CelcomDigi WatchSIM
Modified on Thu, 14 Nov at 10:00 AM
1. Siapakah yang layak untuk mendaftar CelcomDigi WatchSIM?
- Pelanggan CelcomDigi Postpaid 5G 80 dan ke atas serta pelanggan pelan CelcomDigi ONE.
- CelcomDigi WatchSIM pada masa ini hanya terpakai untuk Apple Watch Series. CelcomDigi WatchSIM tidak boleh digunakan pada jam tangan Android, seperti Samsung Galaxy Watch Series, Google Pixel Watch Series & Huawei Watch Series.
2. Apakah peranti yang disokong oleh CelcomDigi WatchSIM?
CelcomDigi WatchSIM disokong oleh iPhone SE, 6s serta yang lebih baharu dengan iOS 13.3 atau selanjutnya. iPhone tersebut perlu dipadankan dengan Apple Watch Series 3 (GPS + Selular) atau yang lebih baharu dengan WatchOS 6.1 atau selanjutnya.
3. Berapakah kuota yang saya akan dapat daripada CelcomDigi WatchSIM?
Panggilan tanpa had dan Internet kuota daripada WatchSIM anda akan berkongsi dengan pelan utama CelcomDigi pascabayar anda. Jika pelan utama anda telah kehabisan Internet kuota, anda tidak akan dapat menggunakan data di Apple Watch anda.
4. Bagaimanakah cara untuk mendaftar WatchSIM?
Anda boleh mendaftar untuk WatchSIM dengan mengikuti arahan yang dinyatakan di bawah:
- Padankan Apple Watch dengan iPhone anda. (Rujuk Set up your Apple Watch untuk arahan yang lebih terperinci).
- Buka aplikasi ‘Watch’ pada iPhone anda dan pilih ‘Data Mudah Alih’. Tekan 'Sediakan Data Mudah Alih'.
- Masukkan nombor kad pengenalan anda. Terima Terma dan Syarat yang dipaparkan dan teruskan.
- Tekan 'Selesai' untuk lengkapkan langganan. Ikon 'i' akan dipaparkan setelah langganan berjaya.
5. Bolehkah saya berhenti melanggan/ melanggan semula/ menggantung langganan CelcomDigi WatchSIM saya?
Ya, boleh. Anda hanya perlu pergi ke kedai CelcomDigi/ Celcom bluecube/ kedai Digi untuk hentikan langganan atau melanggan semula perkhidmatan CelcomDigi WatchSIM.
6. Saya sedang melanggan Celcom NUMBERshare atau Digi AirSIM dengan Apple Watch. Apakah yang akan berlaku kepada langganan saya?
Anda masih boleh menggunakan NUMBERshare atau AirSIM yang sedia ada. Namun, jika anda memilih untuk menghentikan pelan atau menukar jam tangan, anda perlu menukar pelan anda ke CelcomDigi Postpaid 5G 80 dan ke atas atau pelan CelcomDigi ONE dan langgan WatchSIM baharu.
7. Saya sedang melanggan Celcom NUMBERshare atau Digi AirSIM dengan Apple Watch. Apakah yang akan berlaku jika saya menukar pelan pascabayar saya?
Celcom NUMBERshare atau Digi AirSIM anda akan dihentikan sebelum pertukaran pelan. Anda perlu menukar pelan anda ke CelcomDigi Postpaid 5G 80 dan ke atas atau pelan CelcomDigi ONE dan langgan WatchSIM baharu.
8. Saya kini melanggan Celcom NUMBERshare atau Digi AirSIM dengan Apple Watch. Apakah yang saya perlu lakukan sekiranya saya ingin menukar Apple Watch atau iPhone saya yang tengah menggunakan servis ini?
Langganan Celcom NUMBERshare atau Digi AirSIM perlu dihentikan jika anda menukar Apple Watch atau iPhone anda. Selepas penukaran Apple Watch atau iPhone berjaya dilakukan, anda perlu melanggan CelcomDigi WatchSIM dengan peranti yang baru.
Sila ikuti langkah di bawah untuk penukaran Apple Watch atau iPhone:
- Kunjungi kedai CelcomDigi/ Celcom bluecube/ kedai Digi untuk hentikan langganan Celcom NUMBERshare atau Digi AirSIM anda.
- Tukar pelan anda ke pelan CelcomDigi Postpaid 5G 80 atau ke atas (sila abaikan langkah ini jika anda telah melanggan pelan CelcomDigi Postpaid 5G 80 dan ke atas). Sebarang kontrak pada pelan anda akan diteruskan pada pelan baharu sekiranya anda menukar ke pelan dengan bayaran bulanan yang sama atau lebih tinggi daripada pelan lama. Sekiranya pelan baharu anda mempunyai bayaran bulanan yang lebih rendah dan anda mempunyai kontrak, anda akan dikenakan caj denda atas pelanggaran syarat-syarat kontrak anda.
- Selepas penukaran pelan anda selesai, anda boleh mengikuti langkah-langkah di bawah untuk melanggan CelcomDigi WatchSIM:
- Padankan Apple Watch dengan iPhone anda. (Rujuk Set up your Apple Watch untuk arahan yang lebih terperinci).
- Buka aplikasi ‘Watch’ dari iPhone anda dan pilih ‘Data Mudah Alih’. Tekan 'Sediakan Data Mudah Alih'.
- Masukkan nombor kad pengenalan anda. Terima Terma dan Syarat yang dipaparkan dan teruskan.
- Tekan 'Selesai' untuk lengkapkan langganan. Ikon 'i' akan dipaparkan setelah langganan berjaya.
9. Saya menghadapi masalah sambungan dengan WatchSIM saya. Apa yang patut saya buat?
Sila hantar pertanyaan anda di sini.
10. Saya tidak dapat melanggan WatchSIM. Apa yang patut saya buat?
Sila hantar pertanyaan anda di sini.
Was this article helpful?
That’s Great!
Thank you for your feedback
Sorry! We couldn't be helpful
Thank you for your feedback
Feedback sent
We appreciate your effort and will try to fix the article