakah faedah jika saya bertukar kepada CelcomDigi Fiber?
Apa yang anda akan nikmati:
- Naik taraf kepada sambungan yang lebih luas dan pintar dengan mesh serta router WiFi 6 premium secara PERCUMA. Nikmati liputan seluruh rumah, kelajuan lebih pantas dan sambungan lancar untuk semua peranti anda, termasuk pemasangan standard PERCUMA.
- Kelajuan Fibre sehingga 2Gbps, sesuai untuk penggunaan berat seperti permainan dalam talian, penstriman 4K dan pelayaran web.
- Rebat RM240 apabila anda menggabungkan pelan Fibre dengan CelcomDigi Postpaid.
Was this article helpful?
That’s Great!
Thank you for your feedback
Sorry! We couldn't be helpful
Thank you for your feedback
Feedback sent
We appreciate your effort and will try to fix the article