Soalan Lazim: Kempen Pulangan Tunai Midasbuy x CrossFire
Modified on Tue, 12 May at 10:00 AM
1. Apakah kempen ini?
Beli 500 CrossFire Coins dan ke atas di laman web Midasbuy dan bayar melalui CelcomDigi untuk menikmati pulangan tunai 10%. Tertakluk kepada terma dan syarat.
2. Bilakah tempoh kempen ini?
Tawaran ini sah dari 12 Mei hingga 12 Julai 2026.
3. Siapakah yang layak untuk promosi ini?
Semua pelanggan CelcomDigi yang menetap di Malaysia layak untuk menyertai kempen ini, kecuali kategori berikut:
- Pelanggan pascabayar (postpaid) yang mempunyai tunggakan bil atau telah melebihi had transaksi.
- Pelanggan prabayar (prepaid) yang mempunyai baki kredit tidak mencukupi atau telah melebihi had transaksi.
- Bukan pemain CrossFire (tiada ID pemain) serta bukan pengguna Midasbuy.
4. Adakah promosi ini sah di semua platform?
Promosi ini hanya sah untuk peserta yang membeli kredit permainan CrossFire Coins melalui Midasbuy dan membuat bayaran menggunakan CelcomDigi direct operator billing.
5. Adakah terdapat had atau batasan bagi kempen ini?
- Promosi ini hanya terpakai untuk pembelian 500, 680, 1280, 1980, 2580, 3280, dan 4500 syiling (coins) CrossFire yang dibuat melalui tambah nilai terus di laman web Midasbuy.
- Ia tidak terpakai untuk tawaran pakej lain CrossFire, baucar, atau sebarang item selain daripada kredit permainan (game credits).
- Hanya transaksi atau pembelian yang dibuat melalui Midasbuy dengan bayaran menggunakan CelcomDigi direct operator billing akan diterima.
6. Bagaimanakah saya akan dimaklumkan sekiranya saya menerima pulangan tunai?
Peserta yang memenuhi semua kriteria kempen akan menerima SMS pemberitahuan pulangan tunai dalam tempoh 2 jam. Jika anda tidak menerima SMS tersebut, ini bermakna sama ada keperluan kempen tidak dipenuhi atau jumlah pulangan tunai telah ditebus sepenuhnya.
7. Jika saya menerima SMS pulangan tunai, bagaimanakah saya akan menerima pulangan tunai tersebut?
- Untuk pengguna prabayar, pulangan tunai akan dikreditkan sebagai kredit prabayar selepas pembayaran berjaya dibuat. Pulangan tunai ini boleh digunakan untuk langganan perkhidmatan Digi dan/atau pembelian melalui direct operator billing.
- Untuk pengguna pascabayar, pulangan tunai akan ditolak dalam kitaran bil yang seterusnya.
8. Adakah pulangan tunai ini boleh dipindah milik atau ditukar kepada wang tunai?
Pulangan tunai ini tidak boleh dipindah milik dan tidak boleh ditukar kepada wang tunai.
Was this article helpful?
That’s Great!
Thank you for your feedback
Sorry! We couldn't be helpful
Thank you for your feedback
Feedback sent
We appreciate your effort and will try to fix the article