Perkhidmatan CelcomDigi Home Backup
Modified on Wed, 12 Aug at 10:02 AM
1. Apakah itu Perkhidmatan CelcomDigi Home Backup?
Perkhidmatan Home Backup memastikan anda sentiasa kekal berhubung dengan bertukar secara automatik ke rangkaian mudah alih sekiranya sambungan Fiber anda terputus.
2. Bagaimanakah CelcomDigi Home Backup berfungsi?
Dongel akan dipasang di bahagian port USB router Fiber anda dan akan sentiasa berada dalam mod siap sedia. Sebaik sahaja gangguan pada sambungan Fiber dikesan, dongel akan diaktifkan secara automatik dan menukar sambungan internet rumah anda ke rangkaian mudah alih, tanpa memerlukan sebarang tindakan daripada anda.
3. Perlukah saya membuat sebarang pemasangan?
Tiada pemasangan yang rumit diperlukan. Hanya ikuti langkah mudah berikut:
- Masukkan SIM ke dalam dongel
- Pasangkan dongle ke dalam port USB router Fiber anda.
Ia akan berfungsi secara automatik; tiada aplikasi, tetapan atau juruteknik diperlukan.
4. Bagaimanakah saya boleh memastikan Home Backup berfungsi selepas memsang dongel?
Berikut adalah cara untuk mengujinya:
- Cabut kabel fiber daripada port WAN router anda
- Kemudian sambung ke WiFi rumah anda seperti biasa. Jika anda boleh layari internet atau strim tanpa sebarang masalah,ini bermakna Home Backup anda berfungsi dengan baik!
5. Berapakah harga caj perkhidmatan ini?
Perkhidmatan ini dikenakan bayaran sebanyak RM9 sebulan.
6. Adakah perkhidmatan ini berkontrak?
Ya, perkhidmatan ini disertakan dengan kontrak 12 bulan.
7. Mengapakah dongel perlu sentiasa dipasang pada router?
Dongel dan SIM perlu sentiasa disambungkan bagi memastikan Perkhidmatan Home Backup sentiasa bersedia untuk diaktifkan sekiranya berlaku gangguan pada sambungan Fiber. Sila ambil perhatian bahawa SIM ini dikhususkan untuk Perkhidmatan Home Backup sahaja dan tidak boleh digunakan pada peranti lain, selaras dengan Terma dan Syarat perkhidmatan.
8. Bolehkah saya menggunakan SIM atau dongel pada peranti lain?
Tidak. SIM dan dongel hanya boleh digunakan bersama router yang diberikan oleh CelcomDigi. Anda tidak dibenarkan memasang dongel pada mana-mana router atau peranti lain yang tidak diberikan oleh CelcomDigi. Perkhidmatan anda boleh ditamatkan sekiranya didapati dongel digunakan bersama router bukan daripada CelcomDigi, dan caj penalti akan dikenakan (RM9 × baki bulan kontrak).
9. Adakah saya perlu membayar deposit atau bayaran pendahuluan?
Tidak. Anda tidak perlu membayar sebarang deposit atau bayaran pendahuluan untuk peranti ini.
10. Bagaimanakah jika saya ingin membatalkan langganan lebih awal?
Jika anda membatalkan langganan sebelum tempoh kontrak 12 bulan tamat, caj penamatan awal akan dikenakan. Caj ini dikira pada kadar RM9 × baki bulan kontrak.
11. Adakah dongel dilindungi oleh jaminan?
Ya. Dongel ini disertakan dengan jaminan selama 12 bulan, termasuk penggantian 1-ke-1 tanpa kerumitan sekiranya didapati rosak, tertakluk kepada syarat penggunaan dan pengecualian yang dinyatakan dalam Terma dan Syarat.
12. Apakah akan terjadi dengan Perkhidmatan CelcomDigi Home Backup saya jika saya tamatkan pelan Fiber saya?
Perkhidmatan Home Backup CelcomDigi direka sebagai perkhidmatan sokongan bagi pelan Fiber anda dan ia bergantung pada perkhidmatan Fiber yang masih aktif. Jika anda menamatkan pelan Fiber anda, perkhidmatan CelcomDigi Home Backup anda akan ditamatkan juga. Jika perkhidmatan CelcomDigi Home Backup anda masih dalam tempoh kontrak, caj penalti penamatan awal akan dikenakan apabila perkhidmatan tersebut ditamatkan.
Was this article helpful?
That’s Great!
Thank you for your feedback
Sorry! We couldn't be helpful
Thank you for your feedback
Feedback sent
We appreciate your effort and will try to fix the article