Soalan Lazim: Kempen Pulangan Tunai EA Sports FC Mobile Webstore x Codashop

Modified on Thu, 28 May at 10:00 AM

1. Apakah promosi ini?
Nikmati pulangan tunai 10% untuk kredit EA Sports FC Mobile apabila anda membuat pembayaran melalui CelcomDigi di laman web EA Sports FC Mobile. Tertakluk kepada terma dan syarat.

 

2. Bilakah tempoh kempen ini?
Tawaran ini sah dari 28 Mei 2026 hingga 20 Julai 2026.

 

3. Siapakah yang layak untuk promosi ini?
Semua pelanggan CelcomDigi di Malaysia layak menyertai kempen ini, kecuali:

  • Pelanggan pascabayar yang mempunyai bil tertunggak atau telah melebihi had transaksi.
  • Pelanggan prabayar yang mempunyai baki kredit tidak mencukupi atau telah melebihi had transaksi. 
  • Pengguna tanpa ID pemain EA Sports FC Mobile yang sah. 

 

4. Adakah promosi ini sah di semua platform?
Promosi ini hanya sah untuk pembelian kredit permainan EA Sports FC Mobile melalui laman web EA Sports FC Mobile dan pembayaran menggunakan direct operator billing CelcomDigi.

 

5. Bagaimanakah saya akan dimaklumkan jika menerima pulangan tunai?
Peserta yang memenuhi semua kriteria kempen akan menerima notifikasi SMS dalam tempoh 2 jam selepas transaksi berjaya. Jika anda tidak menerima SMS, ia mungkin disebabkan oleh:

  • Tidak memenuhi syarat kelayakan kempen, atau
  • Kuota pulangan tunai telah habis ditebus.

 

6. Jika saya menerima SMS pulangan tunai, bagaimana saya akan menerima pulangan tunai tersebut?

  • Untuk pengguna prabayar, pulangan tunai akan dikreditkan sebagai kredit prabayar selepas pembayaran berjaya. Ia boleh digunakan untuk langganan perkhidmatan CelcomDigi dan/atau pembelian direct operator billing. Tempoh sah kredit tertakluk kepada tempoh sah akaun prabayar pengguna.
  • Untuk pengguna pascabayar, pulangan tunai akan ditolak dalam bil kitaran seterusnya.

 

7. Adakah pulangan tunai ini boleh dipindah milik atau ditukar kepada wang tunai?
Pulangan tunai ini tidak boleh dipindah milik dan tidak boleh ditukar kepada tunai.

 

8. Adakah terdapat had atau kekangan untuk kempen ini?
Ya, kempen ini tertakluk kepada kekangan berikut: 

  • Pulangan tunai tertakluk kepada kuota kempen dan boleh tamat apabila kuota habis ditebus.
  • Transaksi mesti dibuat melalui laman web EA Sports FC Mobile menggunakan direct operator billing CelcomDigi.
  • Tertakluk kepada baki prabayar atau had kredit pascabayar yang mencukupi.
  • Pelanggan pascabayar mesti tiada bil tertunggak.

Was this article helpful?

That’s Great!

Thank you for your feedback

Sorry! We couldn't be helpful

Thank you for your feedback

Let us know how can we improve this article!

Select at least one of the reasons
CAPTCHA verification is required.

Feedback sent

We appreciate your effort and will try to fix the article