Bagaimankah kuota Internet saya ditolak?

Modified on Thu, 25 Jul at 7:54 AM

Celcom

1. Ganjaran Promosi

Jika anda diberikan kuota Internet percuma dari promosi atau kempen, penggunaan kuota tersebut akan diberi keutamaan.
  

2. Tambahan Kuota

Jika anda telah membeli kuota Internet tambahan, penggunaan yang layak akan ditolak dari kuota ini selepas kuota dari ganjaran promosi.
  

3. Tambahan Kuota dengan Kontrak (Berulang Secara Bulanan)

Kemudian, penggunaan Internet anda akan ditolak daripada kuota ini jika anda melanggan tambahan kuota Internet.
  

4. Kuota Internet Asas

Setelah habis kuota di atas, penggunaan Internet anda akan ditolak daripada kuota ini yang disertakan dengan langganan pelan pascabayar.

 

Digi

1. Ganjaran Promosi

Jika anda diberikan kuota Internet percuma melalui promosi atau kempen, penggunaan kuota tersebut akan diberi keutamaan.

 

2. Tambahan Sosial Tanpa Had/ Streaming/ Gaming (Berulang Secara Bulanan)

Jika anda melanggan tambahan Sosial Tanpa Had/ Streaming/ Gaming, penggunaan Internet anda akan ditolak dari kuota ini apabila menggunakan aplikasi sosial media, streaming atau permainan yang layak.


3. Akses Penuh Tambahan Kuota Internet Tanpa Had Tanpa Kontrak (Pembelian Sekali)

Jika anda telah membeli tambahan kuota Internet atau booster, penggunaan seterusnya yang layak akan ditolak dari kuota ini.


4. Kuota Hotspot  

Kuota ini khusus untuk penggunaan hotspot/ tethering dan akan diberi keutamaan apabila tetapan hotspot dihidupkan dan disambungkan ke peranti lain.
 

5. Akses Penuh Tambahan Kuota Internet Tanpa Had dengan Kontrak (Berulang Secara Bulanan)

Kemudian, penggunaan Internet anda akan ditolak dari kuota ini jika anda melanggan tambahan Internet.


6. Kuota dari Perkongsian Internet

Jika talian anda adalah tambahan, penggunaan anda akan ditolak dari perkongsian kuota Internet yang dikongsi oleh talian utama anda.
 

7. Kuota Asas Internet

Setelah kuota di atas habis, penggunaan Internet anda akan ditolak dari kuota ini yang disertakan dengan langganan pelan pascabayar.



Jika anda memerlukan bantuan, hantar permintaan kepada kami. 


Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article