Mengapa bil saya lebih tinggi daripada biasa?
Modified on Thu, 6 Feb at 2:39 PM
Jika anda melihat peningkatan dalam bil anda, ini mungkin disebabkan oleh salah satu sebab berikut:
1. Baki tertunggak sebelumnya
Bayaran separa daripada bil sebelum ini boleh menyebabkan baki tertunggak dibawa ke bil semasa anda.
2. Penggunaan tambahan
Tambah nilai Internet yang dibeli melalui aplikasi Celcom Life/ MyDigi akan dicaj dalam bil pascabayar bulanan anda.
3. Caj perantauan
Caj perantauan berbeza mengikut negara. Sila semak pakej dan kadar perantauan di sini.
4. Caj voicemail
Caj voicemail dikenakan untuk panggilan keluar dan masuk (jika anda melancong ke luar negara). Kami menggalakkan pelanggan untuk mematikan voicemail sebelum melancong ke negara lain untuk mengelakkan sebarang caj berkaitan voicemail.
5. Credit Share/ TalkTime Transfer
Jika anda telah melakukan transaksi Credit Share/ TalkTime Transfer kepada pengguna lain, jumlah pindahan (termasuk caj perkhidmatan) akan dipaparkan dalam bil pascabayar bulanan anda.
6. Langganan pihak ketiga
Langganan pihak ketiga seperti Netflix, Viu, Spotify, dll., yang dibayar melalui Celcom/ Digi Direct Operator Billing akan dimasukkan dalam bil anda.
7. Panggilan keluar ke nombor premium atau khas
Beberapa panggilan ke nombor hotline seperti 1-300/ 800/ 100 akan dikenakan caj.
Kami mengesyorkan anda untuk menyemak caj dalam bil anda dengan memuat turun bil terperinci melalui aplikasi Celcom Life/ MyDigi. Anda boleh melihat butiran lengkap termasuk jumlah panggilan, mesej dan penggunaan lain bersama kadar tarif dalam bil tersebut.
Jika anda memerlukan penjelasan lanjut tentang bil anda, hantar pertanyaan anda di sini.
Was this article helpful?
That’s Great!
Thank you for your feedback
Sorry! We couldn't be helpful
Thank you for your feedback
Feedback sent
We appreciate your effort and will try to fix the article